Seks Oral: Maksud, Jenis & Kaedah Yang Selamat

seks oral
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seks oral merupakan salah satu dari teknik untuk membuatkan pasangan anda mencapai klimaks tanpa melakukan sebarang penetrasi.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan seks oral dan cara selamat yang boleh anda lakukan sebelum melakukannya bersama pasangan.

Baca juga:

Apa itu seks oral?

Seks oral adalah kaedah yang menyebabkan alat kelamin (zakar, vulva, atau dubur) seseorang terangsang dengan cara menggunakan mulut.

Bagi orang yang memiliki zakar, seks oral biasanya melibatkan rangsangan kepala (glans) dan batang zakar. Ia juga termasuklah dengan menggunakan mulut untuk menyentuh buah zakar, paha dan dubur.

Manakala bagi yang mempunyai vulva pula, seks oral biasanya melibatkan rangsangan kepada biji kelentit termasuklah dengan menggunakan mulut untuk menyentuh paha dan dubur.

Adapun rangsangan oral pada bahagian badan yang lain seperti payudara dan puting biasanya tidak dianggap sebagai seks oral tetapi ia boleh berlaku semasa seks oral.

Jenis seks oral

seks oral

Terdapat tiga jenis seks oral yang perlu anda tahu. Berikut adalah penjelasannya:

1. Fellatio

Ia merujuk kepada blowjob yang melibatkan rangsangan zakar dan testis dengan mulut dan lidah.

2. Cunnilingus

Ia melibatkan penggunaan mulut dan lidah untuk merangsang vulva, kelentit, dan faraj.

Memandangkan kelentit adalah kawasan yang sangat sensitif, ia boleh menjadi bahagian utama untuk merangsang pasangan anda mencapai klimaks semasa seks oral.

3. Anilingus

Juga dikenali sebagai rimming. Ia melibatkan rangangan seksual dubur dengan mulut dan lidah.

Jangkitan oral seks

Sama seperti seks rambang yang lain, seks oral juga mempunyai risiko dan keburukannya yang tersendiri kepada individu atau pasangan tersebut.

Namun ia tidak akan menyebabkan seseorang itu hamil atau mendapat jangkitan HIV.

PenyakitAnilingusCunilingusFellatio
Chlamydia
Jangkitan fecal-oral, seperti Salmonella, Shigella dan Campylobacter
Gonorea
Hepatitis A
Hepatitis B
Herpes
Human papillomavirus (HPV)
Parasit usus, seperti Amoeba, Giardia, dan Cryptosporidia
Uretritis tidak spesifik (NSU)
Siflis

Untuk pengetahuan anda, sesetengah jangkitan ini mempunyai kesan jangka panjang yang tertentu. Misalnya seperti HPV sangat berkait rapat dengan kanser tertentu.

Jangkitan HPV oral juga boleh menyebabkan perubahan sel yang membawa kepada kanser mulut atau tekak.

Sekiranya virus yang disebarkan ke faraj, zakar, atau dubur, ia boleh meningkatkan risiko kanser serviks, vulvar, faraj, zakar atau dubur.

Tips selamat yang boleh dilakukan

Seks oral mungkin lebih selamat berbanding hubungan seksual tanpa kondom. Namun pasti ia masih mempunyai risikonya yang tersendiri seperti mana yang kita huraikan tadi.

Justeru itu, sangat penting untuk anda mengambil langkah berhati-hati dan lebih selamat untuk mengurangkan sebarang risiko yang mungkin berlaku.

1. Gunakan kondom yang betul

Penggunaan kondom kepada wanita dan lelaki boleh menjadi cara paling efektif untuk melindungi diri anda dan pasangan dari penyakit menular berkaitan seksual.

2. Lakukan pemeriksaan STI

Lakukan pemeriksaan STI seperti klamidia, gonorea dan sifilis untuk orang yang berisiko tinggi dijangkiti atau komplikasi secara rutin.

Ujian ini biasnya hanya memerlukan sampel air kencing atau darah ataupun dari bahagian di mana jangkitan mungkin berlaku.

Pemeriksaan klamidia dan gonorea pula dilakukan sama ada melalui ujian air kencing atau melalui swab dari dalam zakar pada lelaki atau dari serviks pada wanita.

3. Berhati-hati semasa memilih pasangan

Pastikan anda lebih berhati-hati ketika hendak memilih pasangan. Individu yang mempunyai lebih ramai pasangan pula akan lebih berisiko untuk mendapat STI.

Sebagai contoh, individu yang mengamalkan seks bebas dan mempunyai 10 atau lebih pasangan seksual sepanjang hayat mereka akan meningkatkan risiko kanser berkaitan HPV sebanyak 69% pada lelaki dan 91% pada wanita berbanding individu yang mempunyai satu pasangan sahaja.

4. Jangan seks oral jika ada luka

Elakkan dari melakukan seks oral jika anda atau pasangan anda mengalami luka di sekitar mulut, alat kelamin atau dubur, gusi rosak atau berdarah atau jangkitan pada tekak atau mulut anda.

Hal ini kerana semua gejala yang disebutkan tadi boleh meningkatkan risiko untuk menularkan STI.

Justeru berhati-hatilah walaupun tiada sebarang gejala yang jelas. Jika anda mempunyai kudis di sekitar mulut, alat kelamin atau dubur, anda harus segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor kerana ia mungkin tanda jangkitan.

5. Berkomunikasi dengan pasangan anda

Pasangan anda tidak akan cakna akan kepentingan menjaga hubungan seksual yang sihat jika anda tidak berterus terang dan terbuka untuk berkomunikasi bersama.

Cubalah untuk berbincang secar jujur dan terbuka dengan pasangan anda tentang potensi risiko STI dan jangkitan lain yang boleh didapatkan serta langkah selamat untuk jangka masa panjang.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan seks oral dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Oral Sex: Meaning, Types, Safety, Medical Significance. Verywell Health
  2. Everything You Need to Know About Oral Sex. Healthline
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut