i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

isinar kategori 2
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan i-Sinar Kategori 1 tidak diluluskan? Jangan risau, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan iSinar Kategori 2.

Seperti yang kita sedia maklum, status kelulusan i-Sinar Kategori 1 telah mula diumumkan melalui Portal i-Sinar KWSP.

Jika anda mendapat mesej ‘PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES’, ia bermaksud anda perlu menyertakan dokumen sokongan mulai 11 Januari ini.

Bagi yang tidak berjaya, jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk membuat permohonan melalui i-Sinar Kategori 2.

Tarikh tutup permohonan pada 13 Jun 2021.

Di sini kami kongsikan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan tersebut.

Apakah iSinar Kategori 2?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Syarat kelayakan permohonan Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

isinar kategori 2

Cara Permohonan

Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 online adalah seperti berikut:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my (mulai 11 Januari 2021)
  2. Isikan No IC dan No Tel Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
  5. Tetapkan Amaun Pilihan
  6. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
  7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
  8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
  9. Lampirkan Dokumen Sokongan
  10. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan  sebelum tekan HANTAR
  11. Permohonan telah diterima dan akan diproses

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan iSinar Kategori 2

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  1. Slip penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  3. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
isinar kategori 2

NOTA:

  • Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    • Masih aktif
    • Milik anda
    • Bukan Akaun Bersama (Joint Account)

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web  isinar.kwsp.gov.my

Tarikh Semakan Kelulusan & Bayaran

  1. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Baca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021

Amaun Kelayakan i-Sinar Kategori 2

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

Soalan Lazim

Bilakah permohonan iSinar Kategori 2 ditutup?

Tarikh akhir permohonan pada 13 Jun 2021.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

Seperti yang anda boleh rujuk dalam artikel ini.

Bolehkah saya menghantar dokumen sokongan ke pejabat KWSP?

Anda disarankan untuk memuat naik segala dokumen secara online sahaja.

Bilakah saya boleh menyemak status permohonan?

Selepas 2-3 minggu dari tarikh permohonan.

Bolehkah saya membuat pindaan kepada maklumat yang telah dihantar?

Boleh. Anda hanya perlu log masuk ke sistem dan kemaskini permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut