Google Forms: Panduan Mudah Buat Borang Online

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Google Form merupakan salah satu aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Google.

Menariknya, aplikasi GForms ini boleh digunakan oleh semua pengguna akaun Gmail secara percuma sahaja – tiada sebarang bayaran dikenakan.

Selain Google Forms, pihak Google juga mempunyai banyak aplikasi atau servis (sama ada percuma atau berbayar) antaranya Google Adsense, Meet, Classroom dan banyak lagi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang GoogleForm yang amat berguna untuk anda tahu.

Apakah Google Forms?

Google Forms adalah sebahagian daripada suite produktiviti Google Workspace (dahulunya G Suite), yang membolehkan pengguna mencipta borang dan kaji selidik dalam talian dengan mudah.

Borang-borang ini boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis soalan, tema, dan tetapan, dan respons yang diterima secara automatik dikumpulkan dan disusun dalam Google Sheets, menjadikannya mudah untuk dianalisis.

Ia merupakan alat berasaskan awan, bermakna anda boleh mengakses dan mengurus borang anda dari mana-mana peranti dengan sambungan internet.

Antara contoh penggunaan Google Forms:

  1. Borang pendaftaran
  2. Ujian dalam talian
  3. Kuiz
  4. Borang maklum balas
  5. Borang tinjauan
  6. … dan banyak lagi

Dengan integrasi Gmail, kesemua maklumat yang dimasukkan akan diintegrasikan denga akaun Gmail anda.

Kelebihan Google Forms

Selain percuma, Google Forms sangat mudah untuk digunakan.

Walaupun anda bukan orang yang mahir dalam teknologi, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan borang dalam talian.

Untuk membina sebuah borang online juga hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik sahaja.

Berikut ialah antara manfaat utama:

  • Sesuai untuk Pelbagai Kegunaan – Sama ada untuk kegunaan profesional atau peribadi, GForms boleh digunakan dalam pelbagai senario seperti penilaian pelajar, undian organisasi, tempahan acara dan sebagainya.
  • Percuma dan Mudah Diakses – GForms boleh digunakan secara percuma dengan hanya memerlukan akaun Google. Ia juga boleh diakses melalui mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet.
  • Antara Muka Mesra Pengguna – Reka bentuknya yang ringkas dan intuitif memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta borang walaupun tanpa pengetahuan teknikal.
  • Automasi dan Integrasi dengan Google Sheets – Semua data yang dikumpulkan akan dimasukkan secara automatik ke dalam Google Sheets, menjadikan analisis data lebih mudah dan teratur.
  • Fleksibel dan Boleh Disesuaikan – Pengguna boleh memilih tema warna, menambah imej atau video, serta menyesuaikan paparan borang mengikut keperluan masing-masing.
  • Kawalan Privasi dan Kebenaran – Anda boleh mengawal siapa yang boleh mengakses borang anda – sama ada kepada umum atau kepada pengguna tertentu sahaja.

Panduan Membuat Borang Online

  1. Log masuk akaun Gmail anda
  2. Klik pada Drive (https://drive.google.com/drive/u/0/) > New > Google Forms
  3. Masukkkan soalan anda
  4. Pilih jenis atau format jawapan yang diingin sama ada jawapan pendek, jawapan panjang, dropddown dan sebagainya.
buat google forms

Tips:

  1. Pada bahagian bawah borang tersebut, tentukan sama ada soalan tersebut wajib dijawab atau tidak.
  2. Klik pada butang “+” di bahagian kanan untuk menambah soalan
  3. Anda turut boleh menambahkan gambdar dan video pada borang anda untuk menjadikannya lebih interaktif
google forms

Cara Berkongsi Borang Online

Setelah menghabiskan borang yang dibuat, anda boleh berkongsi pautan (link) borang Google Forms tersebut untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Segala jawapan yang dimasukkan oleh orang lain dapat dilihat dan diakses oleh anda dengan mudah.

Sila ikuti langkah berikut untuk berkongsi borang tersebut:

  1. Buka Google Forms yang telah disiapkan.
  2. Di bahagian atas kanan, klik More.
  3. Klik Add collaborators.
  4. Klik “Invite people.”
  5. Di bahagian “Add editors” tambahkan alamat email untuk berkongsi melalui e-mail.
  6. Klik Send.
google forms

Pada bahagian Tetapan (Settings), anda juga boleh menetapkan sama ada masih menerima respon atau tidak.

Sekiranya tidak, orang ramai masih boleh mengakses Google Forms anda tetapi notis pemberitahuan akan dipaparkan yang memaklumkan bahawa borang itu tidak lagi menerima sebarang respon.

Tetapan sebegini sangat berguna apabila anda telah menetapkan tarikh akhir atau tarikh tutup borang penyertan dimana mereka yang lewat tidak akan dapat menghantar respon mereka melalui borang anda.

Perkhidmatan borang online ini adalah alat yang sangat berharga dalam kit digital mana-mana individu atau organisasi.

Dengan antara muka yang mesra pengguna, keupayaan kolaborasi, pelbagai jenis soalan, dan integrasi yang lancar dengan ekosistem Google, ia memudahkan proses pengumpulan dan analisis data.

Sama ada untuk keperluan profesional atau peribadi, GForms menyediakan penyelesaian yang cekap dan boleh diakses untuk mengubah cara anda berinteraksi dengan maklumat.

Soalan Lazim (FAQ) Google Forms

Adakah Google Forms percuma untuk digunakan?

  • Ya, perkhidmatan ini adalah percuma sepenuhnya untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google. Ia adalah sebahagian daripada suite produktiviti Google Workspace (dahulunya G Suite) dan mudah diakses melalui pelayar web.

Bagaimana cara saya mengakses Google Forms?

  • Anda boleh mengakses GForms dengan melawati forms.google.com atau melalui Google Drive anda. Di Google Drive, klik ‘New’ > ‘Google Forms’.

Bagaimana cara saya berkongsi borang yang telah saya buat?

  • Anda boleh berkongsi borang dengan beberapa cara: melalui pautan (URL), e-mel, atau membenamkan kod HTML borang ke dalam laman web atau blog anda. Semua pilihan ini tersedia di butang ‘Send’ dalam editor borang.

Adakah saya memerlukan pengetahuan teknikal untuk mencipta borang di Google Forms?

  • Tidak. Antara muka GForms sangat mesra pengguna dan sesuai digunakan oleh semua peringkat, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang teknikal.

Di mana respons borang Google Forms disimpan?

  • Semua respons yang diterima melalui GF secara automatik disimpan dan disusun dalam Google Sheet yang berkaitan. Anda boleh mengakses Google Sheet ini terus dari dalam antara muka penyuntingan borang GForms anda.

Adakah Google Forms boleh digunakan secara offline (tanpa internet)?

  • Tidak. Perkhidmatan ini memerlukan sambungan internet untuk mencipta, mengisi dan menghantar borang.

Siapa yang boleh mengisi borang yang saya cipta?

  • Anda boleh tetapkan sama ada borang terbuka kepada sesiapa sahaja dengan pautan, atau hanya boleh diakses oleh pengguna tertentu (contohnya dalam organisasi anda sahaja).
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut