Good Friday 2026 jatuh pada 3 April 2026, hari Jumaat. Ia adalah perayaan masyarakat Kristian dan merupakan hari cuti umum di negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Untuk mengetahui senarai cuti 2026 dan hari kelepasan am negeri, sila rujuk www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Good Friday menurut ajaran Kristian adalah hari memperingati penyaliban dan kematian Jesus di atas pergunungan Calvary.
Rujuk info penuh cuti Good Friday dan negeri yang bercuti di bawah.
Apa Itu Good Friday?
Good Friday (atau Jumaat Agung) adalah hari keagamaan yang sangat penting bagi penganut Kristian untuk memperingati penyaliban dan kematian Jesus Christ di Bukit Calvary.
Di Malaysia, ia merupakan cuti umum rasmi di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung Malaysia, ia bukanlah cuti umum (kecuali bagi penjawat awam kelahiran Sabah/Sarawak/Labuan yang boleh memohon cuti tanpa rekod).
Di Sabah dan Sarawak, hari ini sangat penting kerana ramai penduduk di sana beragama Kristian. Oleh itu, kerajaan negeri menetapkannya sebagai cuti umum bagi menghormati pegangan agama mereka.
Pada hari ini, suasana biasanya lebih tenang; orang ramai akan ke gereja untuk bersembahyang, ada yang berpuasa, dan mereka melakukan upacara “Jalan Salib” untuk mengenang kembali penderitaan Jesus.
Berbeza dengan sambutan Krismas yang meriah dengan hiasan dan muzik, Good Friday disambut dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan.
Gereja selalunya tidak diletakkan hiasan berwarna-warni, malah ada yang menutup salib dengan kain gelap sebagai tanda berkabung sebelum mereka merayakan kegembiraan Hari Easter (Ahad Paskah) dua hari kemudian.
Tarikh Cuti Good Friday 2026
Hari ini merupakan hari cuti umum bagi Sabah dan Sarawak bersempena Good Friday dan untuk tahun 2026, ia jatuh pada 3 April 2026 (Jumaat).
Ia merupakan cuti kelepasan am bagi negeri berikut:
- Sabah
- Sarawak
Rujuk jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2026 di bawah:

Berikut dikongsikan juga kalendar kuda untuk memudahkan anda melihat tarikh cuti tersebut dan merancang cuti bagi bulan yang berkenaan.

MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2026 & HARI KELEPASAN AM 2026
Anda boleh muat turun kalendar cuti 2026 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2026:
Cuti Panjang Hujung Minggu 2026
Memandangkan Good Friday 2026 jatuh pada hari Jumaat, warga Sabah dan Sarawak akan menikmati “Long Weekend” (Cuti Hujung Minggu Panjang) selama 3 hari.
Pada tahun 2026, terdapat sekurang-kurangnya 8 hujung minggu panjang (long weekends) yang melibatkan cuti umum pada hari Jumaat atau Isnin.
Berikut adalah senarai cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 di Malaysia:

Soalan Lazim Cuti Good Friday 2026
3 April 2026 (Jumaat).
Hanya Sabah dan Sarawak sahaja bercuti pada hari Good Friday.
Ini adalah kerana faktor demografi di mana Sabah dan Sarawak mempunyai populasi penganut Kristian yang besar. Pengiktirafan ini mencerminkan kepelbagaian budaya dan toleransi agama yang tinggi di Borneo.
Boleh. Penjawat awam yang beragama Kristian dan berasal dari Sabah, Sarawak, atau Labuan yang bertugas di Semenanjung boleh memohon Cuti Tanpa Rekod (CTR) selama satu hari untuk menyambut Good Friday, tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Di Sabah dan Sarawak, semua sekolah akan ditutup kerana ia adalah cuti umum negeri. Di negeri-negeri lain, sekolah beroperasi seperti biasa kecuali jika ada pengumuman khas daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Tidak. Oleh kerana Good Friday sememangnya jatuh pada hari Jumaat setiap tahun, ia tidak akan membawa kepada cuti penggantian pada hari Isnin (kecuali jika ada cuti umum lain yang bertindih pada hari Sabtu/Ahad di minggu yang sama).
– Good Friday: Memperingati penyaliban dan kematian Jesus Christ. Suasananya lebih tenang, reflektif, dan penuh kesedihan.
– Hari Easter (Ahad Paskah): Disambut dua hari selepas Good Friday untuk meraikan kebangkitan Jesus Christ. Suasananya lebih meriah dan penuh kegembiraan.