Selari dengan kemajuan teknologi, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah membangunkan sistem iTEMS (Institute of Teacher Education Malaysia Examination Managemenet System) bagi menyeragamkan penyelarasan peperiksaan di bawah seliaanya.
Di Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) adalah sebuah insitusi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab memberi pendidikan keguruan kepada bakal-bakal guru untuk pendidikan rendah.
Pengenalan Sistem iTEMS
iTEMS adalah satu sistem pengurusan peperiksaan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dibangunkan untuk menyelaraskan pentadbiran peperiksaan di 27 buah kampus IPG.
Satu tinjauan yang melibatkan 480 pengguna sistem iTEMS dan dapatan berkaitan kebergunaan dan kemudah gunaan sistem iTEMS menunjukkan bahawa reaksi majoriti responden berada pada tahap yang tinggi.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, IPGM juga tidak ketinggalan untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi digital dan telah membangunkan satu sistem pengurusan peperiksaan yang dikenali sebagai iTEMS (Institute of Teacher Education Malaysia Examination Managemenet System) untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengurusan data peperiksaan dan penilaian di semua kampus IPG.
Inisiatif ini adalah satu usaha memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2013).
Sistem iTEMS di IPGM mula diperkenalkan pada tahun 2010 yang mana pada asalnya
digunakan hanya untuk mengumumkan keputusan peperiksaan dan penilaian secara dalam talian kepada para pelajar.
Namun pada ketika itu pengurusan data-data peperiksaan dan penilaian masih
diuruskan secara separa manual.
Sistem iTEMS kemudiannya terus dibangunkan dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat.
Artikel berkaitan: Senarai IPG, Program, Kelebihan Institut Pendidikan Guru Malaysia
Semakan Keputusan Tawaran PISMP
Buat para calon yang telah memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) atau Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara bagi Tahun 2025, sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan tawaran kini boleh dibuat mulai 19 Jun 2025 (Khamis), jam 2:00 petang.
Semakan ini khusus untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya ditawarkan mengikuti program-program tersebut. Bagi mengetahui status tawaran anda, sila layari pautan rasmi berikut: https://pismp.moe.gov.my/
Pastikan anda membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan dan ikuti arahan selanjutnya yang diberikan di laman web tersebut.
Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui iTEMS
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP), anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:
PISMP Jun 2021/2025
- Tarikh : 18 Jun 2025
- Masa : 10.00 pagi
PPISMP, PISMP, PISP (Selain PISMP Ambilan Jun 2021/Julai 2025)
- Tarikh : 11 Jun 2025
- Masa : 10.00 pagi
Semua pelajar boleh menyemak keputusan pada link sistem items yang disediakan ini :
https://items.moe.edu.my/umum/
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG masing-maisng
Semoga pelajar beroleh keputusan yang cemerlang dan terus tingkatkan kecemerlangan anda pada masa hadapan.
Pendaftaran Peperiksaan
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan September 2025 (Sesi Pengajian: Jun 2025- September 2025) mengikut ketetapan berikut:
1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC : 08 Jun 2025 – 15 Jun 2025
Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.
Fungsi Lain Sistem iTEMS
Kini, sistem iTEMS telah dilengkapi denga pelbagai modul seperti berikut:
- Urusan pendaftaran kursus
- Peperiksaan pelajar
- Rekod kehadiran kuliah
- Kemasukan dan pemprosesan markah-markah pentaksiran
- Membina jadual peperiksaan
- Lantikan pengawas peperiksaan
- Menjana slip kelayakan peperiksaan
- Menjana pelaporan peperiksaan dan penilaian
- Mengumumkan keputusan peperiksaan
- Penilaian pelajar
- Penilaian kurikulum
- Menjana transkrip akhir keputusan keseluruhan pentaksiran pelajar
Sistem ini boleh diakses melalui pautan https://items.moe.edu.my/umum/
Pertanyaan & Maklumat Lanjut Sistem iTEMS
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah ketika menggunakan sistem iTEMS ini, sila berhubung dengan pegawai kampus IPG masing-masing.
Untuk mendapatkan nombor telefon pegawai bertugas, sila rujuk halaman Hubungi portal iTEMS melalui pautan https://items.moe.edu.my/umum/hubungi.php