Kelas Antenatal 2024: Cara Daftar & Kelebihan Untuk Bakal Ibu

Buat bakal-bakal ibu di luar sana sangat disyorkan untuk anda daftar dan hadiri Kelas Antenatal.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Kelas Antenatal yang diadakan di seluruh Malaysia bagi tahun 2024.

Baca juga:

Apa itu Kelas Antenatal?

The Baby Show

Kelas Antenatal adalah sesi pembelajaran untuk membantu bakal ibu bapa bersedia menghadapi alam keibubapaan, persediaan semasa mengandung dan sebelum bersalin.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi galakan kepada para peserta untuk memberi keselesaan kepada para peserta di samping mewujudkan suasana yang lebih seronok.

Kelas ini biasanya memberikan anda pendedahan dan pendidikan berkaitan dengan diet seimbang, senaman semasa hamil serta selepas hamil dan teknik meneran.

Selain itu, ia juga melibatkan sesi praktikal mengenai senaman antenatal untuk ibu-ibu mengandung oleh pakar sebagai pendedahan kepada bakal ibu serta bapa mengenai cara-cara untuk membuat senaman yang selamat semasa hamil dan selepas bersalin.

Kelas Antenatal 2024 seluruh Malaysia

Terdapat beberapa Kelas Permulaan Kehamilan 2024 yang boleh anda daftar di seluruh Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan kelas tersebut:

1. Kelas Anternatal Hospital Sungai Buloh

  • Tarikh: Selasa, Minggu ke-4 setiap bulan
  • Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
  • Pakaian: Pakaian sukan yang bersesuaian
  • Tempat: Bilik Seminar Klinik Pakar O&G, Aras 1
  • Hubungi: Klinik Pakar O&G, 03-61454333 (operator hospital), sambungan 1186 / 1180

2. Kelas Anternatal Kedah Medical Centre

  • Tarikh: 23 Februari 2024, 26 April 2024, 28 Jun 2024, 23 Ogos 2024, 25 Oktober 2024 & 20 December 2024
  • Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
  • Tempat: Kedah Medical Centre
  • Hubungi: 04-7744911 (labour room), 04-7744836 (pr & marketing)

3. Kelas Antenatal PPUKM

  • Tarikh: Ahad, 2 March 2024
  • Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
  • Tempat: Dewan Kuliah, HCTM
  • Yuran: RM150 (per pasangan)
  • Hubungi: 03-91457000/7001

4. Kelas Antenatal Hospital Islam Az-Zahrah

  • Tarikh: Ahad, 25 Februari 2024
  • Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat: Dewan Rempah Ratus, EPF Learning Campus, Persiaran KWSP 43000 Kajang, Selangor
  • Yuran: RM99 (Untuk pelanggan Antenatal Az-Zahrah / Megaklinik Zahran)
    RM159 (Bukan pelanggan)
  • Hubungi: 016-332 8733 (Khairiyah), 017-522 0754 (Syila)

5. Kelas Antenatal MyFamily Melaka

  • Tarikh: Ahad, 25 Februari 2024
  • Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
  • Tempat: Jalan Sungai Petai Permai 2 Utama, Taman Sungai Petai Permai, 78000 Alor Gajah, Melaka
  • Yuran: RM30 (per pasangan)
  • Hubungi: 06 558 9292, 011-26707020

6. Kelas Antenatal Hospital Ar-Ridzuan

  • Tarikh: 3 Mac 2024
  • Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
  • Tempat: Dewan Maulana Tingkat 2, Hospital Ar-Ridzuan (bersebelahan Hospital Ar-Ridzuan)
  • Yuran: RM45 (per pasangan)
  • Hubungi: https://forms.gle/BF6Z71yq8rCrUyTCA

7. Kelas Antenatal INS Specialist Centre

  • Tarikh: 2 March 2024
  • Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
  • Tempat: HiG Hotel, Langkawi . 
  • Yuran: RM70
  • Hubungi: 010-9336469 

8. Kelas Antenatal Rejang Medical Centre

  • Tarikh: 25 Februari 2024
  • Masa: 11.30 pagi – 2.30 petang
  • Tempat: Li Hua Hotel @ Sibu Bus Terminal
  • Hubungi: 012-9910733

9. Kelas Antenatal Kota Bharu Medical Centre

  • Tarikh: 24 Februari 2024
  • Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
  • Tempat: Jewels Hotel, Kota Bharu
  • Hubungi: 019-9670799

10. Kelas Antenatal Columbia Asia Hospital

kelas antenatal
  • Tarikh: 10 March 2024
  • Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
  • Tempat: Lobby Columbia Asia Hospital, Petaling Jaya
  • Yuran: RM50 (per pasangan)

11. Kelas Antenatal KMI Kuala Terengganu Medical Centre

kelas antenatal
  • Tarikh: 9 March 2024, 9 Julai 2024 & 16 November 2024
  • Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang
  • Tempat: Bilik Seminar Aras 3 KMI Kuala Terengganu
  • Yuran: RM90 (per pasangan)

12. Kelas Antenatal KPJ Selangor Specialist Hospital

kelas antenatal
  • Tarikh: 2 March 2024
  • Masa: 8.30 pagi – 2.15 petang
  • Tempat: Level 8, Conference Hall, Outpatient Block
  • Yuran: RM98 (per pasangan)

13. Kelas Antenatal Sunway Medical Centre

kelas antenatal
  • Tarikh: 16, 18 March 2024, 13 July 2024, 19 October 2024
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat: Sunway Medical Centre Kuala Lumpur
  • Yuran: RM128 (per pasangan)

Kepentingan hadir kelas permulaan hamil

Active Birth Centre

Kelas antenatal adalah idea yang terbaik pada wanita hamil, pasangan anda yang hamil atau anda yang diminta untuk menjadi orang sokongan kelahiran.

Ini kerana kelas permulaan kehamilan memberi anda gambaran yang jelas tentang perkara yang diharapkan semasa mengandung, bersalin dan kelahiran.

Ini boleh membantu anda berasa lebih yakin semasa anda bersedia untuk kelahiran dan menjadi ibu bapa.

Selain itu, kelas ini boleh menjadi cara terbaik untuk memulakan perbualan dengan pasangan anda tentang matlamat dan rancangan untuk kelahiran dan keibubapaan.

Dan kelas ini adalah peluang untuk bertemu dan berkongsi pengalaman dengan bakal ibu bapa yang lain.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kelas antenatal dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat khususnya kepada ibu hamil di luar sana.

Sumber:

  1. Kelas Antenatal Bantu Pasangan Timang Cahaya Mata. Universiti Sains Malaysia
  2. Five Things To Consider When Choosing Your Antenatal Class. The Baby Show
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!