Loratadine Ubat Apa? Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

loratadine ubat apa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Loratadine ubat apa? Apakah pula kegunaan Loratadine untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Loratadine dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Loratadine ubat apa?

loratadine ubat apa

Ramai mungkin orang tertanya-tanya, Loratadine ubat apa? Untuk pengetahuan anda, Loratadine 10 mg adalah sejenis ubat antihistamin generasi kedua yang digunakan untuk menguruskan gejala rinitis alergi.

Ubat antihistamina dapat mengurangkan simptom alergi dengan menyekat kesan sejenis bahan bergelar histamina yang dihasilkan oleh badan.

Kandungan Loratadine

Tablet berbentuk bujur dan berwarna keputih-putihan. Tanda dagang Schering, garis dan “10” kelihatan pada sebelah tablet manakala yang sebelah lagi kosong.

Ia disediakan di dalam papan lebuh berisi 10 tablet, 10 X 10 tablet dan 50 x 10 tablet.

Bahan kandungannya yang aktif adalah Loratadine 10 mg. Manakala bahan tidak aktif adalah kanji jagung, lactose dan magnesium stearate.

Fungsi dan kepentingannya

loratadine ubat apa

Tablet ini mampu melegakan simptom yang berkait dengan rintis alergi (misalnya demam jerami) seperti bersin, hidung berhingus atau gatal, dan mata yang terasa pedih atau gatal.

Anda boleh juga digunakan untuk melegakan simptom urtikaria (mengurangkan gatal-gatal, merah-merah, bilangan dan saiz gegata).

Cara pengambilan Loratadine

Bagi pesakit dewasa dan remaja yang melebihi 12 tahun, makan 1 tablet sekali sehari dengan segelas air, sebelum ataupun selepas makan.

Kanak-kanak antara usia 2 hingga 12 tahun diberikan dos mengikut berat badan melebihi 30 kg, makan 1 tablet sekali sehari dengan segelas air, sebelum ataupun selepas makan.

Bayi yang belum mencapai usia 2 tahun tidak disyorkan untuk makan. Begitu juga bagi wanita hamil dan menyusukan, anda tidak digalakkan untuk makan Loratadine.

Ubat yang berinteraksi dengan Loratadine

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Loratadine boleh berinteraksi dengan jus epal, oren dan limau gedang. 

Apabila kumpulan ubat antihistamin ini di makan bersama makanan yang disebutkan di atas, kajian mendapati ianya akan mengurangkan tempoh masa untuk ubat itu bertindak dan keberkesanan loratadin.

Begitu juga sekiranya anda alah kepada Loratadine dan mengalami penyakit hati, sila beritahu doktor anda dan tukar kepada ubat-ubatan lain.

Kaedah penyimpanan Loratadine

Ubat ini sama seperti ubat-ubatan jenis tablet yang lain di mana ia paling baik disimpan pada suhu bilik (15-30°C) iaitu jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan.

Jangan sesekali menyimpan ubat ini di bilik mandi atau peti sejuk untuk elak dari rosak. Jauhi juga ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Sekiranya tidak lagi digunakan, anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang.

Sentiasa rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk ini dengan selamat.

Kesan sampingan

Seperti kebanyakkan ubat-ubatan yang lain juga, kesan sampingan daripada suplemen zat besi ini berbeza-beza mengikut individu.

Sesetengahnya mungkin mengalami kesan biasa seperti sakit kepala (12%), mulut kering (3%), dan keletihan (2% hingga 4%).

Kesan sampingan serius dan jarang berlaku pula adalah reaksi alahan ubat seperti ruam, bengkak mukut atau mata dan sesak nafas.

Sekiranya kesan sampingan tersebut bertambah teruk dan berterusan, sila beritahu doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan Loratadine ubat ini apa dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Loratadine: Uses, Interactions, Mechanism of Action. DrugBank
  2. Loratadine Uses, Dosage & Side Effects Guide. Drugs
  3. Loratadine Products. National Pharmaceutical Regulatory Agency
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut