Semakan Kolej Permata Pintar Sesi 2026

Semakan Kolej Permata Pintar Sesi 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Semakan kelayakan kemasukan ke Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2026 kini boleh disemak melalui pautan ini : SEMAK PERMATA PINTAR .

Proses semakan ini boleh dibuat bermula 30 Januari 2026, jam 10.00 pagi, bagi mengetahui status kelayakan untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan khas bagi pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan secara dalam talian melalui laman web rasmi yang disediakan.

Pengenalan Kolej Permata Pintar

Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM) merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.

Terletak di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, kolej ini mula beroperasi pada Januari 2011 dengan matlamat menjadi pusat kecemerlangan utama dalam pendidikan pelajar pintar.

KPPN UKM menyediakan perkhidmatan pendidikan secara menyeluruh “di bawah satu bumbung” dan beroperasi berlandaskan prinsip “tiada pelajar yang tercicir”, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.

KPPN UKM menawarkan kurikulum sekolah menengah yang sangat mencabar dan bersifat holistik, direka khas bagi memenuhi keperluan intelektual, emosi dan sosial pelajar pintar dan berbakat.

Pelajar-pelajarnya dipilih melalui proses saringan yang ketat dalam tiga peringkat dan datang daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, etnik, agama dan bahasa, mencerminkan kepelbagaian masyarakat majmuk Malaysia yang kaya dengan budaya.

Program pendidikan di KPPN UKM berlangsung selama lima tahun, namun pelajar yang layak dibenarkan menamatkan pengajian dalam tempoh yang lebih singkat melalui program pecutan.

Pelajar berbakat yang menunjukkan kecemerlangan akademik, kematangan diri serta memenuhi syarat kelulusan boleh menamatkan pengajian lebih awal untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau luar negara pada usia muda.

Graduan akan dianugerahkan Diploma Sekolah Menengah PERMATA@Pintar (HSD), yang diiktiraf bagi kemasukan ke universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Korea, Jepun dan Rusia.

Proses & Hala Tuju Kemasukan ke Kolej Permata Pintar

Lokasi Kolej Permata Pintar

Kolej PERMATA Pintar Negara terletak di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. 

Cara Semakan Permohonan ke Kolej Permata Pintar

Anda boleh semak permohonan ke Kolej Permata Pintar melalui pautan ini : SEMAK PERMATA PINTAR.

Berikut adalah langkah untuk buat semakan permohonan ke Kolej Permata Pintar:

  1. Layari laman web Sistem semakan Pusat Permata Pintar.
  2. Pilih semakan yang ingin dilakukan. “Kelayakan Ke Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM Sesi Akademik 2026”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anak.
  4. Paparan status permohonan anda “Berjaya” atau “Gagal” akan terpapar pada skrin.

Kredit: FB Taufiq Mustaffa

Kelebihan Kolej Permata Pintar

1. Pendidikan khusus mengikut kebolehan kognitif murid pintar
Murid yang terpilih untuk mengikuti pendidikan menengah pintar dan berbakat di Kolej PERMATA@Pintar Negara akan menerima pendidikan yang menyokong keperluan kebolehan kognitif mereka yang tinggi. Pendekatan ini memastikan setiap murid dapat belajar mengikut tahap keupayaan sendiri tanpa kekangan kurikulum biasa, sekali gus membantu perkembangan intelek secara optimum.

2. Kurikulum mencabar dan berteknologi tinggi (rigorous curriculum)
Kolej PERMATA@Pintar Negara menawarkan kurikulum yang sangat mencabar dan selaras dengan tahap kebolehan murid pintar. Kurikulum ini diperkukuh dengan penggunaan teknologi tinggi serta kaedah pembelajaran yang menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan penerokaan ilmu secara mendalam.

3. Peluang menyertai program pengayaan bertaraf antarabangsa
Murid diberikan peluang untuk meneroka bidang yang diminati melalui pelbagai program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space, DNA Barcoding Sequencing, Astrophysics, F1 in Schools, Robotik dan lain-lain. Program-program ini membantu murid mengembangkan minat, bakat dan kemahiran khusus di luar bilik darjah.

4. Penggilapan potensi dan bakat ke tahap maksimum
Menerusi program pendidikan pintar dan berbakat ini, potensi serta bakat murid dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum. Murid bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah dibentuk untuk menjadi individu berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing.

5. Peluang menjalankan penyelidikan bersama pakar universiti
Murid juga berpeluang menjalankan penyelidikan akademik dengan bimbingan pakar bidang dan profesor universiti. Hasil penyelidikan tersebut berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor, sekali gus memberi pendedahan awal kepada dunia penyelidikan akademik.

6. Pengalaman tindikan industri dan pendedahan dunia profesional
Kolej PERMATA@Pintar Negara menyediakan peluang tindikan industri (industrial engagement atau immersion) yang membolehkan murid memperoleh pengalaman sebenar dalam persekitaran kerja profesional. Pendedahan ini membantu murid memahami aplikasi ilmu dalam dunia sebenar sejak usia muda.

7. Peluang bersaing di peringkat antarabangsa dan melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia
Murid berpeluang bersaing di peringkat dunia melalui pertandingan, penyelidikan dan program pertukaran murid pintar dan berbakat. Kelebihan ini membuka peluang luas kepada murid untuk melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia, termasuk universiti terkemuka dan Ivy League.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kolej Permata Pintar, anda boleh rujuk pada alamat dan nombor talian berikut:

Alamat:

Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Telefon: +(603) 8921 7503 (Pentadbiran Am)
Faksmili: +(603) 8921 7525

E-mel: [email protected]

Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini menerusi media sosial Kolej Permata Pintar:

Soalan Lazim – Kolej Permata Pintar

1. Apakah syarat-syarat untuk belajar di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM perlu lulus Ujian UKM1 dan UKM2. Kemudian menyertai dan berjaya menamatkan Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) serta lulus ujian UKM3.

2. Di mana boleh saya dapatkan borang permohonan untuk memasuki Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Tiada borang permohonan. Hanya murid yang telah memenuhi syarat-syarat yang diterangkan pada soalan (1) di atas layak untuk dipilih belajar di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM.

3. Anak saya tidak sempat mengambil Ujian UKM1 pada bulan April lepas. Bolehkah dia mengambil ujian itu tahun depan?

Ya, boleh. Ujian ini dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Sila ke https://ukm1.permatapintar.ukm.my  untuk maklumat lanjut.

4. Apakah bentuk kurikulum dan silibus di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya. Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

Kurikulum Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar. Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.

Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil “PERMATA@Pintar Junior Certificate” pada Asas 3 dan sijil “PERMATA@Pintar High School Diploma” pada Tahap 2.

Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM.

5. Berapakah yuran pengajian di Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Pada masa kini, yuran pengajian adalah sekitar harga *RM1900- RM2500 untuk seorang pelajar untuk tempoh satu tahun [*bergantung kepada perubahan semasa]

6. Adakah PUSAT PERMATA@Pintar Negara, UKM menerima lawatan?

Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM sedia menerima lawatan dari pelbagai pihak, termasuk sekolah. Walau bagaimana pun untuk mengelakkan gangguan kepada sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di PUSAT PERMATA@Pintar, pihak kami mohon supaya permohonan lawatan dibuat sekurang-kurangnya TIGA BULAN sebelum tarikh lawatan.

Sekiranya terdapat terlalu banyak lawatan pada satu-satu masa, pihak kami mungkin terpaksa menangguhkan lawatan pihak tertentu ke satu tarikh yang lain. Permohonan untuk lawatan perlu diajukan kepada;

Pengarah,
Pusat PERMATA@Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

7. Bilakah Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) Pusat permata@Pintar Negara, UKM dijalankan ?

Dianggarkan waktu/tempoh PPCS ialah sekitar Nov-Dis (anggaran masa – 3 Minggu) setiap tahun. Biasanya PPCS dijalankan pada waktu cuti persekolahan.
Tempat: Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM & Kolej PERMATA@Pintar Negara, Kampus Seremban

8. Bilakah tarikh ujian UKM2 diumumkan dan tarikh ujian bermula?

Pengumuman: Biasanya keputusan boleh disemak sekitar Julai* setiap tahun (boleh semak di laman web ini: (https://semak.permatapintar.ukm.my/). Surat juga akan dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk dimaklumkan kepada sekolah.

Ujian UKM2 dijalankan: Sepanjang (Julai hingga September)* tiap-tiap tahun di pusat-pusat ujian secara terkawal seluruh negeri.
*Tertakluk pada perubahan

9. Bilakah tarikh pengumuman sama ada berjaya atau tidak untuk menyertai PPCS akan diumumkan?

Pada minggu kedua bulan Oktober* (tertakluk kepada perubahan) setiap tahun. Diumumkan melalui laman web dan surat tawaran akan diposkan ke alamat yang pelajar telah daftarkan semasa ujian UKM1.

10. . Bagaimana saya mengetahui anak saya dapat masuk ke Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM?

Pengumuman akan dibuat melalui sistem atau website Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM. Senarai nama yang terpilih akan diwar-warkan sekitar hujung bulan 12 (Tertakluk kepada perubahan)

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut