Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? - Ini Cara Reset Semula!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? – Ini Cara Reset Semula!

Adakah anda sering lupa kata laluan Sarawak Pay anda? Jangan bimbang, anda tidak bersendirian. 

Ramai pengguna aplikasi e-dompet popular ini sering menghadapi masalah yang sama. Nasib baik, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk menyelesaikan masalah ini.

Jom baca cara-cara reset semula password Sarawak Pay anda di bawah.

Sarawak Pay 

Sarawak Pay, atau kini dikenali sebagai S Pay Global, adalah sebuah platform e-dompet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang diwujudkan untuk memudahkan transaksi digital dan pembayaran bil dalam talian. 

S Pay Global menawarkan pelbagai fungsi dan kegunaan, antaranya:

  1. Pembayaran melalui imbasan kod QR di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
  2. Pemindahan dana antara pengguna aplikasi.
  3. Pembayaran bil utiliti dan telefon.
  4. Perkhidmatan tambahan seperti pembelian dan pembaharuan insurans, pembayaran balik pinjaman pelajaran, tempahan makanan, dan pembayaran caj meletak kenderaan.
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? - Ini Cara Reset Semula!

S Pay Global diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak kerajaan Sarawak dan merupakan pemegang lesen e-dompet yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. 

Aplikasi ini juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan Sarawak Digital Economy 2030 Blueprint, yang bertujuan untuk memodenkan infrastruktur kewangan neger.

Dengan integrasi terkini bersama DuitNow QR, pengguna S Pay Global kini boleh membuat transaksi di lebih 2 juta tempat yang menerima DuitNow QR di seluruh negara. 

BACA JUGA: S Pay Global – Semakan Bantuan SKAS

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay? – Ini Cara Reset Password

1. Akses Halaman Log Masuk Sarawak Pay

Pertama, buka aplikasi S Pay Global di telefon pintar anda atau layari laman web rasmi di www.spayglobal.my. Pada skrin log masuk, klik pautan “Lupa Kata Laluan”.

2. Masukkan Maklumat Akaun Anda

Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat berikut:

  • No kad pengenalan
  • Username

Kemudian, klik “Hantar”

3. Terima Kata Laluan Sementara

Setelah maklumat anda disahkan, sistem akan menghantar kata laluan sementara melalui SMS ke  nombor telefon yang didaftarkan. 

Login menggunakan kata laluan sementara yang diberikan. 

4. Ubah Kata Laluan Baru

Setelah berjaya login, segera tukar kata laluan anda yang baru. Pastikan kata laluan baru:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara.
  • Mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol untuk keselamatan maksimum.
  • Tidak serupa dengan kata laluan lama.

5. Log Masuk Semula

Setelah berjaya menetapkan kata laluan baharu, kembali ke halaman log masuk dan masukkan maklumat log masuk anda yang dikemas kini.

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? - Ini Cara Reset Semula!

NOTA:

  • 3 kali percubaan log masuk yang gagal menyebabkan akaun anda dihentikan selama 60 minit.
  • 6 kali percubaan log masuk yang gagal menyebabkan akaun anda dibekukan.

Tips Elakkan Lupa Kata Laluan di Masa Hadapan

  1. Gunakan Pengurus Kata Laluan: Aplikasi seperti LastPass atau 1Password dapat membantu anda menyimpan kata laluan dengan selamat.
  2. Catat Kata Laluan di Tempat Selamat: Sekiranya anda tidak menggunakan pengurus kata laluan, tuliskan kata laluan anda di tempat yang hanya anda tahu. 
  3. Kemaskini Kata Laluan Secara Berkala: Menukar kata laluan secara berkala dapat meningkatkan keselamatan akaun anda.
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? - Ini Cara Reset Semula!

BACA JUGA: Sarawak ID – Login, Daftar, Kemaskini ID SKAS

Lupa Username Sarawak Pay – Cara Reset

1. Akses Halaman Log Masuk Sarawak Pay

Pertama, buka aplikasi S Pay Global di telefon pintar anda atau layari laman web rasmi di www.spayglobal.my. Pada skrin log masuk, klik pautan “Forgot Username”.

2. Masukkan Maklumat Akaun Anda

Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat berikut:

  • No kad pengenalan
  • Username

3. Masukkan Nombor Telefon

Masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan. Kemudian, klik “Hantar”

4. Tunggu SMS

Tunggu sms yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan. SMS tersebut mengandungi username yang anda perlukan.

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? - Ini Cara Reset Semula!

Masalah Lain yang Berkaitan dengan Akaun Sarawak Pay

Selain lupa kata laluan, anda mungkin menghadapi cabaran lain seperti kehilangan akses ke emel berdaftar atau nombor telefon lama. 

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengatasinya:

  • Kehilangan Akses Emel: Hubungi sokongan pelanggan Sarawak Pay di talian 1-300-88-7722 atau melalui e-mel di [email protected] untuk bantuan lanjut.
  • Menukar Nombor Telefon: Pergi ke menu “Kemaskini Profil” dalam aplikasi untuk mengemas kini maklumat anda.

Kelebihan Menggunakan S Pay Global

S Pay Global menawarkan pelbagai kelebihan kepada penggunanya:

1. Integrasi dengan DuitNow QR: Pengguna S Pay Global kini boleh membuat transaksi di lebih 2 juta tempat yang menerima DuitNow QR di seluruh negara. 

2. Penggunaan antarabangsa: Melalui kerjasama dengan UnionPay International, S Pay Global boleh digunakan di banyak negara di seluruh dunia. 

3. Had transaksi yang tinggi: Kerajaan Sarawak telah memohon kelulusan untuk meningkatkan nilai maksimum transaksi kepada 1,000 Euro atau kira-kira RM6,000. 

4. Keselamatan yang tinggi: Sebagai aplikasi rasmi kerajaan Sarawak yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, S Pay Global menawarkan tahap keselamatan yang tinggi untuk transaksi kewangan.

5. Sokongan kepada agenda ekonomi digital: S Pay Global memainkan peranan penting dalam merealisasikan Sarawak Digital Economy 2030 Blueprint. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk laman web rasmi Sarawak Pay, atau Facebook: https://www.facebook.com/spayglobal.my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut