Bayi Sembelit Teruk? Cuba 7 Cara “Parents” Boleh Buat

Bayi sembelit boleh berlaku di peringkat awal kelahiran atau selepas 6 bulan usia mereka yang ketika itu sudah bersedia untuk diperkenalkan dengan makanan pejal.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah bayi sembelit yang boleh mak ayah atasi dengan mudah.

Baca juga:

Apa itu sembelit?

bayi sembelit
Forbes

Bayi sembelit akan terjadi bila mana bayi sukar atau jarang membuang air besar dan najis menjadi keras atau sukar untuk dikeluarkan.

Situasi ini boleh menjadi masalah umum pada bayi dan biasanya tidak berbahaya tetapi akan menyebabkan bayi kurang selesa.

Simptom bayi sembelit

Sembelit bukan hanya tentang seberapa kerap bayi anda membuang air besar tetapi seberapa sukar mereka untuk mengeluarkan najis tersebut.

Mereka juga akan menunjukkan gejala atau simptom lain yang boleh anda lihat seperti:

  • Tidak selesa setiap kali hendak buang air besar
  • Mempunyai najis yang keras dan kering
  • Mempunyai najis yang berdarah atau hitam
  • Mempunyai perut yang membengkak
  • Tidak mempunyai selera makan seperti biasa
  • Tidak buang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap 5-10 hari
  • Terdapat kesan cecair atau najis dalam lampin
  • Perut yang keras dan sakit

Jenis najis bayi

1. Maksud warna najis bayi

Warna NajisMaksudNormal / Tidak Normal
Hijau kehitamanNajis pertama bayiYa, ia adalah normal. Semua benda dalam keadaan baik
Coklat mentegaNajis pertama bayiYa, ia adalah normal. Semua benda dalam keadaan baik
Kuning mustardNajis dari bayi menyusuNormal. Ia akan berterusan sehingga bayi mula makan makanan pepejal
Putih / Kelabu pucatAda masalah dengan hati dan hempeduPerlu berjumpa dengan doktor anda
HijauMungkin tanda cirit biritPeriksa dengan doktor untun kepastian
MerahTanda sembelit atau darah daripada payudara ibu yang merekahPeriksa dengan doktor untuk kepastian

2. Bentuk najis bayi

Bentuk NajisMaksud
Ketulan kecil seperti kekacangSembelit yang teruk
Berbentuk seperti sosej tetapi masih nampak ketulanSembelit
Najis berbentuk seperti sosej dengan permukaan
yang merekah
Normal
Najis berbentuk seperti sosej atau ular, lembut dan licinNormal
Najis yang banyak gumpalan lembut dengan bentuk
yang jelas
Cirit-birit
Najis lembu, gebu dan lembik dengan permukaan yang
bergigi
Cirit-birit
Hampir keseluruhan najis cair tanpa kepingan pepekalCirit-birit yang teruk

Sebab kenapa bayi sembelit

Sembelit mungkin dikaitkan dengan perubahan susu yang diberikan kepada bayi, pengenalan tentang makanan pejal dan banyak lagi faktor lain yang mungkin berlaku.

Biasanya bayi yang mengalami sembelit ini adalah yang minum susu formula berbanding susu ibu.

Hal ini kerana mengikut kajian yang dijalankan, susu formula boleh memejalkan najis lebih daripada susu ibu.

Antara punca sembelit yang lain pada bayi baru lahir termasuklah seperti:

  • Alahan protein susu
  • Intoleransi laktosa
  • Pengenalan kepada makanan pepejal
  • Tidak minum air yang secukupnya
  • Penyakit usus tertentu
  • Kesan sampingan dari ubat tertentu

Walaupun agak jarang berlaku, tetapi tidak dinafikan alahan protein susu lembu dan intoleransi laktosa boleh menyebabkan pelbagai gejala sembelit pada bayi.

Jika bayi anda mempunyai intoleransi laktosa berasaskan susu lembu atau susu ibu, mungkin produk tenusu seperti yogurt dan keju boleh mengatasi masalah sembelit tersebut.

Selain itu, apabila bayi mula berganjak ke usia 6 bulan rata-rata ibu bapa sudah diberikan “lampu hijau’ untuk mengenalkan mereka kepada makanan pejal.

Kesan dari setiap makanan pejal yang diberikan ini akan menyumbang kepada jenis najis yang terhasil.

Sesetengah makanan yang tidak sesuai pada penghadaman mereka mungkin akan menyebabkan sembelit berlaku.

Cara elak bayi mudah sembelit

Berikut adalah beberapa cara elak bayi anda dari mudah mengalami masalah sembelit:

1. Menyusu susu ibu

Susu ibu mengandungi khasiat semula jadi yang membantu mencegah sembelit. Jika anda boleh menyusu, cuba lakukan secara eksklusif untuk enam bulan pertama bayi anda.

2. Pastikan bayi terhidrasi

Sama ada diberikan susu ibu atau susu formula, pastikan bayi anda mendapat cacair yang mencukupi. Ini membantu mengekalkan najis lembut dan lebih mudah untuk dikeluarkan.

Berikan sedikit air di antara penyusuan sebaik sahaja bayi anda mula makan makanan pejal.

3. Perkenalkan makana berserat tinggi

Apabila bayi anda mula makan makanan pejal, perkenalkan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan puri (seperti prun, pear, dan peach), sayur-sayuran (seperti kacang pis, bayam dan brokoli), dan bijirin penuh (seperti oatmeal) dan barli.

4. Hadkan makanan yang beri risiko sembelit

Sesetengah makanan boleh menyumbang kepada sembelit pada bayi. Ini termasuk bijirin beras, pisang, sos epal dan produk tenusu. Hadkan makanan ini jika anda perasan ia menyebabkan sembelit pada bayi anda.

5. Wujudkan rutin ke tandas

Galakkan pergerakan usus yang kerap dengan memberi masa bayi anda untuk membuang air besar selepas makan.

Rutin yang konsisten boleh membantu mengawal pergerakan usus bayi anda.

6. Urut perut bayi anda

Urut lembut mengikut arah jam pada perut bayi anda boleh membantu merangsang pergerakan usus dengan menggalakkan penghadaman dan melegakan gas.

7. Galakkan aktiviti fizikal

Apabila bayi anda membesar, galakkan aktiviti fizikal seperti merangkak, berguling dan menendang.

Pergerakan membantu merangsang sistem penghadaman dan boleh mengelakkan sembelit.

8. Pantau penyusuan susu formula

Jika bayi anda diberi susu formula, pastikan anda mengikut arahan membancuh yang betul. Terlalu banyak atau terlalu sedikit air dalam formula boleh menyebabkan sembelit.

Cara merawat sembelit bayi

Perubahan dalam formula atau diet ibu yang menyusu boleh membantu merawat masalah sembelit bayi.

Bagi yang minum susu formula pula, ini saatnya untuk anda tukar jenis atau jenama susu tersebut. Namun pastikan dapatkan dahulu nasihat dari doktor untuk memilih susu yang sesuai.

Dari segi pengenalan kepada makanan pepejal untuk bayi 6 bulan ke atas pula, perubahan diet pemakanan harian mereka perlu diubah.

Masukkkan buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti pear dan brokoli untuk merawat masalah sembelit ini. Makanan lain yang boleh anda cuba juga adalah seperti peach, plum, prun, nektarin, ceri, dan kurma.

Bila perlu jumpa dengan doktor

bayi sembelit
Children’s Medical Group

Walaupun masalah bayi yang sembelit ini boleh ditangani di rumah, tetapi anda boleh sahaja berjumpa dengan doktor atau pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut sekiranya masih keliru atau bimbang dengan keadaan bayi anda.

Namun jika bayi anda menunjukkan perubahan seperti adanya darah dalam najis, muntah atau meragam dan tidak buang air besar lebih dari tiga hari, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

Doktor mungkin melakukan beberapa ujian, seperti ujian darah, pemeriksaan rektum, atau X-ray perut untuk mengesahkan rawatan lanjut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah bayi sembelit dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Constipation In Babies – Causes, Signs and Treatments. Pregnancy, Birth and Baby
  2. Best Remedies for Your Baby’s Constipation. Healthline
  3. Your Baby’s Bowels and Constipation. WebMD
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!