SSPA – Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (1 Disember 2024)
SSPA – Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (1 Disember 2024)
YAB Perdana Menteri dalam ucapan semasa Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2023 pada 1 Mei 2023 menekankan mengenai keperluan untuk menambah baik Sistem Saraan Perkhidmatan AWAM (SPPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Hal ini selaras dengan RMKe-12 di bawah Bab 13 – Bidang Keutamaan A “Membangunkan Perkhidmatan Awam Yang Berprestasi Tinggi”.
Dalam artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda secara lebih terperinci berkenaan dengan SSPA.
Baca juga:
Apa itu SSPA?
SSPA adalah singkatan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, menangani isu produktiviti yang rendah dan pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup.
Melalui SSPA, kerajaan akan menaikkan gaji, membuat pelarasan elaun.
Objektif SSPA
- Meningkatkan efisiensi agensi / pegawai awam
- Mengoptimumkan kos pengurusan
- Meningkatkan produktiviti Perkhidmatan Awam
- Meningkatkan kesejahteraan pegawai awam
Tarikh Berkuat Kuasa
Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Kajian SSPA
- Jawatankuasa Induk Kajian SSPA
- Jawatankuasa Teknikal
- Jawatankuasa Kerja
- Kelompok
- Kesihatan
- Sains dan teknologi
- Teknikal
- Pendidikan
- Keselamatan
- Pengurusan
Peranan Jawatankuasa Kajian SSPA
- Menetapkan dasar, prinsip dan skop Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
- Menimbang, memperakukan dasar dan mengesyorkan penambahbaikan serta pembaharuan perkara-perkara utama berkaitan sistem saraan perkhidmatan awam bagi tujuan pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA).
- Menubuhkan kumpulan kerja / pasukan petugas mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Garis Masa Pelaksanaan
Pelaksanaan Pelarasan Gaji
- Hanya terpakai kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA sahaja
- Tarikh pelaksanaan
- Fasa 1 (1 DISEMBER 2024) dan Fasa 2 (JANUARI 2026)
- Pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (PNP)
- Fasa 1 (8%) dan Fasa 2 (7%)
- Kumpulan pengurusan tertinggi (KPT)
- Fasa 1 (4%) dan Fasa 2 (3%)
- Julat peningkatan pendapatan yang diterima oleh penjawat awam adalah antara 16.8% hingga 42.7%, mengambil kira faedah berganda (compounding effect)
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN AWAM
Pelaksana kenaikan pangkat secara one-off melibatkan pegawai Gred 41 hingga Gred 48 secara khas untuk penyandang (KUP) bagi pegawai yang telah memenuhi tempoh dan kriteria yang ditetapkan (skim perkhidmatan terhad kepada kekosongan jawatan).
Urusan pemangkuan / kenaikan tanpa kekosongan secara khas untuk penyandang (KUP) dari Gred 48 ke Gred Khas C.
Pengiktirafan kepakaran kepada pegawai yang berkelayakan sebagai pegawai Subject Matter Expert (SME). Fokus kepada tujuh bidang tujahan baru:
- Kecerdasan Pembuatan (Artificial Intelligence-AI)
- Keselamatan Siber
- Transformasi Digital
- Teknologi Makanan
- Peralihan Tenaga
- Persempadanan Negara
- Pengurusan Bencana
KUMPULAN PELAKSANA
Insentif berasaskan prestasi diberikan kepada pegawai yang telah mencapai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam (6) tahun selepas Time-Based Kecemerlangan (TBK) ke-2 bersamaan dengan kadar satu (1) kenaikan gaji tahunan (KGT) gred jawatan semasa pegawai.
PERLUASAN TVET
Peluang kerjaya graduan TVET dengan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan bagi 26 skim perkhidmatan berkelayakan SPM, sebagai tambahan kepada 18 skim perkhidmatan sedia ada.
Perluasan kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam syarat lantikan sebagai 11 skim perkhidmatan berkelayakan Diploma / STPM, sebagai tambahan kepada dua skim perkhidmatan sedia ada.
PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PRESTASI, TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB
1. Dasar Pemisah (Exit Policy)
- Tempoh pelaksanaan hampir tiga (3) tahun kepada satu (1) tahun tujuh (7) bulan.
2. Penambahbaikan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.)(A) 395]
- Mengenai prosedut tatatertib bagi pegawai yang tidak hadir bertugas dan pewujudan peraturan baharu bagi kegagalan tadbir urus pengurusan kewangan awam.
3. Penambahbaikan kriteria kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) iaitu mencapai tahap prestasi yang memuaskan dan tambahan kriteria tapisan tatatertib.
4. Kelayakan PGT
- Kenaikan markah penilaian prestasi tahunan daripada 60% kepada 75%. Markah minimum digunakan untuk menentukan pegawai berprestasi rendah yang boleh dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah.
5. Pelaksanaan sistem MyPERFORMANCE
Sistem penilaian prestasi tahunan baharu berasaskan kepada aspek kompetensi dan nilai serta menitikberatkan lima (5) prinsip, iaitu adil, objektif, telus, relevan dan kebolehasingan.
6. Peningkatan markah penilaian prestasi tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat daripada 80% kepada 85%.
PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN
Berikutan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2022, kelayakan masuk minimum ke dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
Beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan bagi:
- Menggalakkan penugasan berbilang (multitasking)
- Kemahiran berbilang (multi-skliling)
- Pengunaan sumber manusia Perkhidmatan Awam dapat dioptimumkan
Reformasi Perkhidmatan Awam (3 Intipati)
- Meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam
- Meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan
- Meningkatkan daya saing negara
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan SSPA dan Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 – Fasa 1 & 2, anda boleh ikuti pautan di laman sosial berikut:
- Portal Rasmi: https://www.jpa.gov.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/myjpa/
- Instagram: https://www.instagram.com/jpa2day/
- YouTube: https://youtube.com/@jabatanperkhidmatanawam
- X: https://x.com/jpagov/