MYFutureJobs Login – (www.myfuturejobs.gov.my)

MYFutureJobs Login adalah pintu masuk utama untuk pencari kerja di Malaysia yang ingin mengakses ribuan peluang kerjaya melalui portal rasmi kerajaan.

Melalui laman web www.myfuturejobs.gov.my, anda boleh mendaftar akaun, melengkapkan profil, memohon pekerjaan, serta menikmati pelbagai insentif termasuk elaun pencarian kerja.

Apa itu MYFutureJobs

myfuturejobs login

MYFutureJobs ialah sebuah portal rasmi yang dibangunkan khas untuk pencari kerja di Malaysia. Portal ini diwujudkan bagi membantu mereka yang terjejas, dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan dan minat.

Portal ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia melalui National Employment Services, PERKESO.

Ia bukan sekadar platform mencari kerja, tetapi turut menyediakan sokongan menyeluruh kepada pencari kerja termasuk bimbingan kerjaya dan latihan.

Insentif & Sokongan Kerajaan

Melalui inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan dalam bentuk elaun mencari pekerjaan kepada:

  • Golongan penganggur
  • Individu yang kehilangan pekerjaan
  • Belia yang baru menamatkan pengajian
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)

Ini bermakna anda bukan sahaja berpeluang membina kerjaya, malah boleh menikmati pelbagai kelebihan dan sokongan sepanjang proses pencarian kerja.

Peluang Kerjaya di MYFutureJobs

Melalui portal ini, anda boleh menemui ribuan tawaran pekerjaan dari pelbagai sektor di seluruh negara, termasuk:

  • Kerja sepenuh masa
  • Kerja separuh masa
  • Kerja kontrak dan sementara

Mulai tahun 2024, MYFutureJobs turut menjadi portal eksklusif untuk memohon jawatan Kementerian dan Agensi Kerajaan melalui program My Short-Term Employment Programme (MySTEP).

Cara Daftar MyFutureJobs 

Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

  1. Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: MYFutureJobs Login www.myfuturejobs.gov.my
  2. Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  3. Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  4. Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  5. Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  6. Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Sila rujuk lampiran berikut untuk manual penuh pencari kerja : PANDUAN PENCARI KERJA

Cara Mohon Pekerjaan Melalui MyFutureJobs

Untuk mengetahui peluang pekerjaan terbaru di MyFuture Jobs, anda boleh melakukan langkah berikut:

  1. Layari laman web MYFutureJobs Login : https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs
  2. Sila buat carian mengikut :
    • Jenis pekerjaan
    • Lokasi
    • Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)
  3. Klik butang MOHON untuk memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda.
  4. Untuk memohon, pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap / log masuk / daftar terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut:

Anda boleh mengunjungi Pejabat PERKESO berhampiran seperti berikut:



PUTRAJAYA
Ibu Pejabat
Level 2, Wisma Perkeso Putrajaya, No. 6 Persiaran Perdana,
Presint 2, 62100 Putrajaya
03-8091 5100

KUALA LUMPUR
Pengarah
PERKESO Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wisma PERKESO,
No. 155, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
03-2687 2600

SELANGOR
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Selangor, Wisma PERKESO, Lot 141,
Seksyen 6, Jalan Selangor, 46990 Petaling Jaya, Selangor
03-7949 8888
Pengurus
Pejabat PERKESO Klang, Wisma PERKESO, No. 2,
Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
03-3344 2501
Pengurus
Pejabat PERKESO Tanjung Karang, No. 38, Jalan Ria Mas,
Taman Ria Mas, 45500 Tanjung Karang, Selangor
03-3269 9001
Pengurus
Pejabat PERKESO Rawang, 29, Jalan Setia Rawang 1, KM 25,
Jalan Ipoh, 48000 Rawang, Selangor
03-6091 6519 /
03-6091 6937 /
03-6091 2427

PERAK
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Perak, Wisma PERKESO No. 83,
Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak
05-253 8477 /
05-254 5487
Pengurus
Pejabat PERKESO Taiping, No. 2 & 4,
Persiaran Taiping, 34000 Taiping, Perak
05-805 7050
Pengurus
Pejabat PERKESO Kuala Kangsar, No. 8E/8F,
Plot 3000 & 3001, 33000 Kuala Kangsar, Perak
05-773 3000 /
05-776 5930
Pengurus
Pejabat PERKESO Tapah, Lot 5399, No. 6 & 7,
Jalan Bidor, 35000 Tapah, Perak
05-401 1226
Pengurus
Pejabat PERKESO Teluk Intan, No. 8 – 10, Medan Sri Intan,
Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan, Perak
05-622 1935
Pengurus
Pejabat PERKESO Sri Manjung, No 125 & 126 Jalan PPMP 3/3
Pusat Perniagaan Manjung Point 32040 Sri Manjung, Perak
05-688 2600

PULAU PINANG
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang, Wisma PERKESO,
No. 3012, Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang
04-388 7666
Pengurus
Pejabat PERKESO Georgetown, Wisma PERKESO, No. 269,
Jalan Burma, 10538 GeorgeTown, Pulau Pinang
04-238 9888

KEDAH
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Kedah, Wisma PERKESO, Lot. 186,
Jalan Teluk Wanjah, 05538 Alor Setar, Kedah
04-774 6666
Pengurus
Pejabat PERKESO Langkawi, No. 17, Persiaran Bunga Raya,
Langkawi Mall, 07000 Langkawi, Kedah
04-969 8701
Pengurus
Pejabat PERKESO Sungai Petani, No. 30 & 31, Lengkok Cempaka 1,
Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
04-448 1200
Pengurus
Pejabat PERKESO Kulim, 582 & 583, Lorong Kemuning 1,
Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah
04-496 2203

PERLIS
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Perlis, No. 6A & 8A,
Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis
04-976 7100

NEGERI SEMBILAN
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Sembilan, Wisma PERKESO, Lot 3757,
Lot 52, Jalan Sg. Ujong, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
06-766 9000
Pengurus
Pejabat PERKESO Kuala Pilah, No. 8 & 9, Jalan Melang 1,
Pusat Komersial Melang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
06-482 1934 /
06-482 1935

MELAKA
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Melaka, Wisma PERKESO,
Jalan Persekutuan MITC, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
06-251 6888

Muat Turun Aplikasi MYFutureJobs

myfuturejobs login

Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi MYFutureJobs ke dalam telefon bimbit melalui pautan ini:

Soalan Lazim

1. Siapakah “pegawai dagang” atau ekspatriat yang tertakluk di bawah syarat pengiklanan di Portal MYFutureJobs oleh PERKESO?

“Pegawai dagang” atau “ekspatriat” yang tertakluk di bawah syarat pengiklanan di Portal
MYFutureJobs oleh PERKESO ialah pekerja bukan warganegara yang ingin digaji oleh majikan tertakluk kepada Pas Penggajian (Employment Pass) yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

2. Apakah syarat pengiklanan di Portal MYFutureJobs yang perlu dilaksanakan oleh majikan yang ingin melaksanakan penggajian ekspatriat?

Berkuat kuasa 15 Jun 2023, mana-mana majikan yang ingin menggaji pekerja bukan warganegara, termasuklah ekspatriat hendaklah mengiklankan kekosongan jawatan sekurang-kurangnya 14 hari di Portal MYFutureJobs, di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Walau bagaimanapun, terdapat jenis-jenis jawatan ekspatriat yang dikecualikan daripada syarat pelaksanaan ini seperti di Jawapan No. 18.

3. Apakah Portal yang akan diguna pakai oleh majikan bagi tujuan pengiklanan jawatan kosong?

Majikan wajib mengiklankan kekosongan jawatan di Portal MYFutureJobs melalui pautan
www.myfuturejobs.gov.my

Majikan dikehendaki mengisi semua maklumat kekosongan jawatan termasuk nama jawatan, kelayakan akademik, maklumat gaji sebenar iaitu gaji pokok bersama elaun tambahan sekiranya ada, skop kerja, kemahiran dan kompetensi bagi setiap iklan di Portal MYFutureJobs.

4. Apakah tanggungjawab pihak majikan sebelum membuat permohonan penggajian pegawai dagang?

Majikan hendaklah telah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO.

5. Apakah standard pematuhan pengiklanan yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan?

– Setiap pengiklanan di Portal MYFutureJobs tertakluk bagi satu jenis jawatan sahaja. Majikan tidak dibenarkan mengiklankan pelbagai jawatan dalam satu pengiklanan. Contoh dibenarkan ialah Senior Human Resource Executive manakala, contoh tidak dibenarkan ialah Senior Human Resource Executive/ Human Resource Manager.

– Nama jawatan yang diiklankan mestilah sama dengan nama jawatan yang akan dimohon oleh majikan di Agensi Pelulus yang berkaitan dan Jabatan Imigresen Malaysia. Nama jawatan yang berlainan akan merumitkan proses permohonan majikan di Agensi Pelulus dan Jabatan Imigresen Malaysia kerana
nama jawatan berbeza dengan pengiklanan di Portal MYFutureJobs.

Majikan perlu mengisi maklumat deskripsi tugas dan keperluan bahasa asing (sekiranya ada) dengan
terperinci bagi menerangkan skop tugas jawatan yang diiklankan di Portal MYFutureJobs.

Semua maklumat mandatori pengiklanan di Portal MYFutureJobs hendaklah dilengkapkan.
Manual pengguna bagi pengiklanan boleh diakses melalui laman web rasmi PERKESO di
www.perkeso.gov.my melalui pautan https://www.perkeso.gov.my/pengiklanan-myfuturejobsbagi-penggajian-pegawai-dagang.html

Majikan perlu melengkapkan semua indikator pengiklanan sebagai pra-syarat bagi penggajian
ekspatriat seperti berikut:
i. menanda kotak “foreign/expatriate application”;
ii. memilih radio button “Expatriate”;
iii. mengisi bilangan kekosongan yang betul di ruangan “Expatriate”;
iv. mengisi maklumat gaji sebenar iaitu gaji pokok bersama elaun tambahan sekiranya ada;
v. melengkapkan tahun pengalaman bagi jawatan tersebut.

Kegagalan majikan untuk melengkapkan indikator tersebut akan menyebabkan data pengiklanan dan
permohonan tidak dapat diproses oleh pihak PERKESO.

Pengiklanan kekosongan jawatan mestilah melalui akaun syarikat majikan yang memohon bagi
penggajian ekspatriat itu. Pengiklanan jawatan menggunakan akaun MYFutureJobs syarikat lain atau
ejen adalah tidak dibenarkan kerana sebarang kelulusan yang dikeluarkan adalah atas nama syarikat
yang mengiklankan kekosongan jawatan tersebut.

6. Apakah tanggungjawab majikan setelah mengiklankan jawatan kosong di Portal MYFutureJobs?

Majikan wajib melaksanakan temu duga bersama PERKESO bagi kekosongan jawatan yang telah
diiklankan.
Walau bagaimanapun, majikan juga dibenarkan melaksanakan temu duga dengan inisiatif sendiri dan
perlu membuat pemakluman bertulis melalui e-mel kepada PERKESO sekurang-kurangnya 5 hari
sebelum mengemukakan Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan bagi membolehkan Pegawai
PERKESO membuat pengesahan berkenaan dengan temu duga yang telah dijalankan oleh majikan
tersebut.

7. Apakah langkah yang perlu dilaksanakan oleh majikan bagi penggajian ekspatriat setelah iklan
dan aktiviti temu duga kekosongan jawatan dilaksanakan?

Majikan perlu melengkapkan Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan bagi aktiviti temu duga yang
dijalankan mengikut jawatan yang diiklankan dan disahkan oleh Pegawai PERKESO.
Majikan perlu memastikan butiran pada Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan adalah lengkap
dan ditandatangani berserta cop rasmi syarikat oleh Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan /
Pengurus Besar / Pengurus.
Majikan perlu memuat naik Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan melalui Portal MYFutureJobs
selepas genap 14 hari dari tarikh pengiklanan Portal MYFutureJobs.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan tempoh pengiklanan kekosongan jawatan
dalam Portal MYFutureJobs dan aktiviti temu duga dengan bakat tempatan yang telah dilakukan.
Kelulusan daripada PERKESO adalah berdasarkan usaha pengambilan bakat tempatan yang
bersesuaian. Keputusan permohonan adalah melalui Surat Perakuan Pengiklanan yang akan
dikeluarkan kepada majikan melalui e-mel rasmi [email protected] dalam tempoh 3 hari bekerja
selepas permohonan lengkap diterima oleh PERKESO.
Bagi mana-mana Laporan Pengambilan Pekerja Tempatan yang didapati mengandungi maklumat yang
tidak lengkap dan tepat, pihak PERKESO tidak akan memproses atau memberikan pengesyoran bagi
permohonan tersebut

8. Apakah jenis jawatan yang dikecualikan secara automatik daripada pelaksanaan pengiklanan ini?

Jawatan Penting (C-Suite & Key Post)
Jawatan Bergaji RM15,000 dan ke atas
Representative Office/ Regional Office (RERO)
Pelabur/ Pemegang Saham/ Pemilik
Pemindahan Korporat/ Penempatan/ Perjanjian Perdagangan
Pertubuhan Antarabangsa
Sektor Sukan
Pembaharuan Pas Penggajian

9. Adakah jawatan yang dikecualikan secara automatik masih memerlukan Surat Perakuan
Pengiklanan?

Tidak. Bagi jawatan yang dikecualikan secara automatik, majikan tidak perlu mendapatkan apa-apa
dokumen atau surat sokongan daripada PERKESO. Majikan boleh terus mengemukakan permohonan
kepada Agensi Pelulus yang berkaitan dan Jabatan Imigresen Malaysia.

10. Adakah pengiklanan di Portal MYFutureJobs terpakai bagi permohonan penggajian pekerja bukan
pemastautin, pekerja asing atau ekspatriat di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak?

Ya. Pengiklanan di Portal MYFutureJobs juga perlu dilaksanakan oleh majikan yang ingin menggajikan
pekerja bukan pemastautin, pekerja asing atau ekspatriat di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
Walau bagaimanapun, majikan perlu merujuk Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Imigresen
Sabah atau Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan Jabatan Imigresen Sarawak untuk prosedur
permohonan penggajian pekerja bukan pemastautin, pekerja asing atau ekspatriat.
Sila rujuk soalan-soalan lazim di Laman Web Rasmi PERKESO.

Untuk Soalan-Soalan Lazim yang lain, anda boleh rujuk pautan ini: https://myfuturejobs.gov.my/wp-content/uploads/2024/11/FAQ-PEGAWAI-DAGANG-BM-2024.pdf