Hari Raya Haji (Aidiladha) bagi tahun 2027 di Malaysia dijangka jatuh pada 17 Mei 2027 (Hari Isnin).
Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidil Fitri. Ia disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.
Tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2027
Menurut kalendar / Takwim Islam oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2026 adalah pada 10 Zulhijjah 1448H, iaitu bersamaan dengan 17 Mei 2027 (Hari Isnin).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Nantikan pengumuman tarikh rasmi Hari Raya Haji 2027 yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri
Cuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.
Manakala bagi hari kedua Raya Korban ini, cuti kelepasan am negeri di berikan kepada dua negeri sahaja iaitu:
- Kedah
- Perlis
Cuti kelepasan am persekutuan bagi hari kedua Raya Korban pula diberikan kepada:
- Kelantan
- Terengganu
Ini bermaksud, hanya 4 negeri ini sahaja yang mempunyai cuti umum untuk hari kedua Raya Korban.
Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:

Kami sertakan juga kalendar bulan Mei tahun 2027 di bawah untuk rujukan anda:

Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Aidiladha 2027
Tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hari Raya Aidiladha dijangka pada 17 Mei 2027 (Isnin).
Untuk maklumat cuti tambahan dalam Takwim Persekolahan KPM, boleh lihat dalam jadua cuti perayaan yang telah disediakan KPM di bawah:


Ringkasan Cuti Tambahan KPM Sempena Hari Raya Korban 2027:
- Kumpulan A (Kedah): Mendapat 3 hari cuti tambahan pada 16 Mei (Ahad), 18 Mei (Selasa), dan 19 Mei (Rabu).
- Kumpulan A (Kelantan & Terengganu): Mendapat 2 hari cuti tambahan pada 16 Mei (Ahad) dan 19 Mei (Rabu) (Isnin & Selasa adalah Cuti Umum).
- Kumpulan B (KL, Selangor, Johor, dll): Mendapat 2 hari cuti tambahan pada 18 Mei (Selasa) dan 19 Mei (Rabu) (Isnin adalah Cuti Umum).
Semua sekolah di seluruh Malaysia cuti berturut-turut dari 16 atau 17 Mei hingga 19 Mei 2027, menjadikannya cuti panjang sebelum bersambung ke Hari Wesak pada 20 Mei (Khamis).
Peristiwa Korban
Cuti Raya Haji / Aidil Adha ini juga digelar sebagai Hari Raya Korban di Malaysia.
Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.
Namun dengan izin Allah, sembelihan tersebut telah bertukar kepada seekor kibas.
Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Dengan Hari Raya Aidil Fitri Di Malaysia
Di Malaysia, Hari Raya Aidil Adha tidaklah semeriah Hari Raya Aidil Fitri kecuali di beberapa negeri seperti Kedah.
Berbeza dengan Solat Sunat Aidil Fitri, pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Adalah disunatkan makan selepas solat Sunat Aidil Adha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Soalan Lazim Cuti Raya Haji 2027
Hari Raya Haji (10 Zulhijah 1448H) dijangka jatuh pada 17 Mei 2027 (Hari Isnin) bagi seluruh Malaysia.
Negeri Kelantan dan Terengganu mendapat cuti umum rasmi selama dua hari iaitu pada 17 Mei (Isnin) dan 18 Mei 2027 (Selasa). Bagi negeri Kedah dan Perlis, hari Selasa juga merupakan cuti umum negeri mereka. Negeri-negeri lain hanya bercuti pada hari Isnin sahaja.
Ya. Walaupun hari Selasa dan Rabu bukan cuti umum di sesetengah negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan Cuti Tambahan KPM. Ini bermakna semua sekolah di seluruh Malaysia tetap bercuti dari hari Isnin hingga Rabu (17–19 Mei).
Pekerja sektor swasta di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu layak mendapat cuti sekiranya syarikat mereka mengiktiraf cuti negeri tersebut sebagai cuti berbayar. Bagi negeri-negeri lain, hari Selasa adalah hari bekerja biasa untuk sektor swasta melainkan majikan meluluskan permohonan cuti tahunan anda.