Pengumuman Tarikh Mula Puasa 2023 Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh mula puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun 2023 ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan juga diperkenankan melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Di Perak, lokasi melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.

Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” menurut kenyataan itu.

Tarikh Pengumuman Puasa 2023

Pengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadan 2023 di Malaysia telah diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 22 Mac 2023).

tarikh mula puasa
tarikh mula puasa
pengumuman puasa

Pengiystiharan Permulaan Puasa: 1 Ramadan akan bermula pada 23 Mac 2023 (Khamis).

Jadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2023

tarikh penting islam 2023 kalendar
Sumber: JAKIM

Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan

Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.

tarikh mula puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2023 / 1444H

#NEGERI
1Sabah
2Wilayah Persekutuan Labuan
3Sarawak
4Johor
5Melaka
6Negeri Sembilan
7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
8Selangor
9Pahang
10Terengganu
11Kelantan
12Perak
13Kedah
14Perlis
15Pulau Pinang
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: