BUDI95 – Cara Isi RON95 Petronas Shell BHP Caltex Petron

budi95 ron95 subsidi petrol
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat. Semakan kelayakan dan baki kuota bulanan boleh dibuat melalui laman web rasmi BUDI MADANI RON95 di https://www.budi95.gov.my/

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.

“Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmennya untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan mengurangkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai 30 September 2025. Bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

“Semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik. Inilah keistimewaan hanya untuk rakyat Malaysia,” kata YAB Dato’ Seri Anwar.

“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan prasarana asas,” tambah beliau.

Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.

Siling kelayakan bulanan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99% pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi jumlah ini.

budi95 harga subsidi petrol ron95
budi95 harga subsidi petrol ron95
Sumber: Kementerian Kewangan

Apa Itu BUDI95?

BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.

Siapa Layak Dapat BUDI95?

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
  • Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

budi95 harga subsidi petrol ron95

Harga RON95 Tanpa Subsidi

Bagi golongan tidak layak (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Cara Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Harga Subsidi Baharu RM1.99 / Seliter

Macam Mana Cara Nak Tebus Harga RM1.99 Seliter?

  • Senang je – tiada pendaftaran diperlukan.
  • Hanya perlu sahkan MyKad di pam minyak atau terminal kedai stesen minyak.
  • Terminal MyKad akan disediakan di semua stesen minyak.
  • Ada juga pilihan digital: e-dompet TNG dan aplikasi minyak seperti Setel (Petronas) & CaltexGo.

Langkah-langkah Buat Bayaran BUDI95

  1. Jika bayar di pam, hanya perlu masukkan IC di mesin semasa buat bayaran untuk BUDI95 BUDI95 – caranya sama saja sama ada anda mengisi di stesen minyak Petronas, Shell, BHP, Caltex, BHP
  2. Setelah MyKad disahkan & selesai bayar, terus isi minyak seperti biasa.
  3. Selesai isi minyak, jangan lupa semak resit untuk baki kuota (sebulan 300 liter)
  4. Kalau bayar di kaunter, hanya beri MyKad kepada cashier untuk diimbas supaya dapat harga RM1.99/liter

Nak lagi mudah, jom tengok je video di bawah ni:

CARA ISI PETROL RON95 – PETRONAS

CARA ISI PETROL RON95 – SHELL

@rr_pakapoint

CARA MUDAH UNTUK CLAIM PEMBAYARAN SUBSIDI. Boleh melalui TNG e-wallet, MYKAD dan TUNAI, atau MYKAD dan KREDIT CARD/DEBIT. #shell #budi95 #caraclaimsubsidi #shellrrpakapoint Credit to : insta shell_malaysia

♬ original sound – Shell RR_PakaPoint⛽️ – Shell RR_PakaPoint⛽️

CARA ISI PETROL RON95 – PETRON

@petron_nkve

💙❤️ Di Petron, semuanya lebih mudah – tak perlu aplikasi pun! ✨ Bermula 𝟯𝟬 𝙎𝙚𝙥𝙩𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧 𝟮𝟬𝟮𝟱, isi minyak lebih mudah dengan 3 langkah sahaja: 𝙎𝙚𝙢𝙖𝙠, 𝘽𝙖𝙮𝙖𝙧 & 𝙄𝙨𝙞 terus di terminal pam⛽ Tak perlu tunggu lama, hanya dengan Petron🚗 #PetronMalaysia

♬ original sound – Petron NKVE KL Bound – Petron NKVE KL Bound
CARA ISI PETROL RON95 – BHP
@bhpetrol

Leona dah share cara nak check kelayakan BUDI95 ⛽️ So, korang boleh standby untuk check kelayakan korang dekat link dibawah pada 25 September 2025 nanti! 🔗 www.budimadani.gov.my Tak tahu macam nak check BUDI95? Jangan risau, staff stesen BHPetrol sedia membantu 🤝😉 #BHPETROL #SAPOTLOKAL #THERIGHTCHOICE #BUDIMADANIRON95 #MANFAATRAKYAT @Leona 🦋

♬ original sound – BHPetrol.Malaysia – BHPetrol.Malaysia

CARA ISI PETROL RON95 – CALTEX

@caltextamancempaka

📲 Tak perlu risau beratur untuk subsidi! Dengan Caltex GO Apps anda boleh: ✅ Check Kelayakan,Pam & bayar terus dari telefon ✅ Kumpul mata & tebus ganjaran ✅ Nikmati 500 point bonus hari jadi 🎂 👉 Daftar Caltex Go Apps Sekarang ❤️. #fyp #CaltexGO #subsidi #subsidipetrol #kumpulpoint

♬ original sound – Caltex Taman Cempaka – Caltex Taman Cempaka

*Kerajaan MADANI menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95. Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA atau Penghargaan SARA, kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi.

Jadual Pelaksanaan BUDI95

  • Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Anda boleh semak status BUDI95 mulai 25 September 2025.

ron95 turun mulai 30 september 2025
budi95 harga subsidi petrol ron95

Soalan Lazim (FAQ) Subsidi Petrol RON95

Berikut serba sedikit Soalan Lazim (FAQ) mengenai proses, kaedah semakan dan perkara-perkara berkaitan BUDI95.

budi95
budi95
budi95 budi madani ron95 petrol subsidi
budi95 budi madani ron95 petrol subsidi
budi95 budi madani ron95 petrol subsidi
budi95 budi madani ron95 petrol subsidi
Apa itu BUDI95 @ BUDI MADANI RON95?

BUDI95 ialah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia bermula 30 September 2025. Melalui skim ini, rakyat Malaysia terus nikmati petrol RON95 dengan harga rendah RM1.99 seliter. Layari https://www.budi95.gov.my/

Berapa harga petrol RON95 dengan BUDI MADANI RON95?

RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia dengan lesen memandu aktif.

Berapa kali boleh isi minyak RON95 sehari?

Tiada had. Namun, setiap pemegang MyKad diberi kuota siling 300L sebulan.

Berapa kuota subsidi BUDI MADANI RON95 yang diberi?

Sehingga 300 liter sebulan untuk setiap individu.

Perlu daftar untuk dapatkan subsidi petrol RON95 melalui skim BUDI95?

Tak perlu daftar. Hanya sahkan MyKad semasa isi minyak.

Bagaimana dengan pemandu e-hailing?

Mereka diberi pengecualian dan boleh mohon kuota tambahan.

Berapa harga untuk bukan warganegara?

Anggaran sekitar RM2.60 seliter (tanpa subsidi).

Bila mula dilaksanakan?

Pelaksanaan penuh bermula 30 September 2025 untuk semua rakyat Malaysia, selepas fasa awal untuk anggota keselamatan pada 27 September dan penerima STR pada 28 September.

Macam mana cara nak beli minyak petrol BUDI95 guna IC di Shell?

1. Jika bayar di pam, hanya perlu masukkan IC di mesin semasa buat bayaran untuk BUDI95
2. Setelah MyKad disahkan & selesai bayar, terus isi minyak seperti biasa.
3. Selesai isi minyak, jangan lupa semak resit untuk baki kuota (sebulan 300 liter)
4. Kalau bayar di kaunter, hanya beri MyKad kepada cashier untuk diimbas supaya dapat harga RM1.99/liter

Macam mana cara nak beli minyak petrol guna IC di Petronas?

1. Jika bayar di pam, hanya perlu masukkan IC di mesin semasa buat bayaran untuk BUDI95
2. Setelah MyKad disahkan & selesai bayar, terus isi minyak seperti biasa.
3. Selesai isi minyak, jangan lupa semak resit untuk baki kuota (sebulan 300 liter)
4. Kalau bayar di kaunter, hanya beri MyKad kepada cashier untuk diimbas supaya dapat harga RM1.99/liter

Cara semak kelayakan BUDI95?

Layari https://www.budi95.gov.my/ untuk semak kelayakan BUDI95 dan baki kuota bulanan anda. Anda juga boleh check di apps Setel, TNG, CaltexGo dan lain-lain aplikasi stesen minyak.

Cara semak baki kuota BUDI95?

Layari https://www.budi95.gov.my/ untuk semak baki kuota bulanan anda. Anda juga boleh check di apps Setel, TNG, CaltexGo dan lain-lain aplikasi stesen minyak.

Cara semak BUDI95 TNG?

Menggunakan TNG eWallet memudahkan anda menuntut subsidi tanpa perlu bawa MyKad setiap kali isi minyak. Berikut langkah-langkahnya:
1. Muat turun & daftar TNG eWallet
Muat turun dari App Store, Google Play, atau Huawei AppGallery
Daftar nombor telefon & cipta PIN 6 digit
2. Sahkan akaun (KYC)
Pergi ke ProfileAccount Verification
Pilih ID: MyKad
Imbas MyKad & ambil swafoto
Hantar untuk pengesahan (kebiasaannya segera, maksimum 7 hari bekerja)
3. Akses ikon BUDI95
Buka aplikasi → pilih ikon BUDI95 di skrin utama
Jika tiada, cari “BUDI95” di ruangan Search
4. Beli minyak RON95
Berhenti di pam petrol
Pilih Buy Fuel di BUDI95
Sahkan lokasi stesen, masukkan nombor pam & jumlah minyak
Bayar menggunakan baki eWallet dan dapatkan QR code
Tip: Pastikan baki eWallet mencukupi. Anda boleh tambah nilai melalui DuitNow Transfer – malah ada kempen ganjaran jika tambah nilai buat kali pertama.
5. Aktifkan pam minyak
Jika baki jumlah minyak tidak digunakan, lebihan akan dipulangkan terus ke eWallet dalam beberapa minit
Tunjuk QR code di kaunter untuk diimbas oleh staf
Pam akan dibuka untuk anda isi minyak.

Baca juga: MySubsidi KPDN – Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut