myCPD2 (www.mycpd2.moh.gov.my)

myCPD2 (www.mycpd2.moh.gov.my) merupakan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia yang digunakan oleh pegawai kesihatan untuk merekod dan memantau aktiviti pembangunan profesional berterusan secara atas talian.

Platform ini memudahkan urusan rekod, semakan serta penilaian CPD dengan lebih cepat, sistematik dan boleh diakses di mana sahaja.

Apa itu myCPD2

myCPD2 ialah sebuah sistem dalam talian yang diwujudkan khas untuk menyokong pelaksanaan Continuing Professional Development (CPD) di kalangan pegawai kesihatan di Malaysia.

Platform ini berfungsi sebagai medium rasmi untuk merekod, memantau, dan menilai aktiviti pembelajaran berterusan yang diikuti oleh para profesional kesihatan.

Fungsi Utama myCPD2

  • Rekod Aktiviti – Membolehkan pegawai kesihatan merekod penyertaan mereka dalam kursus, seminar, bengkel, dan aktiviti profesional lain.
  • Pemantauan & Penilaian – Menyediakan skor CPD secara automatik supaya pegawai dapat menilai tahap pencapaian masing-masing.
  • Pematuhan Standard – Memastikan pegawai memenuhi keperluan CPD yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan profesional berkaitan.

Mengapa CPD Penting?

Continuing Professional Development (CPD) merupakan satu program pembelajaran berterusan secara sistematik yang menyumbang kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

Ia secara langsung meningkatkan profesionalisme pegawai dalam bidang masing-masing.

Bidang perubatan sentiasa berkembang pesat dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini. Oleh itu, para profesional kesihatan perlu sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar selari dengan kemajuan tersebut.

Usaha ini penting supaya mereka mampu memberikan rawatan perubatan terbaik dan terkini kepada masyarakat.

Cara Daftar myCPD2

myCPD2

Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftara akaun myCPD2 KKM:

  1. Layari laman myCPD di alamat: www.mycpd2.moh.gov.my
  2. Perhatikan kotak pada sebelah kiri dan atas di tab User
  3. Klik “Bahasa Melayu” sekiranya anda ingin menukar ke bahasa Melayu
  4. Klik pada tulisan “Daftar” (atau “Register” dalam bahasa Inggeris
  5. Pilih kategori anda daripada 4 kategori yang disenaraikan:
    • Daftar Pengguna (Sektor Awam)
    • Daftar Pengguna (Sektor Swasta)
    • Daftar Provider (Sektor Awam)
    • Daftar Provider (Sektor Swasta)
  6. Anda akan dibawa ke halaman “Borang Pendaftaran Pengguna Baru”
  7. Lengkapkan segala butiran yang diminta
  8. Klik butang Hantar
  9. Emel pengesahan pendaftaran akan dihantar kepada anda sekiranya permohonan anda telah diterima oleh sistem myCPD KKM

Cara Login myCPD2

myCPD2

Cara login myCPD2 lebih kurang sahaja langkah-langkah ketika melakukan pendaftaran.

  1. Layari laman web berikut: www.mycpd2.moh.gov.my
  2. Sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
  3. Pilih Bahasa Melayu atau English.
  4. Masukkan ID Pengguna atau Nama Pengguna.
  5. Isikan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Tekan Masuk.
  7. Selesai.

Untuk navigasi sepenuhnya, sila rujuk MANUAL PENGGUNA myCPD2 di bawah:

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan dengan myCPD2, anda boleh rujuk pada alamat di bawah:

myCPD Helpdesk,
Email: [email protected]

Alamat:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Ibu Pejabat KKM, Bahagian Perkembangan Perubatan,
Blok E1,Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Soalan Lazim

1. Saya adalah pengguna lama myCPD, apabila saya masukkan login dan katalaluan, mesej ralat memaparkan katalaluan saya tidak sah. Mengapa?

Ini kerana sistem baru tidak lagi menggunakan katalaluan lama, katalaluan baru boleh didapati secara emel.

Sila klik pada pautan “lupa katalaluan” atau “forgot password”, kemudian masukkan id pengguna/no kad pengenalan dan tekan butang untuk dihantarkan ke emel anda. Emel yang dihantarkan akan mempunyai capaian untuk katalaluan baru ke sistem myCPDv2.

2. Saya sudah klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” dan setelah memasukkan ID Pengguna saya dan klik butang hantar tetapi didapati emel yang didaftarkan tidak lagi aktif/saya tidak menggunakannya lagi. Apa perlu saya lakukan?

Jika ini berlaku, mohon hubungi Sub Admin atau Admin Utama berdekatan di tempat bertugas anda.

Senarai Sub Admin dan Admin Utama boleh didapati di laman utama myCPDv2 dengan mencari menu “Admin Utama di setiap JKN” atau “Sub Admin di setiap PTJ”).
(“Main Admin for each JKN” atau “Sub Admin for each PTJ”).

Di ruang carian masukkan lokasi JKN atau PTJ anda. Senarai Admin Utama dan Sub Admin berdaftar akan disenaraikan.

Admin Utama dan Sub Admin boleh menetapkan semula (reset) katalaluan baru untuk anda gunakan untuk mencapai terus ke sistem myCPDv2.

3. Pertama kali menggunakan myCPD versi 2.0 (Pengguna lama myCPD), apa perlu saya buat?

Jika anda telah mempunyai akaun myCPD lama, sila rujuk FAQ 02

4. Pertama kali menggunakan myCPD versi 2.0 (Pengguna baru) , apa perlu saya buat?

Jika ini pertama kali ingin menggunakan sistem myCPDv2, anda boleh daftar sebagai pengguna baru dengan memilih pautan “Daftar” (“register”) dan memilih pendaftaran mengikut sektor awam ataupun swasta yang berkenaan.

5. Bagaimana saya boleh/hendak reset katalaluan saya?

Mohon hubungi Sub Admin atau Admin Utama berdekatan di tempat bertugas anda. Senarai Sub Admin dan Admin Utama boleh didapati di laman utama myCPDv2 dengan mencari menu “Admin Utama di setiap JKN” atau “Sub Admin di setiap PTJ”).
(“Main Admin for each JKN” atau “Sub Admin for each PTJ”).

Di ruang carian masukkan lokasi JKN atau PTJ anda. Senarai Admin Utama dan Sub Admin berdaftar akan disenaraikan.

Admin Utama dan Sub Admin boleh menetapkan semula (reset) katalaluan baru untuk anda gunakan untuk mencapai terus ke sistem myCPDv2.

6. Pegawai IT di fasiliti saya menyuruh saya hubungi Helpdesk untuk reset katalaluan
saya, boleh ke?

Boleh, tetapi disarankan anda hubungi dahulu dengan Admin Utama atau Sub Admin anda untuk tindakan yang lebih cepat.

Jika masih ada permintaan untuk reset katalaluan melalui helpdesk, mohon emelkan ke [email protected] dan akan dilayan di antara masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

Talian helpdesk di ibu pejabat akan mengambil masa yang lama kerana kami melayan panggilan seluruh Malaysia yang berjumlah lebih 200,000 pengguna.

7. Jika saya perlu bantuan berkenaan myCPD versi 2.0, perlukan saya rujuk Pegawai
IT di fasiliti saya?

Tidak semua pegawai IT di fasiliti anda terlibat dengan pentadbiran myCPD, mohon rujuk senarai Admin Utama dan Sub Admin dahulu untuk bantuan. Pegawai IT tersebut mungkin disenaraikan sebagai Admin Utama ataupun Sub Admin di lokasi anda.

8. Bagaimana saya menggunakan sistem baru ini? Bahan rujukan atau manual tidak diberikan!

Bahan rujukan telah disediakan dalam format pdf yang boleh dicapai di menu online manual.

Manual pengguna bagi peranan User, Supervisor, Provider, Regulatory Body, Chief CPD, Chief Scheme dan Sub Admin ada disediakan untuk rujukan anda.

9. Saya pengguna swasta, bolehkah saya menggunakan myCPD versi 2.0?

Ya, boleh! Sila daftar sebagai pengguna sektor swasta KECUALI bagi doktor/pegawai perubatan swasta yang perlu menggunakan sistem Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk tuntutan CPD.

10. Saya pengguna swasta, siapa yang perlu saya lantik untuk menjadi supervisor?

Bagi pengguna swasta, supervisor anda boleh di semak/di rujuk di badan regulatori masing-masing.

11. Saya telah menuntut CPD saya, tetapi kenapa tidak dipaparkan di logbook saya?

Sila pastikan status tuntutan CPD tersebut telah disahkan oleh supervisor anda. Jika status masih ‘Pending Approval’, mohon maklumkan kepada supervisor anda untuk tindakan seterusnya.

12. Saya telah menuntut CPD saya dan telah diluluskan, tetapi kenapa masih tidak dipaparkan di logbook saya?

Sila pastikan bila tarikh tuntutan tersebut di buat. Jika tarikh tuntutan antara bulan Mac sehingga Jun 2017, berkemungkinan besar tuntutan tersebut tidak direkodkan sebetulnya oleh sistem lama.

Ini kerana sepanjang masa tersebut server sistem lama sedang mengalami isu “tepu” dan juga proses migrasi sedang dilanksanakan. Notis migrasi telah dimaklumkan di portal myCPD lama dan juga portal rasmi KKM pada Januari – Mac 2017.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan mengisi semula tuntutan yang tidak dipaparkan itu.

13. Telah hantar ke emel, tetapi tak jumpa / tak dapat lagi maklumbalas emel (gmail)
Dah banyak hari tunggu emel pengesahan, macam mana ni?!

Jika anda menggunakan emel Google (gmail) mohon rujuk folder “SPAM” kerana gmail akan menghantar emel pertama yang tidak dikenali ke folder ini. Emel maklumbalas boleh dibuka dari sini utk reset katalaluan anda.

Jika anda menggunakan emel 1GovUC, mohon rujuk penyelaras emel di fasiliti anda untuk bantuan.

Jika tidak boleh juga, mohon hubungi Sub Admin di fasiliti anda untuk reset katalaluan untuk mencapai masuk ke dalam sistem

14. Pengguna yang membuat tuntutan mata CPD, dalam contoh ini, lima (5) kursus di
bawah kategori A5.

Kelima-lima kursus telah diluluskan. Namun begitu, apabila dibuka Logbook, hanya nampak tiga (3) kursus saja tersenarai di bawah kategori A5.

Pengguna tertanya-tanya kenapa hanya papar tiga (3) tuntutan sahaja dan bukannya lima (5)? Kenapa?

Dari semakan, dua (2) tuntutan yang tidak dipaparkan di logbook adalah tuntutan yang dibuat semasa di myCPD lama dan data tersebut tidak tersimpan sepenuhnya semasa masa ini (Awal Mac sehingga Jun 2017 kerana proses migrasi).

Dua (2) tuntutan tersebut telah dikemaskini kepada status ‘pending approval’. Minta kelulusan dari supervisor beliau untuk paparan di logbook.

15. Pengguna tertekan butang Submit Claim dua kali sebelum popup window keluar… Pengguna terbiasa double click left mouse.

Pop up window ‘Claim successfully submit’ keluar. Tengok Claim History, duplicate entry bagi kursus yang sama wujud. Skrin Supervisor Nampak item kursus yang bertindan.

Pengguna boleh padam tuntutan yang bertindan melalui ikon bakul sampah di paparan logbook anda.

16. Pengguna Dr XYZ sudah tiada peranan Supervisor. OK. Walau bagaimanapun, cubaan memberi peranan Supervisor kepada beliau di bawah Jabatan Kesihatan Negeri tidak dapat dibuat kerana ruangan Select Organization kosong, tidak boleh pilih apa-apa. Tiada dropdown list. Hanya boleh beri peranan Supervisor dengan Organization blank sahaja. Mohon bantuan.

Selalunya jika peranan kosong, ianya bermaksud rekod di myCPD lama beliau tidak mendaftar organisasi (dibiarkan kosong). Boleh maklumkan kepada admin utama myCPDv2 terdekat untuk tindakan seterusnya.