Pantang Larang Makan Habbatussauda: Siapa Yang Perlu Berhati-Hati?

pantang larang makan habbatussauda
Pantang Larang Makan Habbatussauda: Bahaya Jika Diambil Sembarangan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pantang larang makan habbatussauda perlu diketahui kerana pengambilan yang tidak sesuai boleh mendatangkan kesan sampingan, terutama bagi individu dengan masalah kesihatan tertentu.

Habbatussauda, atau lebih dikenali sebagai jintan hitam, merupakan salah satu herba yang disebut dala hadis Nabi SAW sebagai penawar bagi segala penyakit kecuali maut.

Kaya dengan pelbagai khasiat seperti meningkatkan sistem imun, melancarkan peredaran darah, dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan, habbatussauda sering dijadikan suplemen semula jadi dalam amalan perubatan tradisional dan moden.

Namun begitu, tidak semua individu sesuai mengamalkannya tanpa kawalan.

Terdapat beberapa pantang larang dan situasi tertentu di mana pengambilan habbatussauda boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan, terutamanya jika diambil secara berlebihan ata tanpa nasihat pakar.

Justeru itu, penting untuk mengetahui pantang larang makan habbatussauda agar khasiatnya dapat dimanfaatkan secara selamat dan berkesan.

Baca juga: Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Yang Betul

Pantang Larang Makan Habbatussauda

Berikut adalah antara pantang larang makan habbatussauda berserta penjelasannya yang perlu anda tahu:

1. Tidak Sesuai untuk Ibu Mengandung

pantang larang makan habbatussauda
Trimester pertama adalah fasa paling kritikal dalam perkembangan janin, kerana organ utama mula terbentuk

Wanita hamil perlu berhati-hati apabila habbatussauda kerana penggunaannya dalam kuantiti yang melebihi kadar biasa dalam makanan dipercayai tidak selamat ketika mengandung.

Walaupun habbatussauda sering digunakan sebagai bahan dalam masakan dan suplemen kesihatan, pengambilan dalam dos yang tinggi semasa hamil boleh membawa risiko kepada kandungan.

Kajian oleh National Center for Biotechnology menunjukkan bahawa, habbatussauda berpotensi memperlahankan atau menghentikan pengecutan rahim, yang boleh mengganggu proses semula jadi kehamilan dan meningkatkan risiko keguguran, terutamanya dalam trimester pertama.

2. Tidak Disarankan untuk Pesakit Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah rendah berlaku apabila bacaan tekanan darah lebih rendah daripada 90/60 mmHg

Individu yang mempunyai tekanan darah rendah (hipotensi) perlu berwaspada dalam pengambilan habbatussauda, terutamanya jika mereka sedang mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah.

Ini kerana habbatussauda turut mempunyai kesan semulajadi dalam menurunkan tekanan darah, dan apabila digabungkan dengan ubat antihipertensi, ia boleh menyebabkan tekanan darah turun ke paras yang terlalu rendah.

Keadaan ini boleh membawa kepada simptom seperti pening kepala, keletihan melampau, penglihatan kabur atau pengsan.

Pantang Larang Makan Habbatussauda #3. Elakkan Pengambilan Bersama Ubat Pencair Darah

Pengambilan habbatussauda perlu dielakkan oleh individu yang sedang mengambil ubat pencair darah seperti warfarin, aspirin, atau clopidogrel.

Hal ini kerana, menurut International Journal of Molecular Sciences, habbatussauda mengandungi sebatian yang boleh melambatkan proses pembekuan darah secara semula jadi.

Apabila diambil bersama ubat pencair darah, kesan ini boleh menjadi berganda dan meningkatkan risiko pendarahan yang serius, termasuk pendarahan dalaman, lebam mudah, atau pendarahan yang sukar dihentikan.

Keadaan ini boleh menjadi berbahaya, terutamanya jika individu tersebut mengalami kecederaan atau menjalani prosedur perubatan.

4. Tidak Sesuai untuk Pesakit Autoimun

Penyakit autoimun berlaku apabila sistem imun badan menyerang sel dan tisu sihat

Penghidap penyakit autoimun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan multiple sclerosis perlu berhati-hati dalam pengambilan habbatussauda.

Ini kerana habbatussauda diketahui mampu merangsang sistem imun, yang secara umumnya memberi manfaat kepada individu sihat.

Namun bagi pesakit autoimun, sistem imun mereka sudah terlebih aktif dan menyerang tisu badan sendiri.

Maka, pengambilan habbatussauda boleh memburukkan lagi keadaan dengan meningkatkan aktiviti imun yang tidak terkawal. Kesan ini berisiko mencetuskan flare-up atau mempercepatkan kerosakan tisu yang sedang berlaku dalam badan.

Pantang Larang Makan Habbatussauda #5. Elakkan Pengambilan Berlebihan

pantang larang makan habbatussauda
Mengambil sesuatu melebihi dos yang disarankan boleh menyebabkan kerosakan serius kepada hati, buah pinggang, dan jantung

Meskipun habbatussauda terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, pengambilan secara berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang tidak diingini.

Seperti mana-mana suplemen atau herba, dos yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan pada sistem penghadaman seperti sakit perut, muntah, atau cirit-birit.

Dalam sesetengah kes, ia juga boleh memberi tekanan kepada fungsi hati dan buah pinggang jika diambil dalam jumlah yang terlalu tinggi dan berterusan.

Oleh itu, pengguna disarankan untuk mengambil habbatussauda dalam kuantiti sederhana seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan, biasanya satu hingga dua sudu kecil sehari bagi bentuk minyak atau biji.

Mematuhi dos yang betul bukan sahaja membantu mengelakkan kesan negatif, tetapi juga memastikan keberkesanan maksimum dalam menyokong kesihatan tubuh.

6. Pantang Sebelum atau Selepas Pembedahan

Habbatussauda tidak digalakkan untuk diambil sebelum atau selepas menjalani pembedahan kerana ia boleh menjejaskan proses pemulihan dan keselamatan pesakit.

Kandungan aktif dalam habbatussauda berpotensi melambatkan pembekuan darah, merendahkan paras gula dalam darah, serta menyebabkan rasa mengantuk pada sesetengah individu.

Kesan-kesan ini boleh mengganggu keberkesanan ubat bius atau ubat-ubatan lain yang digunakan semasa dan selepas pembedahan, sekaligus meningkatkan risiko komplikasi seperti pendarahan berlebihan, gangguan tahap gula darah, atau interaksi ubat yang tidak dijangka.

Oleh itu, amat disarankan agar pengambilan habbatussauda dihentikan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh pembedahan yang dijadualkan.

Pantang Larang Makan Habbatussauda #7. Tidak Sesuai untuk Bayi

Penggunaan habbatussauda, terutamanya dalam bentuk minyak yang pekat, tidak disarankan untuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Minyak habbatussauda yang kuat mengandungi sebatian aktif yang boleh memberi kesan terlalu kuat terhadap sistem tubuh yang masih belum matang, termasuk sistem penghadaman dan imunisasi.

Bayi dan anak kecil lebih sensitif terhadap bahan-bahan herba yang berpotensi menyebabkan reaksi seperti muntah, cirit-birit atau alahan.

8. Tidak Sesuai untuk Pesakit Hemofilia

Hemofilia adalah penyakit X-linked recessive, biasanya diwarisi dari ibu pembawa kepada anak lelaki

Pengambilan habbatussauda tidak digalakkan bagi individu yang mempunyai masalah gangguan pembekuan darah (bleeding disorders).

Ini kerana habbatussauda berpotensi melambatkan proses pembekuan darah, sekali gus meningkatkan risiko pendarahan.

Bagi mereka yang sudah sedia mempunyai masalah seperti mudah lebam, pendarahan yang sukar berhenti, atau gangguan darah seperti hemofilia, pengambilan habbatussauda boleh memburukkan lagi keadaan.

Kesan ini boleh menjadi lebih serius jika individu tersebut terlibat dalam prosedur pembedahan atau mengalami kecederaan.

Berapa Dos Harian Habbatussauda Setiap Hari?

Jika ingin guna habbatussauda sebagai rawatan tambahan penyakit kronik, pastikan rujuk pakar bagi elak interaksi ubat atau kesan sampingan

Dos harian habbatussauda bergantung kepada tujuan penggunaannya serta keadaan kesihatan individu. Sehingga kini, tiada dos rasmi yang ditetapkan kerana bukti klinikal masih belum mencukupi untuk menentukan sukatan yang paling sesuai bagi semua orang.

Justeru, amat disarankan agar pengguna mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum mengamalkan habbatussauda, terutamanya jika sedang mengambil ubat-ubatan sedia ada. Ini kerana habbatussauda tidak boleh menggantikan rawatan perubatan moden.

Berikut ialah beberapa dos yang pernah dikaji berdasarkan tujuan tertentu:

⚠️ Penting untuk berbincang dengan doktor:
Terutamanya jika anda sedang mengambil ubat pencair darah, ubat diabetes, atau ubat-ubatan kronik yang lain.

Untuk pesakit asma:
1000 mg minyak habbatussauda dalam bentuk kapsul setiap hari selama 4 bulan, didapati selamat dan berkesan sebagai rawatan tambahan.

Untuk pengurusan berat badan & gula darah:
Dos antara 2–3 gram minyak habbatussauda sehari selama 8–12 minggu menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam beberapa kajian.

⚠️ Tiada dos standard untuk semua orang:
Keperluan dos mungkin berbeza mengikut individu dan kondisi kesihatan masing-masing.

Kesimpulan

Walaupun habbatussauda terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan dianggap sebagai herba sunnah yang mujarab, ia bukanlah sesuai untuk semua orang. Terdapat golongan tertentu yang perlu lebih berhati-hati dalam pengambilannya.

Justeru, penting untuk memahami pantang larang ini sebelum mengamalkannya agar manfaatnya dapat diperoleh dengan selamat dan berkesan.

Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum memulakan sebarang suplemen, walaupun bersumberkan bahan semula jadi seperti habbatussauda, bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut