Jawatan Kosong Penolong Jurulatih PLKN 3.0

penolong jurulatih s1
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia kini membuka peluang kerjaya kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan, bersemangat dan komited untuk memohon sebagai Penolong Jurulatih (Gred S1) PLKN 3.0 yang boleh dipohon menerusi pautan ini:
https://forms.gle/ZrYiGe14WnxZ3Jwu9.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan jawatan ini.

Mengenai PLKN 3.0

PLKN 3.0 merupakan versi terkini yang diperkenalkan semula oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif pembangunan modal insan yang lebih holistik.

Program ini dilaksanakan dengan konsep dan format baharu yang bersifat komprehensif dan transformatif yang dilaksanakan mulai tahun 2025. 

Selain itu, program in juga bertujuan membentuk generasi muda yang bukan sahaja berdisiplin dan patriotik, tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran insaniah yang relevan bagi menghadapi cabaran masa depan.

Melalui pendekatan ini, program ini diharapkan dapat menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan sahsiah dan keupayaan generasi muda Malaysia.

Objektif utama PLKN 3.0 adalah:

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda,
  • Memupuk dan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum serta integriti nasional,
  • Membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni,
  • Menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan, dan
  • Melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 05 Mac 2026 (sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari).

Status Lantikan

Status lantikan bagi Penolong Jurulatih (Gred S1) ini adalah secara Contract of Service (CoS).

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Awam: 28 – 45 tahun
    Veteran: 35 – 53 tahun
  3. Sihat tubuh badan dan “Body Mass Index” (BMI) tidak melebihi 27.0
  4. Bersedia untuk berkhidmat di mana-mana Kem Latihan Khidmat Negara di seluruh Malavsia

Syarat Lantikan

Syarat lantikan adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred SI: RM1,500.00); atau
  2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred SI: RM1.500.00): atau
  3. Sijll Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred SI: RM1,561.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malavsia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred SI:RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Pemohon juga mestilah memiliki kepujian (sekurang- kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Siji Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Merit Tambahan

Selain itu, merit tambahan berikut turut diambil kira iaitu:

  • Pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN 1.0 dan 2.0; atau
  • Pesara Badan Beruniform atau Veteran ATM yang memiliki kelayakan bidang kursus jurulatin kawad, kecergasan jasmani, kepimpinan dan ilmu ketenteraan; dan
  • Berkeupayaan untuk mendidik, melatih dan memimpin pelati PLKN ke arah modal insan yang baik.
  • Awam – kepakaran dalam bidang abselling, latihan kecergasan, pengalaman mengajar / kursus motivasi.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh menyertai sesi temu duga dengan mengisi maklumat di pautan https://forms.gle/ZrYiGe14WnxZ3Jwu9.

Selain itu, pemohon mestilah memuat naik dokumen-dokumen seperti berikut ke alamat e-mel [email protected]:

  • Maklumat Peribadi (Resume)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Siiil Lahir
  • Salinan Sijil Pelajaran Malavsia (SPM)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah

Atau menghantar melalui pos ke alamat pelabat Jabatan Latihan Khidmat Negara di :

Unit Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 1,
Blok B Bangunan Zetro Jalan 9/27C,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300, Kuala Lumpur.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan PLKN 3.0?

PLKN 3.0 merupakan versi terkini yang diperkenalkan semula oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif pembangunan modal insan yang lebih holistik.

Apakah status lantikan untuk jawatan ini?

Status lantikan bagi jawatan ini adalah secara Contract of Service (CoS).

Bilakah tarikh tutup permohonan jawatan ini?

Tarikh tutup permohonan jawatan ini adalah pada 05 Mac 2026 (sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari).

Berapakah BMI yang diperlukan untuk memohon?

Pemohon mestilah mempunyai BMI tidak melebihi 27.0.

Jika saya berumur 26 tahun, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Umur permulaan bagi mereka yang ingin memohon adalah 28 tahun.

Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/ZrYiGe14WnxZ3Jwu9.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  • 03-4013 3625
  • 03-4013 3645
  • 03-4013 3649
  • 03-4013 3627
  • 03-4073 3634

Orang ramai juga boleh mengemukakan pertanyaan/maklumbalas melalui e-mel yang berikut [email protected].

Baca juga: PLKN 3.0 SIRI 2/2026- Semakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut