Tarikh Mula Puasa 2024 & Cuti Awal Ramadan 1445H (Malaysia)

CUTI AWAL RAMADAN 1445H / TARIKH MULA PUASA 2024

Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi Umat Islam di seluruh Malaysia.

Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.

Dan jangan lupa semak semula kadar zakat fitrah mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan anda membuat pembayaran sama ada manual atau pun secara online di portal zakat.

tarikh awal ramadan 1444h mula puasa 2023

Cuti Umum Awal Ramadan 1445H / Tarikh Mula Puasa 2024

Setiap tahun permulaan puasa akan diumumkan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi kerajaan.

Permulaan puasa ini ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.

Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.

Di Malaysia, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.

Terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan di seluruh Malaysia dan peralatan berteknologi seperti teleskop dan total station serta pengiraan data rukyah yang meliputi jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah bagi membantu para pencerap menentukan tarikh Awal Ramadan dengan tepat.

JAKIM telah mengeluarkan senarai tarikh-tarikh penting dalam Islam di Malaysia bagi tahun 2024/1445H.

Sila rujuk jadual berikut untuk mengetahui tarikh puasa 2024:

Untuk makluman, Awal Ramadan merupakan tarikh cuti umum bagi negeri Johor, Kedah dan Melaka.

TahunTarikhHariNegeri
202323 MacKhamisJohor, Kedah & Melaka
202412 MacSelasaJohor, Kedah & Melaka
Tarikh cuti awal Ramadan

Baca juga: Panduan Lengkap Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Hari Kelepasan Persekutuan & Cuti Kelepasan Setiap Negeri

Berikut dilampirkan juga kalendar kuda bagi bulan Mac untuk memudahkan anda membuat rujukan cuti yang terdapat dalam bulan itu selain Awal Ramadhan.

kalendar 2024 mac cuti

Kalau nak tengok negeri apa yang ada cuti tambahan khusus bagi negeri tertentu, boleh semak melalui jadual di bawah ok!

Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama keluarga.

puasa 2024
puasa 2024

Diterbitkan oleh: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/