Bagaimanakah cara hilangkan gastrik dengan lebih berkesan dan selamat yang boleh anda buat di rumah?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan selamat dan praktikal di rumah.
Baca juga:
Apa itu gastrik?
Gastritis atau gastrik merupakan penyakit yang menjejaskan lapisan perut, yang biasanya ditandai dengan keradangan pada dinding perut.
Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (gastritis akut) atau beransur-ansur (gastritis kronik) sepanjang masa.
Gejala gastritis boleh berbeza mengikut individu, namun kebanyakannya akan mengalami simptom seperti sakit perut, kembung, mual, muntah, senak, dan hilang selera makan.
Cara hilangkan gastrik dengan ubat
Dua jenis ubat gastrik yang biasa digunakan adalah Magnesium trisilicate (MMT) dan Omerazole.
Magnesium trisilicate (MMT) ia adalah sejenis ubat antasid yang digunakan untuk meneutralkan asid dalam perut.
Terdapat jenis ubat yang lain seperti aluminum hydroxide, magnesium hydroxide. Anda juga boleh mengambil gaviscon yang fungsinya sama seperti ubat MMT
Manakala Omerazole pula merupakan ubat gastrik jenis proton pump inhibitor. Ia boleh merencat penghasilan asid dalam perut.
Ubat yang sama jenis dengan ubat Omeprazole adalah Pantoprazole dan Esomeprazole.
Cara hilangkan gastrik semulajadi
Kadang kala gastrik menyerang tanpa diduga lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai kekangan untuk pergi ke hospital atau klinik bagi mendapatkan ubat dan rawatan.
Jangan risau, anda boleh cuba cara hilangkan gastrik seperti yang disenaraikan dibawah ini untuk membantu melegakan gastrik anda.
Namun begitu, perlu diingatkan, tidak semua kaedah ini berkesan untuk setiap individu.
1. Ekstrak Bawang Putih
Kajian mendapati ekstrak bawang putih dapat dijadikan cara hilangkan gastrik kerana ia mampu mengurangkan gejala gastrik.
Anda boleh cuba menggunakan cara ini sebagai salah satu ikhtiar; hancurkan bawang putih atau cincangkan halus-halus dan makan.
Anda juga boleh memakannya bersama buah kurma dan makanan lain sekiranya tidak begitu gemar dengan bawang putih.
2. Makanan Mengandungi Probiotik
Seperti yang kita ketahui, probiotik adalah sejenis bakteria baik yang sangat baik untuk sistem penghadaman kita.
Bukan itu sahaja, ia juga sangat bermanfaat untuk membantu menghentikan penyebaran bakteria (H.pylori) sekaligus membantu mengurangkan gejala gastrik.
Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt, kimchi, sauerkraut dan sebagainya.
3. Minyak Pati
Minyak pati seperti serai, pudina, halia, bunga cengkih dan sebagainya didapati dapat membantu meningkatkan daya tahan diri terhadap H.pylori dan juga melegakan simptom gastrik yang anda alami.
NOTA: Minyak pati bukan untuk dimakan, sebaliknya ia boleh dicairkan (diluted) dengan minyak pembawa untuk disapu pada kulit. Ia juga boleh digunakan dalam peresap (diffuser).
4. Teh Hijau + Madu
Cara hilangkan gastrik yang seterusnya adalah dengan teh hijau dan madu. Pengambilan teh hijau bersama madu manuka dipercayai mampu melegakan simptom gastrik dan membantu melawan jangkitan bakteria di saluran pencernaan.
Anda boleh cuba minum satu gelas teh hijau bersama madu manuka ketika sedang gastrik.
5. Jangan Makan Berlebihan
Elakkan makan secara berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala gastrik yang anda alami. Makan makanan yang berkhasiat dan secukupnya sahaja.
Jangan makan terlalu kenyang terutamanya ketika sedang mengalami gastrik.
6. Elakkan Makan Makanan Yang Menyebabkan Keradangan
Untuk mengurangkan dan melegakan gastrik yang anda alami, anda perlu elakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan keradangan seperti, makanan yang telah diproses, gluten, makanan berasid, bergula, pedas dan juga alkohol.
7. Berhenti Merokok & Pengambilan Ubat Tahan Sakit Berlebihan
Ketika sedang mengalami gastrik, jangan merokok! Adalah lebih baik sekiranya anda hentikan segera tabiat merokok tersebut selamanya demi kesihatan anda.
Selain itu, elakkan mengambil ubat tahan sakit secara tidak terkawal dan berlebihan.
Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan kanser perut serta membuatkan gastrik anda bertambah teruk.
8. Jangan Stress/Tekanan
Bertenang, dan jangan stress. Stress boleh menambahkan lagi rasa sakit dan gejala gastrik anda.
Cara hilangkan gastrik ketika stress anda boleh cuba urut perlahan-lahan bahagian tubuh yang dirasakan sakit dan segera berikhtiar untuk melegakannya.
Bila perlu jumpa doktor
Sekiranya anda mengalami gejala gastritis atau mempunyai sebarang kebimbangan mengenai penyakit ini, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan punca gastrik dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Gastric: Causes, Management & Prevention. Regency Specialist Hospital
- Gastric Problem: How To Cure Gastric Problem Permanently? Rela Hospital