Pengeluaran SSPN Prime kini boleh dilakukan dengan lebih mudah melalui pelbagai kaedah seperti ATM, perbankan dalam talian dan juga kaunter PTPTN. Setiap pilihan ini menawarkan langkah yang berbeza mengikut keselesaan dan keperluan pendeposit.
Bagi memastikan proses berjalan lancar, penting untuk memahami setiap kaedah pengeluaran, termasuk syarat yang ditetapkan serta tempoh pemprosesan yang terlibat.
Artikel ini akan menghuraikan panduan lengkap pengeluaran SSPN Prime melalui ATM, online dan kaunter PTPTN untuk rujukan anda.
Apa itu SSPN Prime?
SSPN Prime ialah skim simpanan pendidikan jangka panjang yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu ibu bapa merancang kewangan pendidikan tinggi anak-anak sejak awal.
Skim ini sebenarnya berasal daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atau dikenali sebagai SSPN-i, yang mula diperkenalkan pada tahun 2004.
Tujuan utama pengenalan SSPN adalah untuk memupuk budaya menabung dalam kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mempunyai dana mencukupi apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Ciri-Ciri Utama SSPN Prime
SSPN Prime berfungsi seperti akaun simpanan biasa di bank, tetapi dengan kelebihan tambahan yang lebih menarik:
- Tiada komitmen bulanan tetap – anda bebas menyimpan mengikut kemampuan
- Contohnya: RM10 bulan ini, RM500 bulan depan, atau tiada simpanan langsung tanpa penalti
- Patuh syariah, sesuai untuk semua pengguna Muslim
- Menawarkan dividen tahunan yang kompetitif
Fleksibiliti ini menjadikan SSPN Prime sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa tekanan kewangan.


Syarat Pengeluaran SSPN Prime
Tidak kira sama ada Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus, kedua-duanya mempunyai kaedah pengeluaran yang berbeza.
Antara syarat utama yang ditetapkan ialah baki minimum sebanyak RM20 perlu dikekalkan dalam akaun, pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh pendeposit (bukan penerima manfaat), dan wang akan dikreditkan ke akaun bank milik pendeposit.
Berikut adalah syarat-syarat pengeluaran Simpan SSPN Prime:
- Waktu Pengeluaran: Tiada tempoh matang khusus, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
- Baki Minimum: Akaun mesti mempunyai baki minimum RM20 selepas pengeluaran.
- Pemohon: Hanya pendeposit (ibu bapa/penjaga) yang sah dibenarkan membuat pengeluaran.
Cara Pengeluaran SSPN Prime
Berikut adalah beberapa cara untuk pengeluaran SSPN Prime yang boleh anda lakukan:
1. Melalui Kaunter PTPTN
- Kunjungi kaunter PTPTN yang berdekatan dengan anda.
- Dapatkan Borang Pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan dan isi borang tersebut dengan lengkap.
- Pastikan anda mempunyai nombor akaun bank atas nama sendiri atau pendeposit. Semak dan pastikan nombor akaun bank yang dimasukkan adalah tepat.
- Setelah selesai mengisi, serahkan borang pengeluaran kepada pegawai PTPTN untuk diproses.
- Amaun pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun bank dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen permohonan yang lengkap diterima.

2. Melalui Apliksi myPTPTN
- Log masuk ke dalam aplikasi myPTPTN dan pergi ke bahagian “Akaun Saya”.
- Pilih menu “Simpanan” dan tekan butang “Lihat Akaun”.
- Seterusnya, pilih akaun yang ingin dikeluarkan dan tekan butang “Pindahan”.
- Pilih sama ada mahu membuat pengeluaran ke akaun lain atau ke akaun bank.
- Jika memilih pengeluaran ke akaun bank, pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank dengan betul.
- Tekan pada bahagian “Rujukan” dan pilih sebab pengeluaran, contohnya kecemasan.
- Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan.
- Semak semula semua maklumat dan tekan butang “Sah & Bayar” untuk melengkapkan proses.
Muat Turun Aplikasi myPTPTN:



3. Melalui Perbankan Internet Bank Islam
- Log masuk ke Perbankan Internet Bank Islam. Klik “Funds Transfer” dan pilih “SSPN-i”.
- Pilih “Transfer Type” daripada senarai dan seterusnya pilih “From Account”.
- Masukkan “Transfer Amount”; “Charge Amount” akan dipaparkan secara automatik dan “Effective Date” ditetapkan kepada hari semasa.
- Pilih “Recipient Type”.
- Jika “Open Recipient”, masukkan “Recipient Account”.
- Jika “Favourite Recipient”, pilih nama penerima daripada senarai.
- Masukkan “Recipient Reference” dan isi “Other Payment Details” (jika perlu).
- Klik “Transfer” untuk meneruskan ke halaman seterusnya.
- Semak dan sahkan butiran pemindahan, kemudian klik “Request i-Access Code”. Kod unik 10 aksara akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon berdaftar anda.
- Sahkan 4 huruf pertama yang dipaparkan dan masukkan 6 digit terakhir kod untuk melengkapkan pengesahan transaksi.
- Klik “Confirm” untuk menghantar permohonan anda bagi diproses.
4. Melalui ATM Bank Islam
Pengeluaran wang SSPN boleh dilakukan melalui ATM, CDM atau kemudahan cash in and cash out (CICO) sekiranya anda mempunyai akaun simpanan, akaun semasa atau akaun pelaburan di Bank Islam.
Berikut adalah panduan untuk mengeluarkan wang SSPN melalui ATM Bank Islam yang perlu anda ketahui.
Sebagai langkah awal, pastikan akaun SSPN anda telah disambungkan (link) dengan akaun Bank Islam (BIDC-i).
Cara Sambungkan Akaun:
- Kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam yang berhampiran untuk membuat penyambungan (link) akaun SSPN dengan akaun Bank Islam (BIDC-i).
- Pastikan anda membawa MyKad / Kad Askar / Kad Polis sebagai pendeposit dan pemilik akaun Bank Islam.
- Ambil dan lengkapkan Borang Penyambungan Akaun SSPN di cawangan Bank Islam.
- Serahkan borang yang telah lengkap untuk diproses oleh pihak bank.
- Setelah proses selesai, akaun SSPN anda akan berjaya disambungkan dengan kad Bank Islam.
- Sebagai alternatif, penyambungan akaun juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui Perbankan Internet Bank Islam (waktu perkhidmatan: setiap hari dari 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam).
Cara Keluarkan Duit dari ATM Bank Islam:
- Kunjungi mesin ATM Bank Islam yang terdekat.
- Masukkan kad Bank Islam ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor PIN keselamatan anda. Pilih menu “Bank Islam, Tabung Haji dan SSPN”, kemudian tekan pilihan “SSPN”.
- Pilih menu pengeluaran wang tunai dan ikuti arahan yang dipaparkan untuk membuat pengeluaran.
- Setelah transaksi berjaya, akaun SSPN anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.50.
- Tekan “Teruskan” dan proses pengeluaran wang SSPN anda selesai.
5. Melalui ATM Bank Rakyat
- Kunjungi mana-mana mesin ATM Bank Rakyat yang berhampiran.
- Masukkan kad Bank Rakyat dan masukkan nombor PIN anda.
- Tekan “Teruskan” dan pilih menu pengeluaran tunai.
- Pilih “SSPN” dan ikuti arahan yang dipaparkan untuk membuat pengeluaran.
- Caj transaksi sebanyak RM0.50 bersama resit akan dipaparkan untuk dikenakan pada akaun SSPN anda.
- Tekan “Teruskan” dan masukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan daripada akaun SSPN anda.
- Transaksi pengeluaran anda selesai.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000
- Live chat di Portal PTPTN (ptptn.gov.my)
- Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Soalan Lazim Pengeluaran SSPN Prime
Tidak boleh. Hanya pendeposit sahaja boleh keluarkan duit simpanan. Kerana pendeposit adalah orang yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas simpanan itu. Perlindungan yang SSPN berikan juga kepada pendeposit.
Wang Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh PTPTN.
Boleh. Simpanan yang ada boleh dijadikan sumber kewangan bagi menambah kemahiran lain anak atau boleh juga dijadikan modal berniaga jika anak-anak lebih cenderung ke arah itu. Kita harus beri sokongan pada anak-anak untuk apa jua minat dan kecenderungan mereka.
Boleh. Apa jua sebab kecemasan yang memerlukan pendeposit mengeluarkan simpanan adalah dibenarkan. Wang anda milik anda. Kami hanya bantu simpankan dan laburkan berlandaskan syariah menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan yang bersesuaian.
Ya, baki minimum sebanyak RM20 perlu dikekalkan dalam akaun selepas pengeluaran dibuat.
Tempoh pemprosesan biasanya mengambil masa sehingga 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank milik pendeposit yang didaftarkan.
Ya, pengeluaran boleh dilakukan melalui aplikasi myPTPTN atau perbankan internet Bank Islam.
Ya, untuk pengeluaran melalui ATM atau perbankan internet, akaun SSPN perlu disambungkan (link) dengan akaun Bank Islam terlebih dahulu.
Baca juga:




