Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Sempena sambutan Hari Krismas 2025, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun tol 50% kepada pengguna kenderaan persendirian bagi meringankan kos perjalanan rakyat.
Pemberian diskaun tol Krismas 2025 ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
PEMBERIAN DISKAUN TOL 50% SEMPENA PERAYAAN HARI KRISMAS
Pelaksanaan Waktu & Tarikh Diskaun Tol Krismas 2025
Diskaun tol sebanyak 50% akan diberikan selama dua hari, iaitu:
- Mulai 23 Disember 2025 (Selasa), 12:01 pagi
- Hingga 24 Disember 2025 (Rabu), 11:59 malam

Siapa Yang Layak Terima Diskaun Tol Ini?
Diskaun tol Krismas 2025 ini diberikan kepada:
- Kenderaan persendirian Kelas 1
- Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang
Namun begitu, terdapat pengecualian bagi plaza tol tertentu, iaitu plaza tol pintu masuk sempadan negara :
- Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar
- Plaza Tol Tanjung Kupang
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA)
Selain daripada plaza tol ini, semua plaza tol lain di lebuh raya bertol terlibat dalam pelaksanaan diskaun.


Cara Dapatkan Diskaun Tol 50% Sempena Krismas 2025
Ikuti panduan berikut untuk menikmati tawaran diskaun tol 50% di Lebuhraya PLUS sempena musim perayaan ini.
Bagi pengguna Touch ’n Go
- Sila pastikan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan untuk transaksi yang lebih lancar
- Pastikan masuk & keluar guna lorong Touch ’n Go seperti biasa
- Sentuh kad Touch ’n Go di lorong tol untuk rekod perjalanan yang lengkap
- Sila periksa status kad Touch ’n Go dengan Touch ’n Go Sdn Bhd untuk pastikan kad Touch ’n Go masih aktif dan tidak luput Tarikh
Bagi pengguna SmartTAG
- Sila pastikan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan untuk transaksi yang lebih lancar
- Pastikan masuk dan keluar guna lorong SmartTAG seperti biasa
- Pastikan kad Touch ’n Go dimasukkan ke dalam peranti SmartTAG
- Pastikan peranti SmartTAG mempunyai bateri
- Pastikan peranti SmartTAG diletakkan di posisi yang betul
Bagi pengguna RFID
- Sila pastikan baki e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan untuk transaksi yang lebih lancar
- Pastikan masuk dan keluar guna lorong RFID seperti biasa untuk rekod perjalanan

Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA melalui Aplikasi PLUS dan pandulah secara berhemah.
Guna Aplikasi LLM Untuk Info Trafik Terkini
Pengguna lebuh raya digalakkan untuk menggunakan aplikasi berikut:
- TuJu Highway Navigation App (LLM)
- Aplikasi MyPLUS-TTA
Selain itu, status trafik terkini juga dikemas kini secara berkala melalui:
- Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia
- X (Twitter): @LLMtrafik
- TikTok: @llmtrafik
Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dibuat melalui Pusat Pengurusan Trafik LLM di 1-800-88-7752.
KKR menasihatkan semua pengguna supaya:
- Memandu dengan berhemah
- Mematuhi had laju dan peraturan jalan raya
- Berehat jika letih atau mengantuk
Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Maklumat Lanjut & FAQ
Ia adalah potongan 50% kadar tol yang diberikan kepada pengguna lebuh raya sempena sambutan Hari Krismas 2025.
Pelaksanaan diskaun ini adalah pada ketetapan berikut:
Mulai 23 Disember 2025 (Selasa), 12:01 pagi hingga 24 Disember 2025 (Rabu), 11:59 malam
Diskaun diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.
Tidak. Diskaun tidak diberikan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).
Tidak perlu. Diskaun tol Krismas 2025 akan diberikan secara automatik kepada kenderaan yang layak di plaza tol terlibat.
Ya. Kerajaan menanggung kos pampasan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Pengguna boleh menyemak melalui:
Aplikasi TuJu LLM
MyPLUS-TTA
Media sosial rasmi LLM
Talian bantuan 1-800-88-7752




