Sunat Bayi Perempuan: Hukum, Kaedah dan Kebaikan Berkhatan

sunat bayi perempuan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah hukum sunat bayi perempuan dan kebaikannya dari segi kesihatan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada berkenaan dengan permasalahan berkaitan sunat bayi perempuan yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu berkhatan?

sunat bayi perempuan

Dari segi bahasa, berkhatan adalah memotong kepada kulit kemaluan (qulfah) lelaki dan biji kelentit (klitoris) daripada wanita.

Manakala dari segi istilah istilah fuqaha pula adalah memotong semua kulit yang menutupi kepala zakar bagi lelaki dan sedikit bahagian kulit ataupun isi biji kelentit bagi wanita.

Hukum berkhatan dalam Islam

Hukum berkhatan dalam Islam adalah wajib bagi setiap umat Islam. Hal ini seperti mana yang dinyatakan dalam hadis daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda:

“Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Keengganan berbuat demikian tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak akan menyebabkan kita berdosa kerana telah melanggar kewajipan yang disyariatkan oleh Islam dari zaman Nabi Ibrahim A.S lagi.

Hukum sunat bayi perempuan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genitial Mutilation).

Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.

Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri.

Sehubungan itu selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Kaedah sunat bayi perempuan

Umur yang paling sesuai untuk sunat bayi perempuan adalah secepat selepas mereka dilahirkan sehingga berumur dua tahun.

Hal ini kerana, lebih kecil usia anak, lebih mudah cara penjagaannya kerana anak anda belum boleh berjalan dan hanya minum susu sahaja.

Justeru, anda tidak perlu risau untuk berfikir tentang urusan pantang makan dan sebagainya.

Sunat bayi perempuan disunatkan agar ia dinipiskan atau dikemaskan sahaja.

Dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris kerana perbuatan tersebut adalah haram.

Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:

لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ

Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” – (Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan, No. 5271)

Terdapat beberapa kaedah dalam sunat bayi perempuan yang perlu anda tahu. Berikut adalah antaranya:

Kebaikan berkhatan dari segi kesihatan

Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan yang sering dikaitkan dengan berkhatan:

1. Pencegahan jangkitan kelamin

Salah satu manfaat utama berkhatan adalah mengurangi risiko jangkitan pada saluran kencing.

Dengan menghilangkan kulup (preputium) dari kepala penis, berkhatan dapat mengurangkan kemungkinan penumpukan bakteria dan kotoran di bawah kulup yang dapat menyebabkan jangkitan saluran kencing.

2. Menurunkan risiko kanser penis

Meskipun kanser penis sangat jarang terjadi, berkhatan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit ini.

Prosesnya masih belum sepenuhnya difahami, tetapi ia diyakini bahawa faktor kebersihan setelah berkhatan dapat membantu mengurangi kemungkinan kansker penis.

3. Pengurangan risiko penyakit menular berkaitan seksual

Berkhatan telah dikaitkan dengan penurunan risiko jangkitan beberapa penyakit menular seksual, termasuk HIV dan HPV (human papillomavirus).

Meskipun ia bukan perlindungan yang lengkap, berkhatan boleh membantu mengurangkan risiko penularan beberapa penyakit ini.

4. Mengurangi risiko fimosis dan parafimosis

Fimosis adalah keadaan di mana kulup tidak dapat ditarik ke belakang dari kepala penis, sementara parafimosis terjadi ketika kulup tertarik ke belakang tetapi tidak boleh ditarik ke posisi semula.

Kedua-duanya dapat menyebabkan ketidakselesaan dan bahkan masalah serius seperti gangguan aliran urin boleh berlaku. Berkhatan dapat mencegah atau mengatasi masalah ini.

5. Kesihatan kulit

Kulup yang tidak terkait secara tepat dapat menyebabkan jangkitan, peradangan, dan masalah kulit lainnya.

Dengan menghilangkan kulup, berkhatan dapat membantu menjaga kebersihan dan kesihatan kulit pada bahagian genital.

6. Meningkatkan kesihatan seksual

Meskipun bukan jaminan, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berkhatan boleh mengurangkan risiko terjadinya ejakulasi dan disfungsi ereksi.

Selain itu, berkhatan juga dapat meningkatkan keselesaan ketika berhubungan seksual bagi lelaki dan perempuan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan isu sunat bayi perempuan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #419: Hukum Berkhatan Bagi Kaum Wanita. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Amalan Berkhitan di Malaysia. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
  3. Hukum Sunat Bayi Perempuan, Perlu Ke atau Tidak? Taqwa.my
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut