Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP & Tarikh Bayaran

semakan pengeluaran khas kwsp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI: TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIAWALKAN KE 18 APRIL 2022

Status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP telahpun mula diumumkan melalui semakan secara atas talian di portal rasmi berkenaan.

Susulan itu, ramai sudah mula tertunggu-tunggu bayaran yang dijadualkan pada 20 April 2022.

Sebentar tadi, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini akan dipercepatkan kepada 18 April bagi membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan.

BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP BERMULA 18 APRIL 2022

Perkara tersebut dimaklumkan melalui media sosial beliau beserta sebuah video.

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Jangan Risau, Semua Pembayaran Akan Diselesaikan Sebelum Hari Raya

Dalam sebuah video susulan bertarikh 19 April, Tengku Zafrul juga telah meyakinkan pemohon yang masih belum diluluskan bahawa pembayaran akan diproses secepat mungkin.

Ini kerana jumlah permohonan yang diterima adalah begitu besar, iaitu dengan 5.3 juta permohonan merangkumi jumlah pengeluaran berjumlah RM 40.1 bilion.

Namun, KWSP telah memberi komitmen dan akan memastikan semua bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya.

Sumber: FB Tengku Zafrul, 19 April 2022

Untuk makluman, tarikh akhir permohonan di Portal Pengeluaran Khas KWSP adalah 30 April 2022.

Sudahkah anda membuat permohonan pengeluaran?

Ingat, tiada pindaan boleh dibuat untuk permohonan kali ini ya!

Jadi, jangan tersilap dan pastikan anda telah mengetahui syarat-syarat dan cara memilih amaun pengeluaran yang betul.

Di sini kami kongsikan langkah-langkahnya dengan mudah.

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP & Semakan Amaun Kelayakan

  1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Mohon Sekarang & Permohonan.
  3. Masukkan No Mykad & Tel Bimbit yang didaftarkan di KWSP.
  4. Klik Teruskan.
  5. Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.
  6. Amaun Kelayakan Anda akan tertera, Klik memohon amaun tersebut.
  7. Klik Teruskan.
  8. Sahkan Maklumat Pemohon dan Akaun Bank Anda. (Ada 2 soalan – Anda boleh menjawab apa saja jawapan pada soalan yang diajukan)
  9. Pastikan anda menyemak sekali lagi AMAUN YANG DIPOHON, ini penting.
  10. Klik HANTAR dan CETAK PERMOHONAN anda dan SIMPAN.

Sila rujuk langkah bergambar di bawah:

Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Baca nota penting terlebih dahulu.

Tekan butang TUTUP untuk teruskan permohonan.

Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan.

Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.

Amaun Kelayakan Anda akan tertera.

Klik untuk memohon amaun tersebut atau isikan lain-lain amaun pilihan anda.

semakan pengeluaran khas kwsp

Seterusnya isikan maklumat pemohon.

semakan pengeluaran khas kwsp

Kemaskini butiran lain jika perlu.

Kemudian sahkan maklumat yang dipaparkan pada skrin.

semakan pengeluaran khas kwsp

Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti berikut:

semakan pengeluaran khas kwsp

Cetak & simpan rekod permohonan untuk rujukan.

Kredit gambar: Firdaus Shakirin

Baca juga:

Tarikh Akhir Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.

Tarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.

Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 18 April 2022.

Namun bagi permohonan yang dibuat dari 28 April dan ke atas, pembayaran hanya boleh dibuat bermula 5 Mei 2022.

Orang awam di media sosial memaklumkan bahawa status Pengeluaran Khas kini telah memaparkan status LULUS setelah mereka membuat semakan di Portal Rasmi PengeluaranKhas dan i-Akaun KWSP.

Status yang dipaparkan adalah seperti berikut:

Dalam notis kelulusan berkenaan, tarikh bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April 2022, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Semakan status kelulusan dan tarikh bayaran juga boleh disemak melalui i-Akaun.

Maklumat dan tarikh akan dipaparkan melalui jadual seperti di bawah:

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai 18 April 2022.

Cara Semakan Status

Untuk makluman, ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui 2 kaedah berikut:

i. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:
Menu Semak Status Permohonan

Rujuk langkah di bawah:

Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Untuk Semakan (rujuk panduan penuh ini untuk memudahkan proses semakan anda)
Panduan Penuh:

  1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan seperti di bawah.

MAKSUD STATUS PERMOHONAN ANDA

A) Permohonan Anda Telah Diterima

  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  • Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022

B) Permohonan Tiada Dalam Rekod

  • Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  • Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.
Sumber : Facebook Kumpulan Simpanan Wang Pekerja

ii. i-Akaun (Ahli):
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran

Untuk membuat semakan melalui i-Akaun, sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke i-Akaun
  2. Pergi ke menu PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  3. Klik SEJARAH PENGELUARAN / WITHDRAWAL HISTORY
  4. Search PENGELUARAN KHAS
  5. Status pengeluaran / pembayaran akan dipaparkan

Diharap info ini dapat membantu.

NOTA PENTING

  • Sila buat semakan sebelum menghantar permohonan kerana TIADA PINDAAN AMAUN DIBENARKAN selepas permohonan dihantar.
  • Semakan status kelulusan permohonan Pengeluaran Khas KWSP MULAI 9 APRIL 2022.
  • Kaedah pembayaran adalah secara sekali bayar mulai 18 APRIL 2022.
  • Permohonan ditutup pada 30 APRIL 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut