PENGUMUMAN TARIKH AKHIR PENGEPOSAN BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2022
Tentunya menjelang Hari Raya kali ini, lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri secara online.
Menjelang Hari Raya, peniaga juga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan dan barangan yang dibeli oleh pelanggan.
Namun, perlu diingat bahawa terdapat tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh Akhir Pos Barang Yang Disyorkan Untuk Memastikan Barang Tiba Sebelum Hari Raya Aidilfitri
Menurut makluman oleh syarikat-syarikat kurier yang biasa digunakan di Malaysia, berikut adalah tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bermula.
PosLaju
- 25 April
- Semenanjung Malaysia – Malaysia Timur (Sabah / Sarawak)
- Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia
- Dalam Malaysia Timur
- 27 April 2022
- Dalam Semenanjung Malaysia
NOTA: Barangan yang dipos selepas tarikh yang disyorkan di atas akan hanya dihantar selepas 5 Mei 2022.
J & T
Dimaklumkan bahawa penghantaran domestik J&T Express Malaysia akan beroperasi seperti biasa pada Hari Raya yang akan datang.
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
Sila rujuk notis rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.
DHL Malaysia
Bagi syarikat kurier DHL, tempoh operasi sempena Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:
Tarikh akhir pos barang:
- 23 April 2022 (Ke Malaysia Timur)
- 27 April 2022 (Lain-lain lokasi di Malaysia Barat / Semenanjung)
Penutupan operasi: 2-4 Mei 2022
Baca juga: PosMalaysia Tracking & Semakan Harga Postage
NinjaVan
Syarikat kurier NinjaVan juga telah mengemaskini dan memaklumkan tarikh notis perkhidmatan mereka ketika Hari Raya Aidilfitri.
Sila rujuk tarikh akhir pengeposan seperti di bawah:
- Semenanjung Malaysia : 26 April
- Malaysia Timur (sabah & Sarawak) : 23 April
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui media sosial mereka seperti berikut:
- Ninjavan : https://www.facebook.com/ninjavanmalaysia/
- J&T : https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia
- Poslaju / Pos Malaysia Berhad : https://www.facebook.com/posmalaysia
Baca juga:
- Shopee Express Malaysia: Check Tracking No & Harga Penghantaran
- Senarai Harga Postage J&T Terkini Dan Semakan No Tracking
- Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat
Semoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.
Jadi, jangan tunggu saat akhir ya.
Hantar bungkusan anda segera sebelum tarikh yang dinyatakan ok!