Riba tukar duit raya adalah isu serius yang sering terlepas pandang oleh masyarakat ketika sibuk membuat persiapan duit raya untuk sambutan Aidilfitri.
Transaksi penukaran wang sebenarnya tertakluk kepada hukum Syarak yang ketat bagi mengelakkan terjebak dalam dosa riba. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai riba, sila rujuk portal Jabatan Mufti Wilayah.
Oleh itu, orang Islam disarankan merujuk sumber rasmi atau penjelasan pihak berautoriti sebelum menggunakan perkhidmatan tukar duit raya.
Rujuk info lebih terperinci mengenai isu riba tukar duit raya di bawah.
Ringkasan Isu Riba Tukar Duit Raya
- Riba tukar duit raya boleh dielakkan dengan mematuhi dua syarat utama: Pertukaran mestilah nilai yang sama dan transaksi mesti berlaku serta-merta tanpa penangguhan.
- Jika kedua-dua syarat ini dipenuhi, pertukaran duit raya adalah harus dan tidak mengandungi unsur riba.
- Caj atau upah hendaklah diberikan selepas transaksi selesai, bukan dipotong daripada jumlah pertukaran.
Apa Itu Riba Tukar Duit Raya?
Riba tukar duit raya merujuk kepada keadaan di mana seseorang menukar wang kertas dengan nilai yang tidak sama atau dikenakan caj tambahan ketika mendapatkan duit kecil atau duit baharu untuk diagihkan sebagai duit raya.
Menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, jenis-jenis riba dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut:
- Riba al-Fadl: Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama.
- Riba al-Nasiah: Iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.
- Riba al-Yadd: Iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan item ribawi walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
Dalam hukum Islam, wang dan makanan termasuk dalam kategori barang ribawi. [Rujuk: al-Muātamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/107]
Oleh itu, pertukaran wang sesama mata wang yang sama seperti Ringgit Malaysia dengan Ringgit Malaysia perlu mematuhi syarat tertentu bagi mengelakkan berlakunya riba.

Hukum Tukar Duit Raya
Hukum riba tukar duit raya bergantung kepada cara pertukaran wang tersebut dilakukan.
Secara asasnya, menukar duit raya adalah harus (dibolehkan) dalam Islam, kerana ia hanya melibatkan pertukaran wang kepada wang yang sama nilai untuk memudahkan pemberian duit raya semasa sambutan Hari Raya.
Namun begitu, hukum tersebut boleh berubah menjadi haram jika pertukaran itu melibatkan unsur riba seperti nilai yang tidak sama atau penangguhan dalam transaksi.
Syarat Elak Riba Tukar Duit Raya
Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Mufti Penang menegaskan terdapat ialah dua syarat utama yang perlu dipatuhi apabila menukar duit raya, iaitu:
1. Nilai Pertukaran Mestilah Sama
Jumlah pertukaran mestilah sama tanpa sebarang lebihan. Jika terdapat lebihan, maka ia termasuk dalam riba fadhl.
Jika anda menyerahkan RM1,000 untuk ditukar kepada nota RM10 atau RM5, jumlah yang anda terima mestilah tepat RM1,000.
Contoh yang dibenarkan:
- RM100 ditukar dengan RM100 dalam not kecil.
Contoh yang TIDAK dibenarkan:
- RM110 ditukar dengan RM100 kerana RM10 dianggap caj perkhidmatan.
Perbezaan nilai seperti ini dikategorikan sebagai riba al-fadhl, iaitu riba yang berlaku kerana pertukaran tidak sama nilai.
2. Pertukaran Mesti Berlaku Serta-Merta
Transaksi mestilah berlaku secara tunai dan on-the-spot. Tidak boleh ada penangguhan dalam penyerahan wang.
Contoh yang dibenarkan:
- Serah RM100 dan terus menerima RM100 dalam not kecil pada masa/hari yang sama.
Contoh yang TIDAK dibenarkan:
- Anda beri wang hari ini melalui online transfer, tetapi hanya mendapat wang fizikalnya pada keesokan harinya.
Penangguhan seperti ini boleh menyebabkan riba al-nasiah, iaitu riba yang berlaku kerana penangguhan dalam pertukaran barang ribawi.
Rujuk juga video penjelasan Ustaz Azhar Idrus di bawah:
Bagaimana Jika Ada Caj Perkhidmatan?
Ada situasi di mana seseorang menggunakan khidmat ārunnerā untuk menukar duit raya. Dalam keadaan ini, caj perkhidmatan hanya dibenarkan jika:
- Pertukaran wang dibuat dengan nilai yang sama terlebih dahulu.
- Caj atau upah diberikan selepas transaksi selesai, bukan dipotong daripada jumlah pertukaran.
Contohnya:
- Tukar RM500 dengan RM500 not kecil.
- Selepas selesai, barulah beri RM20 sebagai upah.
- Kaedah ini dianggap harus kerana caj tersebut bukan sebahagian daripada transaksi pertukaran wang.
Contoh Senario
Contoh situasi yang sering berlaku ialah seperti berikut: [Kredit: Ust Lokmanulhakim Hussain]
SENARIO 1
- A ingin menukar duit raya sebanyak RM1000 daripada B.
- A menyerahkan duit terpakai kepada B pada hari ini, kemudian B menyerahkan duit baharu pada keesokan hari.
- Hukum: Haram kerana berlaku riba nasaā (penangguhan dalam pertukaran).
SENARIO 2
- A ingin menukar duit raya sebanyak RM1000 daripada B.
- B bersetuju, tetapi mengenakan caj RM10 kepada A.
- A lalu menyerahkan RM1010 duit terpakai kepada B, dan B menyerahkan RM1000 duit baharu kepada A.
- Hukum: Haram kerana berlaku riba fadhl (lebihan dalam pertukaran).
SENARIO 3
- A ingin menukar duit raya sebanyak RM1000 daripada B.
- A mewakilkan C untuk menukarkan duit tersebut dengan B.
- C sebagai wakil mengenakan caj RM10 kepada A.
- A menyerahkan RM1010 kepada C.
- Keesokan hari, C menyerahkan RM1000 kepada B, dan B memberikan RM1000 duit baharu kepada C.
- C kemudian menyerahkan duit baharu tersebut kepada A.
- Hukum: Harus kerana tidak berlaku riba.
- Kelewatan antara A dan C adalah dalam akad wakalah (perwakilan).
- Manakala transaksi al-sarf berlaku antara B dan C secara spot tanpa penangguhan.
- Lebihan RM10 pula adalah upah wakalah, bukan lebihan dalam akad al-sarf.
SENARIO 4
- A ingin menukar duit raya sebanyak RM1000 di Bank XYZ.
- A mempunyai seorang kawan bernama Firdaus yang bekerja di bank tersebut.
- A menyerahkan RM1000 kepada Firdaus pada waktu pagi sebelum Firdaus pergi kerja.
- Di Bank XYZ, Firdaus menukarkan duit tersebut di kaunter tukar duit raya.
- Pada sebelah petang, Firdaus menyerahkan duit raya itu kepada A.Hukum: Tidak menjadi masalah sekiranya pertukaran di bank berlaku secara spot.
Ini kerana ketika A menyerahkan duit kepada Firdaus, Firdaus bukan dalam kapasiti pegawai bank, kerana pertukaran duit raya berlaku di kaunter. Maka ketika itu hubungan antara mereka adalah wakalah.
SENARIO 5
- A ingin menukar duit raya sebanyak RM1000 daripada B.
- A meminta B datang ke tempatnya untuk membuat pertukaran.
- B bersetuju dengan syarat A menanggung kos perjalanan.
- B menaiki Grab dengan caj RM5.50, lalu sampai ke tempat A dan berlaku pertukaran RM1000 duit terpakai dengan RM1000 duit baharu.
- A kemudian membayar RM5.50 kepada B.
- Hukum: Diharuskan, kerana bayaran tersebut adalah kos sebenar yang ditanggung oleh B untuk datang ke tempat A atas permintaan A.
SENARIO 6
- A ingin menukar duit raya sebanyak RM1000 di Bank ABC.
- A meminta B pergi ke bank untuk menukarkan duit tersebut.
- Namun A tidak menyerahkan RM1000 kepada B, sebaliknya meminta B menggunakan duitnya terlebih dahulu.
- B bersetuju dengan syarat diberikan upah RM20.
- Hukum: Haram mengenakan upah dalam situasi ini.
- Ini kerana A dianggap berhutang dengan B. Dalam fiqh, akad pinjaman tidak boleh digabungkan dengan akad upah, kerana termasuk dalam isu larangan bayā wa salaf.
- Namun begitu, B masih boleh mengenakan kos sebenar yang ditanggungnya.
SENARIO 7
- A telah menukar sejumlah wang kertas baharu dari bank dalam jumlah yang banyak. Kemudian dia menawarkan kepada rakan-rakannya untuk menukar duit raya dengannya, namun dia kenakan caj sebanyak RM5 bagi setiap RM100.
- Hukum: Tidak boleh mengenakan caj tersebut kerana pertukaran wang berlaku antara A dan rakan-rakannya.
- Dalam pertukaran wang (ringgit dengan ringgit) antara dua pihak, tidak boleh ada lebihan kerana ia termasuk dalam riba fadhl.

Kenapa Riba Dalam Tukar Duit Raya Perlu Dielakkan?
Riba merupakan salah satu dosa besar dalam Islam dan diharamkan secara jelas dalam al-Quran dan hadis.
Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dalam setiap urusan kewangan, termasuk perkara yang kelihatan kecil seperti menukar duit raya
Dengan memahami hukum ini, kita dapat memastikan tradisi memberi duit raya kekal sebagai amalan yang berkat dan menepati syariat
Cara Selamat Tukar Duit Raya
Bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor, atau mana-mana negeri di Malaysia, berikut adalah langkah paling selamat untuk mematuhi undang-undang dan syariat:
- Gunakan Perkhidmatan Bank Rasmi: Bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB, dan Bank Islam biasanya menyediakan mesin ATM khas untuk nota baharu atau perkhidmatan kaunter tanpa caj tambahan.
- Elakkan “Ulat” Duit Raya: Jangan sesekali menggunakan khidmat individu yang mengenakan caj “servis” yang menyebabkan nilai wang yang anda terima berkurang daripada nilai asal.
- Gunakan Duit Raya Digital (e-Duit Raya): Melalui aplikasi seperti MAE atau Touch ‘n Go eWallet, isu riba ini dapat dielakkan sepenuhnya kerana transaksi adalah bersifat pindahan nilai secara langsung tanpa melibatkan fizikal yang berbeza nilai.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Riba Tukar Duit Raya
Untuk sebarang bacaan lanjut, sila rujuk:
- Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
- Facebook : Ust Lokmanulhakim Hussain
- Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tidak. Tukar duit raya adalah harus selagi memenuhi dua syarat utama iaitu nilai pertukaran yang sama dan serah terima dilakukan serta-merta tanpa penangguhan.
Caj yang dipotong daripada jumlah wang yang ditukar menyebabkan nilai pertukaran tidak sama, contohnya RM100 ditukar tetapi hanya menerima RM95. Situasi ini termasuk dalam riba al-fadhl.
Boleh, tetapi jumlah wang yang ditukar mestilah sama nilai. Jika mahu memberi upah kepada runner, ia perlu diberikan secara berasingan selepas pertukaran selesai, bukan dipotong daripada jumlah wang yang ditukar.
Hukumnya adalah HARAM (Riba) jika upah tersebut digabungkan dalam nilai pertukaran. Upah hendaklah diasingkan daripada penukaran.
TIDAK BOLEH. Jika anda memindahkan wang secara online hari ini dan hanya menerima wang fizikal esok, ia melanggar syarat At-Taqabud (serah terima serta-merta). Penangguhan dalam pertukaran barang ribawi yang sama jenis adalah Riba al-Nasiāah.
Transaksi ini adalah SAH dan HALAL. Apabila anda mengeluarkan RM100 dari akaun bank anda melalui ATM, baki akaun anda ditolak RM100 dan anda menerima RM100 fizikal secara serta-merta. Nilainya sama dan serah terima berlaku pada waktu itu juga.
YA. Menggunakan aplikasi perbankan (MAE, CIMB Clicks, DuitNow) untuk memberi duit raya adalah cara terbaik mengelakkan riba.
Ya, ia dibenarkan selagi jumlah wang yang diterima sama dengan jumlah yang ditukar dan pertukaran berlaku dalam satu transaksi.




