Untuk login ke Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP KPM) melalui platform Percipio, sila layari https://moeeduskillsacademy.percipio.com/.
Di sini anda boleh mengakses kursus, memuat turun aplikasi mudah alih, serta menggunakan pelbagai bahan pembelajaran digital dengan lebih cepat dan mudah.
Artikel ini akan berkongsi langkah mudah yang boleh diikuti untuk memaksimumkan penggunaan Percipio sepanjang tahun 2025.
Apa itu SiPP KPM
SiPP KPM (https://moeeduskillsacademy.percipio.com/) ialah platform digital Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan pada 7 Februari 2024 untuk memudahkan guru mengakses bahan pembelajaran dan latihan.
Melalui sistem ini, lebih 429,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di seluruh negara dapat menggunakan lebih 20,000 kandungan termasuk 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.
Kelebihan utama SiPP KPM ialah guru boleh menggunakannya secara dalam talian atau luar talian menggunakan peranti masing-masing. Sistem ini juga dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membantu mengenal pasti minat pengguna dan mencadangkan modul pembelajaran yang sesuai.
Ringkasnya, SiPP KPM menyediakan pusat sehenti bahan pendidikan digital yang praktikal, moden dan relevan untuk meningkatkan kemahiran guru serta menyokong transformasi pendidikan negara.
SiPP KPM Wajib atau Tidak?
Platform SiPP KPM adalah WAJIB untuk semua guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) di bawah KPM.
Setiap guru akan mendapat lesen akses setahun, dan akaun diaktifkan melalui e-mel rasmi yang dihantar ke alamat berdaftar dalam SPLKPM.
Segala aktiviti pembelajaran dalam SiPP direkodkan secara automatik ke dalam SPLKPM sebagai sebahagian daripada latihan dan penilaian profesional guru.
Kelebihan SiPP
Antara kelebihan sistem ini adalah seperti berikut:
- Guru dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
- Mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP.
- Modul pembelajaran yang boleh diakses di luar talian.
- Pembelajaran mengikut tahap.
- Dilengkapi dashboard pemantauan.
- Disokong aplikasi mudah alih.

Cara Login & Pengaktifan Akaun
Untuk mengaktifkan akaun sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Semak e-mel yang didaftarkan dalam SPLKPM.
- Semak e-mel jemputan daripada [email protected].
- Jika tidak menerima e-mel tersebut, klik butang ‘Start Learing.’
- Log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang tercatat pada Sijil Guru Malaysia.
Untuk log masuk ke Akaun SiPP KPM (Percipio), anda boleh semak langkah di bawah:
- Pergi ke laman rasmi https://moeeduskillsacademy.percipio.com.
- Pada paparan utama, klik mula di halaman dengan mesej “Let’s get started!”.
- Masukkan emel berdaftar atau ID Guru Malaysia di ruangan Email or login name.
- Tekan butang “Next” untuk teruskan.
- Tandakan persetujuan pada License Agreement dan Privacy Notice sebelum masuk ke paparan utama.
- Jika maklumat tidak sah, sistem akan keluarkan mesej ralat: “Sorry, those credentials aren’t working.”
- Untuk akses lebih mudah di telefon, muat turun aplikasi Skillsoft Percipio melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Cara Jawab Ujian dan Semak Keputusan dalam SiPP KPM
- Lengkapkan kursus terlebih dahulu sebelum mengambil ujian.
- Setelah layak, sistem akan membolehkan anda menjawab ujian yang disediakan.
- Keputusan dipaparkan serta-merta sebaik sahaja ujian selesai.
- Jika lulus, anda boleh meneruskan pembelajaran seterusnya atau memuat turun sijil yang tersedia.
- Jika gagal, sistem mungkin akan mencadangkan kandungan tambahan untuk membantu anda mengukuhkan pemahaman sebelum mencuba semula.
Cara Muat Turun Lencana Digital
- Pergi ke menu utama dan klik tab “My Profile”.
- Pastikan anda telah melengkapkan semua modul kursus dan mencapai skor lulus, kerana hanya selepas itu sijil dan lencana digital akan tersedia.
- Dalam profil anda, klik ikon “Digital Badges”.
- Pilih mana-mana lencana yang ingin dikongsi atau dimuat turun.
- Lencana boleh dikongsi atau dimuat turun melalui platform luaran yang selamat seperti Accredible.
Cara Muat Turun Sijil e-Pembelajaran
- Pergi ke menu utama dan klik tab “My Profile”.
- Pilih bahagian “Activity” dalam profil anda.
- Pastikan anda telah menyempurnakan semua kandungan kursus, termasuk menonton semua video dan memperoleh markah minimum yang ditetapkan.
- Klik butang “More Action” dan pilih “View Certificate”.
- Muat turun sijil e-Pembelajaran digital anda untuk simpanan atau rujukan.
Cara Reset Semula Password
- Pergi ke halaman log masuk SiPP.
- Masukkan emel ID anda, kemudian klik “Get password help” atau “Forgot Password”.
- Pada paparan seterusnya, masukkan emel atau nama log masuk seperti diminta. Arahan yang tertera ialah: “Please enter your email address or login name, then click Reset your password.”
- Klik butang “Reset your password”.
- Jika maklumat tidak sah, sistem akan memaparkan mesej: “Sorry, those credentials aren’t working.”
- Tunggu beberapa minit untuk menerima emel reset. Semak juga folder spam/junk mail jika emel tidak ditemui.
Cara Dapatkan Jawapan SiPP KPM
Ramai guru mencari jawapan SiPP KPM dalam format PDF bagi memudahkan tugasan atau kuiz. Namun, perlu diketahui bahawa fail ini tidak disediakan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sebaliknya, jawapan tersebut biasanya diperoleh melalui perkongsian tidak rasmi antara guru-guru, khususnya dalam kumpulan Telegram atau WhatsApp.
Dalam kumpulan ini, ada guru yang memuat naik fail PDF berisi jawapan untuk kursus tertentu seperti Transformasi Digital, Keselamatan Siber dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa menyalin jawapan tanpa mengikuti kursus adalah tidak beretika serta bertentangan dengan tujuan asal platform SiPP.
Sistem ini dibangunkan bagi memastikan guru memahami kandungan melalui pembelajaran kendiri dan menjawab soalan berdasarkan pemahaman sendiri.
Panduan Penggunaan SiPP
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan menikmati manfaat daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) ini selama setahun mengikut tiga fasa pelaksanaan.
Bagi Fasa 1, lesen SiPP telah diagihkan dan dihantar ke e-mel PPP yang berdaftar dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) pada 8 Februari 2024.
SiPP juga boleh diakses melalui Modul Individu SPLKPM, dan setiap aktiviti pembelajaran akan direkod secara automatik ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM. Dengan itu, guru tidak perlu membuat pengisian dua kali.
Panduan penggunaan sistem ini boleh dirujuk di bawah:

Muat Turun Aplikasi Percipio
Jom muat turun aplikasi Percipio sekarang untuk memudahkan akses pembelajaran digital terus di telefon pintar anda.
Dengan aplikasi ini, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa, sama ada untuk menonton video, melengkapkan tugasan, atau mendapatkan sijil pembelajaran.
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.skillsoft.Percipio&hl=en
- Apple Apps Store : https://apps.apple.com/us/app/skillsoft-percipio/id1240149414







Maklumat Lanjut
ePembelajaran khas untuk semua guru bagi meningkatkan profesionalisme kendiri.
Platform ini menyediakan lebih 20,000 kandungan digital merangkumi 4,000 video, 40 sijil profesional, 3,000 kursus, 15,000 e-book, 400 latihan makmal, dilengkapi sokongan AI (Artificial Intelligence), aplikasi mudah alih, serta menyokong pelbagai bahasa.
Semua akses adalah percuma untuk guru di seluruh negara: https://moeeduskillsacademy.percipio.com/
- Pautan Surat Siaran: https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2024
- Pautan Pemakluman KPM: https://www.moe.gov.my/
- Maklumat lanjut mengenai sistem ini: https://www.moe.gov.my/
Soalan Lazim
Ya. SiPP KPM adalah wajib untuk semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua aktiviti pembelajaran direkodkan secara automatik ke dalam SPLKPM sebagai sebahagian daripada latihan rasmi dan penilaian profesional guru.
Setiap guru akan menerima lesen akses selama setahun. Akaun akan diaktifkan melalui jemputan emel rasmi yang dihantar ke alamat emel berdaftar dalam sistem SPLKPM.
Jika terlupa kata laluan, ikuti langkah berikut:
– Pergi ke halaman log masuk SiPP.
– Masukkan emel ID, kemudian klik “Get password help” atau “Forgot Password”.
– Paparan akan meminta anda memasukkan emel atau nama log masuk. Arahan yang tertera: “Please enter your email address or login name, then click Reset your password.”
– Tekan butang “Reset your password”.
– Jika maklumat yang dimasukkan salah, mesej “Sorry, those credentials aren’t working.” akan dipaparkan.
– Proses reset biasanya mengambil masa beberapa minit. Pastikan anda semak folder spam/junk mail jika emel tidak diterima.
Untuk melihat atau mendapatkan Digital Badges:
– Pergi ke menu utama (homepage).
– Klik My Profile → Digital Badges.
– Semua lencana (badges) yang tersedia akan dipaparkan dalam bahagian ini.
Untuk memuat turun sijil e-Pembelajaran digital:
– Pergi ke My Profile → Activity.
– Klik butang More Action → View Certificate.
– Sijil hanya boleh dimuat turun selepas pengguna melengkapkan semua kandungan kursus (contohnya menonton semua video) dan memperoleh markah minimum yang ditetapkan.
– Pergi ke Google Play Store atau Apps Store di telefon atau tablet.
– Cari aplikasi “Skillsoft Percipio”.
– Muat turun dan pasang aplikasi tersebut.
– Cari “Google Translate Extension” di Google.
– Klik “Add to Chrome”.
– Ikon Google Translate akan muncul di penjuru kanan atas pelayar.
– Untuk guna, klik ikon tersebut → pilih “TRANSLATE THIS PAGE” → pilih bahasa yang diingini.