Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Keluarga dan Sahabat Tercinta

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

HAPPY BIRTHDAY! INI CONTOH UCAPAN HARI LAHIR UNTUK KELUARGA & SAHABAT

Boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti ada di kalangan keluarga, serta rakan terdekat yang meraikan Hari Lahir. Sempena hari istimewa buat mereka, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Lahir atau Sanah Helwah buat yang menyambut Hari Kelahiran.

Dengan adanya aplikasi komunikasi di hujung jari seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya, ia sememangnya memudahkan kita untuk menyampaikan ucapan hari lahir.

Selain mengucapkan terus, ucapan hari lahir juga sering digunakan sebagai caption di Instagram, Facebook serta status Whatsapp. Setahun sekalilah katakan!

Jom kita lihat beberapa ucapan Hari Lahir menarik yang anda boleh nukilkan di media sosial atau kad ucapan!

Baca Juga : Contoh Ucapan Hari Bapa Buat Ayahanda Tersayang

ucapan hari lahir
Sumber gambar: StockPhoto

Contoh Ucapan Hari Lahir atau Hari Jadi Yang Simple Tapi Menarik

Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.

Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.

Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu

Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan. Aamiin Ya Rabbal’alamiin

Happy Birthday! Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.

Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

Selamat Hari Lahir Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

ucapan hari lahir

Selamat Hari Lahir Mak…Terima Kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah kami. Sungguh besar jasa dan pengorbanan Mak dalam membesarkan kami. Moga Allah ganjarkan syurga buat Mak.

Selamat Hari Lahir Ibu. Terima kasih atas kehidupan yang diberikan kepada anakmu ini. Semoga Allah balas segala budi baik Ibu dan kurniakan mak syurga tertinggi. Aminn

Selamat Hari Lahir buat Bonda yang dicintai. Tiada apa yang dapat menggantikan tempat Bonda dalam hati anakanda. Semoga Allah merahmati Bonda selamanya dan dikurniakan rahmat di sisi-Nya. Aminn  

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah

ucapan hari lahir

Happy Birthday Abah!!! Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah. Terima kasih atas segala didikanmu dalam membesarkan kami. Saya Sayang Abah.

Selamat Hari Lahir Ayah, terima kasih atas segala pengorbanan dan kudrat yang dicurahkan untuk membesarkan kami. Semoga Allah memberkati usia Ayah dan sentiasa berikan Ayah kesihatan yang baik.

Semoga ucapan Hari Lahir yang anda sampaikan dapat menyerikan lagi Hari Ulangtahun keluarga atau kenalan yang menyambutnya.

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Anak

ucapan hari lahir

Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.

Sanah Helwah anakku! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.

Selamat Hari Lahir buat anakku yang tersayang. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah

Happy Birthday puteriku! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu dan dikurniakan keberkatan dalam gandaan umur yang diberi Allah.

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Pasangan

Selamat Hari Lahir buat isteriku yang tercinta! Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah serta lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..

Happy Birthday My Hubby! Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya, dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang Abang telah berikan selama ini. Semoga dimakbulkan segala doa abang. I Love You!

Semoga koleksi ucapan Hari Lahir ini dapat menyerikan lagi sambutan ulangtahun rakan dan keluarga yang tersayang.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut