Selamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper)

Selamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper) & Contoh Ucapan Whatsapp, Telegram & Media Sosial

Secara rasminya, tarikh Hari Raya Aidiladha 1444H / 2023M telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah proses melihat anak bulan dilakukan.

1 Zulhijjah 1444H bersamaan 20 Jun 2023M (Selasa)

10 Zulhijjah 1444H bersamaan 29 Jun 2023M (Khamis)

“Oleh itu kerjakanlah sembahyang, kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” – Surah Al-Kauthar 108:2

Bagi yang mencari background / wallpaper yang bertemakan Hari Raya Haji / Hari Raya Korban, anda bolehlah mendapatkannya melalui imej di bawah.

Imej ini dikumpulkan melalui media-media sosial dan boleh dimuat turun atau digunakan untuk backdrop membuat ucapan Whatsapp, Telegram, buku program, brosur, surat jemputan dan lain-lain.

Selamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper)

salam selamat hari raya aidiladha
salam selamat hari raya aidiladha
salam selamat hari raya aidiladha
salam selamat hari raya aidiladha
salam selamat hari raya aidiladha
salam selamat hari raya aidiladha
salam selamat hari raya aidiladha
Sumber: Hazeem Azemi

Baca juga :

Contoh Ucapan Hari Raya Korban

UCAPAN 1

Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana Kemaaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Rasulullah SAW telah bersabda,

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ”Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”

Riwayat Imam Ahmad

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh Keluarga serta sahabat semua. Semoga ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati. Semoga segala ibadah yang dikerjakan diterima Allah S.W.T.

UCAPAN 2

Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Selamat Hari Raya Aidiladha

UCAPAN 3

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail, Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan.

Salam Aidiladha

UCAPAN 4

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.

UCAPAN 5

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua saudara Islam di atas muka bumi Allah.

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah S.W.T untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah S.W.T.

Mudah-mudahan ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diterima Allah S.W.T.

UCAPAN 6

Nabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya :

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah,” (Hadis riwayat Imam Abu Daud).

Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Disambut dengan hati gembira,
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan dikirim maaf dipinta.

UCAPAN 7

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mengantikan dua hari tersebut dengan yang lebih baik iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.”

(Riwayat Abu Daud)

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam.

Semoga kita semua dapat menghayati ibrah dan pengajaran atas peristiwa yang berlaku pada bulan Zulhijjah yang mulia ini.

كل عام وأنتم طيبين

تقبل الله ومنكم صالح الأعمال

UCAPAN 8

Firman Allah SWT:

﴿لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ٣٧﴾

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kalian. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kalian supaya kalian membesarkan Allah kerana mendapat ni‘mat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Surah al-Hajj: 37)

Salam Aidiladha buat semua.

UCAPAN 9

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Disambut dengan penuh makna,
Aidiladha kini menjelma,
Semoga amalan kita semua diterima.

Salam AidilAdha

UCAPAN 10

Cantik sungguh bunga melati,
Disusun molek berhati-hati,
Bahagia sukar kita nikmati,
Tanpa berkorban sepenuh hati,

Merdunya zikir sebagai selingan,
Penyejuk jiwa dikala keseorangan,
Aidilfitri merayakan kemenangan,
Aidiladha pelengkap pengorbanan.

Sumber : Facebook

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!