Hari Wesak 2024 & Tarikh Cuti Umum Malaysia

Hari Wesak atau Vesak Day merupakan hari terpenting dalam kalendar Buddha yang melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha.

Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Wesak di Malaysia dan cuti umum bagi negeri-negeri.

Asal Usul Hari Wesak

Menurut sumber, perkataan ‘Wesak’ atau ‘Vesak’ adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha.

Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha, iaitu nama bulan di dalam kalendar Hindu yang menandakan masuknya bulan ke-5.

Hari Wesak ialah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia dan perayaan ini biasanya jatuh sekitar bulan April dan Mei.

Keputusan untuk menyelaraskan sambutan Hari Wesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat melalui persidangan pertama World Fellowship of Buddhist yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950.

Fakta Sambutan Wesak

Hari Wesak menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya (Parinirvana).

Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat , Kelantan

Tiga patung Buddha terletak di Tumpat, Kelantan iaitu patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok.

Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Cuti Hari Wesak 2024

Tarikh Hari Wesak 2024 jatuh pada 22 Mei (Rabu).

Ianya merupakan cuti umum bagi SEMUA NEGERI di Malaysia.

Di Malaysia, Vesak Day telah diumumkan sebagai cuti umum berkuat kuasa tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961.

Sila rujuk kalendar kuda di bawah untuk memudahkan anda merancang cuti pada tarikh ini:

Perayaan ini mungkin disambut berbeza-beza di setiap negara di dunia.

Di Malaysia, lazimnya para penganut Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.

Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan berkumpul dan berarak sambil membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.

Walau apa pun cara sambutan mereka, Vesak Day di Malaysia khususnya merupakan masa untuk semua penganut Buddha menyerlahkan serta meraikan nilai-nilai asas seperti toleransi, kasih sayang dan khidmat kepada manusia seperti yang terkandung dalam kehidupan dan ajaran Buddha.