Kalendar Islam 2024 & Tarikh Penting Bulan Islam (JAKIM)

KALENDAR ISLAM TAKWIM 2024 MILADIAH/ 1444-1445 HIJRIAH BAGI MALAYSIA (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Takwim 2024 Miladiah / 1444-1445H Bagi Malaysia.

Semoga takwim ini dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.

SEBAGAI panduan untuk semua umat Islam, disenaraikan tarikh penting dalam kalendar Islam untuk tahun 2023 Masihi bersamaan 1444-1445 Hijrah di Malaysia beserta fakta-fakta berkaitan tarikh-tarikh berkenaan.

Takwim Kalendar Islam 2024 / 1445-1446H

Berikut disertakan Takwim Islam bagi tahun 2024 beserta tarikh penting dalam Islam bagi tahun 1445-1446H untuk memudahkan anda membuat perancangan.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM 2024 @ 1445H/1446H

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 14458 Februari 2024Israk dan Mikraj
*1 RAMADHAN 144512 Mac 2024* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 144528 Mac 2024Nuzul Al-Quran
*1 SYAWAL 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 ZULHIJJAH 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144517 Jun 2024* Hari Raya Korban / Aidiladha
1 MUHARAM 14467 Julai 2024Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144616 September 2024Maulidur Rasul
tarikh penting dalam islam 1445 1446 2024

Catatan Ringkas Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam

Catatan ringkas berkenaan tarikh penting dalam Islam :

27 Rejab : Israk Mikraj

Peristiwa Israk merupakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil, manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasulullah naik ke langit dengan ditemani malaikat Jibrail dan bertemu Allah.

Baca selanjutnya : Sorotan Peristiwa Israk Mikraj & Kelebihan 27 Rejab

15 Syaaban : Malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
Sahih Ibnu Hibban (5665)

Baca selanjutnya : Niat Puasa Sunat Syaaban & Kelebihan Bulan Sya’ban

1 Ramadan : Awal Ramadan*

Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi Umat Islam di seluruh Malaysia.

Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.

Rujuk : Tarikh Puasa 2024 & Cuti Awal Ramadan 1445H (Malaysia)

17 Ramadan : Nuzul al-Quran

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

1 Syawal : Hari Raya Aidilfitri*

Sambutan Aidilfitri pada 2022 tentu lebih meriah kerana rakyat Malaysia sudah dibenarkan merentas negeri.

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

1 Zulhijjah : Awal Zulhijjah

Terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud 10 hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.

10 Zulhijjah : Hari Raya Aidiladha*

Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

1 Muharam : Maal Hijrah / Tahun Baru Islam

Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada Allah dan syariatNya.

12 Rabiulawal : Maulidur Rasul

Mengikut kalendar Islam, 12 Rabiulawal merupakan Maulidur Rasul atau hari keputeraan baginda SAW iaitu penghulu sekalian nabi dan rasul.

Menjadi kelaziman kita menyambut Maulidur Rasul pada setiap tahun sebagai menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Baca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!