Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2024, Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihan

puasa tarwiyah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

NIAT PUASA SUNAT 1-9 ZULHIJJAH, HARI TARWIYAH (8 ZULHIJJAH), HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH) DAN KELEBIHANNYA

Alhamdulillah, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkan bahawa kita akan masuk ke bulan Zulhijjah pada 8 Jun 2024 (1 Zulhijjah / Sabtu). Bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini.

Istimewanya Bulan Zulhijjah

Antaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.

Seterusnya melaksanakan ibadah Korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.

Dan yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.

keistimewaan zulhijjah

Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

[HR al-Bukhari, hadis sahih]

Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2024

SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH :

  • 1 Zulhijjah = Sabtu, 8 Jun 2024
  • 2 Zulhijjah = Ahad, 9 Jun 2024
  • 3 Zulhijjah = Isnin, 10 Jun 2024
  • 4 Zulhijjah = Selasa, 11 Jun 2024
  • 5 Zulhijjah = Rabu, 12 Jun 2024
  • 6 Zulhijjah = Khamis, 13 Jun 2024
  • 7 Zulhijjah = Jumaat, 14 Jun 2024
  • 8 Zulhijjah = Sabtu, 15 Jun 2024 (Hari Tarwiyah)
  • 9 Zulhijjah = Ahad, 16 Jun 2024 (Hari Arafah)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

HARAM PUASA :

  • Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Isnin, 17 Jun 2024
  • Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Selasa, 18 Jun 2024
  • Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Rabu, 19 Jun 2024
  • Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Khamis, 20 Jun 2024

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah

Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Tarikh Hari Tarwiyah 2024

Hari Tarwiyah jatuh pada 8 Zulhijjah iaitu bersamaan dengan 15 Jun 2024 bagi umat Islam di Malaysia.

Tarikh Hari Arafah 2024

Hari Arafah bagi tahun 2024 dijangka jatuh pada 16 Jun 2024 di Malaysia.

Rujuk : Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya

Kelebihan Hari Tarwiyah

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.

  • Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
  • Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]

Berkaitan kelebihan hari ini, terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.

  • Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248].

NOTA: Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani.

Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.

Sumber: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-404: APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA ?

Niat Puasa Sunat Hari Tarwiyah

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

“Saya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.”

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut