Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023 (eSSEM)

Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi Sesi 2023 / 2024

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Berikut dikongsikan syarat-syarat dan info lanjut tentang Sekolah Seni Malaysia dan cara permohonan bagi kemasukan tahun 2023 / 2024.

sekolah seni 2022 essem

Apakah Sekolah Seni Malaysia?

Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Falsafah Sekolah Seni Malaysia

Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

Lokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia

Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:

i. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

johorSekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ),
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam, 
81750, Masai,
Johor Darul Takzim.
Tel. : 07-3870215
Faks : 07-3860215
Emel : [email protected]
sarawakSekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah, 
93050 Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : [email protected]
klSekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL),
Jalan Seladang Off Jalan Pasar,
55100, Kuala Lumpur,
Emel : [email protected]
perakSekolah Seni Malaysia Perak (SSemP),
Kampung Baharu, Simpang Jalong,
31100, Sg. Siput (U),
Perak.
Tel : 05-5951350
Faks : 05-5951351
Emel : [email protected]
sabahProgram Pendidikan Seni,
SMK Elopura,
Peti Surat 1091, 
90712, Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : [email protected]

Subjek Yang Diajar Di Sekolah Seni Malaysia

Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Muzik;
b) Tari;
c) Teater;
d) Seni Visual

Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:

a) Pendidikan Kesenian – seni muzik;
b) Pendidikan Kesenian – seni tari;
c) Pendidikan Kesenian – seni teater;
d) Pendidikan Kesenian – seni visual;
e) Bahasa Melayu;
f) Bahasa Inggeris;
g) Matematik;
h) Sains;
i) Sejarah;
j) Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;
k) Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.

Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
Teras:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik Moden;
e) Sains;
f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;

Elektif Kesenian

a) Muzik;
b) Tari;
c) Teater;
d) Seni Halus;
e) Komunikasi Visual;
f) Reka Bentuk.

Elektif Kemanusiaan

a) Prinsip Akaun;
b) Perdagangan;
c) Kesusasteraan Melayu.

Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  2. Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Tarikh Permohonan

Sistem Permohonan ke Sekolah Seni dibuka mulai 20 Julai sehingga 30 September 2022.

Baca juga: MyFutureJobs: Daftar Program Insentif Pengambilan Pekerja

Cara Permohonan

  1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
  2. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.
  3. Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.
  4. Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video).
  5. Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.
permohonan sekolah seni malaysia

Sila rujuk manual pengguna di bawah:

Sesi Ujibakat

  • Bagi permohonan kemasukan 2022, uji bakat dilaksanakan melalui rakaman video.
  • Calon yang membuat permohonan perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.
  • Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman.
  • Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).
  • Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.
  • Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun).
  • Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing.
  • Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan.

Semakan Keputusan

Status permohonan masuk ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Disember 2022/Januari 2023 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan).

Semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my

Baca juga: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2023

Permohonan Rayuan

Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

Keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

  1. Pn Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721616
  2. Cik Noor Azilah Binti Ismail
    Tel : 03-88721760 Atau emelkan pertanyaan ke :
    Email : [email protected]

ATAU

Sila ajukan pertanyaan kepada Unit Sistem Aplikasi Dalam Talian
di talian 03 8872 1616 / 03 8872 1760 atau emel ke [email protected]

ATAU

Rujuk Manual Pengguna dan Soalan Lazim di bawah:

Manual Pengguna
FAQ
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!