Tanda kiamat merupakan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangan hari kiamat semakin dekat. Tanda ini merupakan amaran buat kita yang masih hidup ini agar sentiasa beriman kepada Allah S.W.T. kerana mati itu adalah satu perkara pasti.
Tanda hari kehancuran alam semesta ini terbahagi kepada dua iaitu tanda kecil dan tanda besar. Untuk mengetahui lebih lagi tentang tanda-tanda ini, pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa itu Hari Kiamat?
Hari Kiamat merupakan hari di mana alam semesta dan seluruh yang ada di dalamnya akan dihancurkan dan dimatikan. Mempercai kewujudan hari ini, merupakan perkara wajib bagi semua umat Islam.
Pada hari kiamat ini, semua makhluk yang hidup akan dimatikan (pada tiupan sangkakala pertama) dan kemudiannya semua makhluk dari seawal-awal kelahiran manusia (semenjak zaman Nabi Adam A.S.) akan dibangunkan semula bagi dihisab amalannya (pada tiupan sangkakala kedua).
Pada hari ini juga seluruh makhluk akan dihimpunkan di padang masyar dan dihisab amalan perbuatannya. Kemudian melalui timbangan amalan ini akan ditentukan kita ini akan masuk ke syurga ataupun neraka.
Berikut merupakan antara ayat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, yang menyatakan tentang kewujudan hari kiamat ini:
Tanda-tanda Kiamat
Sebelum datangnya kiamat atau hari akhirat ini, Allah akan berikan beberapa tanda sebagai petunjuk atau isyarat buat orang Islam berkenaan semakin hampirnya hari kehancuran ini.
Petunjuk atau isyarat yang akan diberikan kepada manusia berkenaan hari kehancuran alam semesta dan seluruh isinya ini terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kiamat kecil dan juga tanda-tanda besar.
Tanda Hari Kiamat Kecil
Untuk pengetahuan anda, tanda-tanda kecil hari kiamat ini telah banyak terjadi pada zaman sekarang seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis dan ayat al-Quran yang diturunkan.
Berikut merupakan tanda-tandanya:
- Berleluasanya Perbuatan Zina
- Perbuatan zina atau persetubuhan tanpa perkahwinan yang berleluasa dalam kalangan penduduk di dunia merupakan salah satu tanda waktu kehancuran semakin hampir.
- Muzik Menjadi Kebanggan
- Menurut hadis Ibnu Majah, Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bahawa akhir zaman itu akan berlaku apabila muzik telah bermaharajalela dan ramainya penyanyi wanita.
- Menghias Masjid dan Membanggakannya
- Tanda kiamat kecil yang seterusnya adalah kewujudan orang yang membina masjid dan atau bermegah-megah atas perbuatanya itu.
- Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk dengan Jiran.
- Kiamat juga akan muncul apabila berleluasanya kekejian, putusnya hubungan sillaturahim dan bersikap buruk dengan jiran
- Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
- Hari kiamat ini dinyatakan akan diturunkan pada orang-orang yang hina dan buruk sahaja. Oleh itu semua manusia yang baik-baik seperti ahli agama akan dimatikan terlebih dahulu
- Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
- Tanda kiamat kecil seterusnya ialah dunia akan dikuasai oleh orang bodoh dan hina.
- Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
- Munculnya pakaian-pakaian wanita di mana apabila mereka memakainya ia tidak menjaga kehormatan atau aurat mereka.
- Bulan Sabit Kelihatan Besar
- “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
- Banyak Penipuan dalam menyampaikan Berita
- Pada akhir zaman nanti banyaknya penipuan dalam berita, di mana ia bermaksud fitnah semakin berleluasa.
- Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
- “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
- Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
- Tanda kiamat yang seterusnya ialah tidak akan muncul hari kehancuran ini sehinggalah negara arab menjadi subur dengan tanaman dan mempunyai sungai.
Sumber: eMuallaf
Tanda Hari Kiamat Besar
Tanda kiamat besar merupakan tanda yang menyatakan kiamat itu adalah sangat-sangat dekat berbanding dengan tanda-tanda kecil yang muncul. Berikut adalah tanda-tanda besar tersebut:
- Gempa bumi di timur, barat dan di Jazirah Arab.
- Gempa bumi yang dasyat dan juga gerhana akan muncul di timur, barat dan di Jazirah Arab.
- Kemunculan Dajjal
- Dajjal merupakan satu makhluk yang kejam yang akan memerintah bumi dan mengaku dirinya tuhan.
- Turunnya Nabi Isa bin Maryam
- Nabi Isa a.s merupakan pelindung orang Islam yang akan membantu kita sewaktu hari kiamat nanti
- Yakjuj dan Makjuj
- Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi
- Mereka ini akan meminum air sungai hingga habis dan membunuh manusia dan haiwan di muka bumi dan menghancurkan apa sahaja yang mereka jumpai.
- Terbitnya matahari dari arah tenggelamnya.
- Matahari akan terbit dari barat.
- Munculnya Al-Dabbah
- Al-Dabbah atau Dabbatul Ardhi merupakan sejenis binatang dari perut bumi yang boleh berbicara kepada manusia.
- Terjadinya Dukhan
- Dukhan merupakan asap debu yang akan menutupi seluruh dunia selama 40 hari.
- Keluarnya api dari Yaman
- Tanda kiamat besar yang terakhir ialah api akan keluar dari Jurang Aden dan akan mencampakkan manusia ke lautan.
Jelas disini, sesungguhnya hari akhirat itu semakin menghampiri kita. Tanda-tanda kecil kiamat telah berlaku pada hari ini. Oleh itu, sebagai umat islam kita harus sentiasa bersiap sedia menghapi hari ini.
Jadi banyakkanlah amalan kita, kerana hanya iman kita yang mampu menyelamatkan kita di akhirat nanti.
Baca juga: Nama Hari Kiamat & Maksud Disebalik Nama