Format UPKK 2024: Format Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA

Mengikut pengumuman terbaru yang telah dibuat oleh JAKIM, terdapat beberapa perubahan format terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK bagi tahun 2024.

Dengan perubahan yang dibuat ini, bermula 2024 terdapat 9 mata pelajaran yang dinil dalam UPKK.

Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2024 akan diberikan kepada seluruh negeri bermula 23 Mei 2024.

Apa itu UPKK?

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA adalah ujian yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid ketika di Darjah 5 di sekolah Kafa seluruh Malaysia.

Matlamat UPKK  ialah menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam.

UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

UPKK telah diperkenalkan pada tahun 2013 oleh JAKIM sebagai pengganti kepada peperiksaan PSRA (Peperiksaan Sijil Rendah Agama).

Selari dengan peredaran masa, Format UPKK 2024 juga telah mengalami sedikit perubahan dalam usaha JAKIM menambah baik ujian ini.

5 Perubahan Utama Format UPKK 2024

Berikut merupakan 5 perubahan utama format terkini UPKK yang akan mula berkuatkuasa 2024:

  1. Subjek Tilawah Al-Quran daripada dua kertas menjadi satu kertas.
  2. Ulum Syariah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu “UPKK 02 Akidah” dan “UPKK 07 Ibadah”. Pecahan ini menyebabkan UPKK menjadi 9A.
  3. Bagi subjek Adab sebelum ini ada kertas 1 dan kertas 2. Format baru Adab menjadi 1 kertas sahaja.
  4. Tempoh masa bagi ujian bertulis bagi semua kertas ditetapkan selama 1 jam 15 minit sahaja berbanding sebelum ini ada kertas 1 jam 30 minit dan ada juga 2 jam.
  5. Setiap subjek akan ada soalan berkaitan dengan perkara asas. Perkara asas ini akan ditanya di bahagian A setiap subjek.

Perincian Format UPKK 2024

Sila rujuk lampiran fail PDF di bawah untuk mendapatkan perincian format UPKK terkini yang akan mula digunapakai pada tahun 2024.

Jadual Peperiksaan UPKK 2024

Berikut merupakan jadual rasmi UPKK 2024 yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM:

Berikut dikongsikan tarikh penting dan jadual UPKK 2024 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Ujian PCHI & Amali Solat

1 Julai – 28 Oktober

Ujian Al Quran

29 Oktober – 29 November

Ujian Bertulis

6 Januari 2025 |Isnin

Akidah
⏰ : 2.30 – 3.45 ptg
Adab
⏰ : 4.15 – 5.30 ptg

7 Januari 2025 |Selasa

Ibadah
⏰ : 2.30 – 3.45 ptg
Jawi & Khat
⏰ : 4.15 – 5.30 ptg

8 Januari 2025 |Rabu

Sirah
⏰ : 3.00 – 4.15 ptg

9 Januari 2025 |Khamis

Bahasa Arab
⏰ : 3.00 – 4.15 ptg

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) 2024 – Tarikh Kemaskini 15 Julai 2024

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/ atau https://simpeni.islam.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: