Hari Wilayah Persekutuan 2027: Tarikh Cuti & Negeri Terlibat

Hari Wilayah Persekutuan 2027 akan disambut pada 1 Februari 2027 dan merupakan cuti umum bagi tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu WP Labuan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. Untuk mengetahui senarai cuti 2027 dan hari kelepasan am negeri, sila rujuk  www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Hari Wilayah Persekutuan disambut bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia pada 1 Februari 1974.

Selepas itu, Labuan (1984) dan Putrajaya (2001) turut diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan, dan kini ketiga-tiganya menyambut hari tersebut secara serentak.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa Itu Hari Wilayah Persekutuan?

Hari Wilayah Persekutuan adalah hari kelepasan am yang disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan tiga kawasan di Malaysia sebagai Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

Sambutan ini menandakan detik bersejarah apabila kawasan-kawasan ini diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan secara terus bagi tujuan pembangunan pusat pentadbiran, ekonomi, dan strategik negara.

Sejarahnya bermula apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pertama pada tahun 1974 selepas dipisahkan daripada negeri Selangor.

Langkah ini kemudiannya diikuti oleh Labuan (daripada Sabah) pada tahun 1984, dan Putrajaya (daripada Selangor) pada tahun 2001.

Setiap tahun, hari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti acara sukan, pameran kebudayaan, dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran oleh Yang di-Pertuan Agong kepada individu yang telah banyak berjasa kepada wilayah-wilayah tersebut

Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung.

Labuan pula diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 1984.

Ini diikuti dengan pengisytiharan, Putrajaya secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan ketiga pada 1 Februari 2001.

Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya.

Menurut Profesor Dr Zaid Ahmad dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), penyatuan tiga wilayah itu juga dilihat penting dalam merangsang perpaduan dan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tarikh Hari Wilayah 2027

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan diraikan pada 1 Februari setiap tahun dan ia merupakan Hari Kelepasan Am (Cuti Umum) bagi 3 buah wilayah tersebut iaitu:

  • WP Kuala Lumpur
  • WP Labuan
  • WP Putrajaya

Bagi tahun 2027, ia jatuh pada hari Isnin seperti dalam kalendar di bawah:

 Hari Wilayah Persekutuan

MUAT TURUN KALENDAR CUTI & HARI KELEPASAN AM 2027

Anda boleh muat turun kalendar cuti 2027 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2027:

Tema & Logo Sambutan Hari Wilayah 2027

Setakat ini, tema dan logo rasmi bagi Hari Wilayah Persekutuan 2027 belum dilancarkan secara rasmi oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Biasanya, pengumuman mengenai tema dan logo hanya akan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menjelang penghujung bulan Januari atau beberapa minggu sebelum sambutan pada 1 Februari.

Rujuk Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan untuk info terkini di pautan berikut: https://www.jwp.gov.my/

Soalan Lazim Hari Wilayah Persekutuan 2027

Bilakah Hari Wilayah Persekutuan 2027 disambut?

Hari Wilayah Persekutuan 2027 akan disambut pada hari Isnin, 1 Februari 2027.

Negeri manakah yang terlibat dengan cuti Hari Wilayah?

Cuti ini hanya terpakai di tiga wilayah sahaja iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, atau Pulau Pinang tidak mendapat cuti ini (kecuali jika bekerja di syarikat yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan).

Adakah Hari Wilayah dikira sebagai cuti wajib bagi sektor swasta?

Mengikut Akta Kerja 1955, Hari Wilayah Persekutuan adalah salah satu daripada hari kelepasan am yang boleh diwartakan sebagai cuti berbayar bagi pekerja di wilayah berkenaan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada polisi syarikat masing-masing sama ada memilihnya sebagai salah satu cuti wajib atau tidak.

Adakah Hari Wilayah Persekutuan 2027 merupakan cuti umum?

Ya. Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti umum rasmi. Bagaimanapun, ia hanya terpakai untuk tiga Wilayah Persekutuan sahaja iaitu:
– Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
– Wilayah Persekutuan Putrajaya
– Wilayah Persekutuan Labuan

Apakah acara atau aktiviti lazim yang diadakan sempena sambutan ini?

Secara tradisinya, Jabatan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan pelbagai program sepanjang bulan Februari seperti perarakan kebudayaan, pertunjukan bunga api, karnival jualan rakyat, acara sukan komuniti, serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP).