Kepada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bakal menghadiri Konvokesyen UiTM ke-103, anda perlu menyemak tarikh istiadat dan pengambilan jubah untuk konvokesyen berkenaan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai konvokesyen ini.

Mengenai Istiadat Konvokesyen
Istiadat Konvokesyen adalah merupakan satu majlis diadakan untuk mereka yang telah menamatkan pengajian masing-masing menerima Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah.
Tujuan utama istiadat ini dilangsungkan adalah bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya menyempurnakan satu peringkat pengajian tertentu.
Lazimnya, pada istiadat ini, para graduan akan berarak masuk ke dewan, berserta perarakan para pegawai, para pensyarah, ahli majlis, Naib Canselor, Pro-Canselor dan Canselor Universiti.
Graduan juga akan berpakaian khas konvokesyen yang disaksikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga dengan keluarga dan mereka akan menerima skrol pengajian sebagai tanda graduan tersebut telah tamat pengajian.
Tarikh Konvokesyen UiTM Ke-103
Tarikh konvokesyen ini adalah seperti berikut:
| Lokasi | Tarikh |
| UiTM Shah Alam | 19 November hingga 9 Disember 2025 * Istiadat konvokesyen ditangguhkan pada 21 November, 28 November dan 5 Disember 2025. |
| UiTM Cawangan Sabah | 10 hingga 11 Disember 2025 |
| UiTM Cawangan Sarawak | 16 hingga 18 Disember 2025 |
Lokasi Konvokesyen
Lokasi konvokesyen akan diadakan seperti berikut:
i- Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
| Peringkat Pengajian | Lokasi Pengajian Pelajar |
| Ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana | Semua UiTM Cawangan. |
| Diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, profesional dan diploma | UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor, UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Melaka, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Perlis, UiTM Cawangan Terengganu dan kolej-kolej bersekutu UiTM (di Semenanjung Malaysia) |
ii- Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah
Penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan ijazah sarjana muda dan diploma sahaja dari UiTM Cawangan Sabah sahaja.
iii- Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak
Penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan ijazah sarjana muda dan diploma sahaja dari UiTM Cawangan Sarawak dan dan kolej-kolej bersekutu UiTM (di Sarawak).
Tarikh Pengambilan Jubah
Tarikh pengambilan jubah boleh dirujuk melalui file di bawah:
Yuran Konvokesyen
Yuran konvokesyen yang perlu dibayar mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
| Peringkat Pengajian | Yuran |
| Ijazah doktor falsafah | RM230.00 |
| Ijazah sarjana | RM210.00 |
| Diploma lepasan ijazah/ ijazah sarjana muda/ program profesional (kod 5xx) | RM175.00 |
| Diploma | RM150.00 |
Surat Jemputan Konvokesyen
Surat jemputan konvokesyen ini boleh dilihat seperti di bawah:
Soalan Lazim
Ya, graduan yang tidak menghadiri istiadat konvokesyen perlu membayar yuran konvokesyen penuh untuk mendapatkan sijil, transkrip rasmi dan album sijil (folder).
Ya, kedua-dua yuran perlu dibayar. Pelajar akan menerima sijil dan album sijil (folder) bagi program AC704/AC220 dan juga program profesional (AC550/AC551).
Tidak. Graduan TIDAK DIBENARKAN menukar lokasi istiadat konvokesyen. Graduan hendaklah hadir istiadat konvokesyen mengikut lokasi yang telah ditetapkan.
Waris dibenarkan menghadiri istiadat konvokesyen untuk menerima diploma atau ijazah graduan yang telah meninggal dunia. Waris perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab (PIC) program graduan dengan segera jika waris ingin menghadiri istiadat konvokesyen graduan.
Graduan dibenarkan hadir bersama keluarga. Walau bagaimanapun, hanya DUA (2) orang tetamu (ibu bapa/ ahli keluarga) yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan. Ahli keluarga lain boleh duduk di tempat yang disediakan di hadapan dewan atau di Foyer Aras BL, Parkir Bertingkat DATC.
TIDAK BOLEH. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) atau Graduate Tracer Study System merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status graduan selepas menamatkan pengajian. Semua graduan DIWAJIBKAN menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan tersebut.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Konvokesyen UiTM ke-103 sila layari laman web https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen
Baca juga: Biasiswa Khas Sagong Tasi Pelajar IPT Orang Asli Selangor 2025




