10 Himpunan Doa Untuk Orang Sakit dan Hikmah Membacanya

doa untuk orang sakit
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ucapan atau doa untuk orang sakit memberi makna yang sangat bermakna kepada setiap orang.

Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa untuk orang sakit yang boleh diamalkan untuk memohon kesembuhan segera dari sebarang jenis penyakit.

Koleksi doa untuk orang sakit dalam Islam

doa untuk orang sakit

Terdapat beberapa doa yang boleh anda baca kepada seseorang yang sedang sakit. Berikut adalah doanya dalam teks Arab, Rumi, dan terjemahan.

1. Doa agar diangkat segala penyakit

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta

Maksudnya:

“Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.”

2. Doa untuk orang sakit dengan nama khusus

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fi dinika wa jismika ilā muddati ajalika

Maksudnya:

“Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”

3. Doa agar disembuhkan dari penyakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illa anta syifaa’an la yughaadiru saqaman

Maksudnya:

“Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.”

4. Doa untuk ibu bapa yang sakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman

Maksudnya:

“Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia.

(Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari Mu.

Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.” – ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Doa untuk anak yang sakit

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Asalulallahu ‘azhiim robbul ‘arsyil ‘azhiim ayyasyfiyak

Maksudnya:

“Aku memohon kepada Allah, Dzat yang Maha Besar, Tuhan yang Mempunyai Arasy, yang Maha Besar, semoga Dia berkenan memberi kesembuhan padamu,” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

6. Doa untuk rakan yang sakit

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا

Allahummasyfi Sa’dan. Allahummasyfi Sa’dan. Allahummasyfi Sa’dan

Maksudnya:

“Ya Allah, sembuhkan…. (Sa’dan ini bisa Anda ganti dengan nama rakan yang sakit).”

7. Doa kesembuhan dan memohon ampunan

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa’afaka fi dinika wa jismika ila muddati ajalika

Maksudnya:

“Wahai (sebutkan nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiakanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”

8. Doa untuk Orang yang Sedang Sakit (Perempuan)

اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَتَكَ يَا شَافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman

Maksudnya:

“Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini (untuk perempuan), wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa.”

9. Doa untuk Orang yang Sedang Sakit (Lelaki)

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As-alu Allah al-‘azhima rabb al-‘arshi al-‘azhimi an yashfiyak

Maksudnya:

“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik ‘Arsy yang Agung, agar menyembuhkanmu (untuk lelaki).”

10. Doa Kesembuhan yang Diajarkan Nabi Ayyub

رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ

Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin

Maksudnya:

“(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.” (Surah An-Anbiya, ayat 83).

11. Ucapan agar cepat sembuh dalam Arab

Selain berdoa, kita juga boleh mengucapkan ucapan kesembuhan seperti berikut:

شافاكاللاه سييفأن اجيلان، سييفأن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان

Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman

Maksudnya:

“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk lelaki) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”

شافاهوللاه سييفآن اجيلان، سييفآن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان

Syafahullah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman

Maksudnya:

“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk lelaki yang tidak berada di tempat secara langsung dengan pembicara) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”

شافاكيللاه سييفآن اجيلان، سييفآن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان

Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman

Maksudnya:

“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk perempuan) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”

شافاهاللاه سييفآن اجيلان، سييفآن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان

Syafahallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman

Maksudnya:

“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk perempuan yang tidak berada di tempat secara langsung dengan pembicara) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”

اللهُمّآ ربّآنآادزءهيبيل با’سا يسيفي انتاسيءسيافي لا سييفا’ا ليللا سييفا’وكا سييفآن لا يوعهاديرو ساقومان.

Allahuma robbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a lilla syifa’uka syifaan la yughadiru saqoman

Maksudnya:

“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dariMu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi.”

Kelebihan dibacakan doa untuk orang sakit

doa untuk orang sakit

Berikut adalah antara manfaat membaca doa untuk orang sakit yang boleh anda perolehi.

  • Memberikan ketanangan kepada orang yang sakit.
  • Diberikan kesembuhan dan perlindungan.
  • Mendapatkan pahala dari Allah SWT.
  • Mendapatkan redha Allah SWT dalam memperoleh kebaikan.
  • Memperoleh rahmat dan keberkahan dari Allah SWT
  • Memohon ampunan oleh Allah SWT atas segala dosa dalam diri.

Selain doa untuk orang sakit ini, anda juga boleh baca artikel keagamaan kami yang lain seperti:

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-334: Malaikat Mengaminkan Doa Kepada Orang Sakit. Mufti Wilayah Persekutuan
  2.  Doa Untuk Orang Sakit Agar Diberikan Kesembuhan Segera. Taqwa.my
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut