Buah Kundur Penyejuk Badan, 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

Musim panas, semua orang mencari sesuatu yang boleh menyegarkan badan seperti buah kundur.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah kundur dan resepi ringkas untuk anda cuba di rumah.

Baca juga:

Apa itu buah kundur?

Buah kundur (Benincasa hispida) adalah sejenis buah-buahan yang hampir sama dengan timun. Ia memiliki bentuk yang menyerupai tembikai dengan isi buah yang tebal, berwarna putih dan berair.

Buah ini boleh dijadikan jus dan pati buah serta diolah sebagai hidangan sayuran yang bernutrisi.

Buah ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan telah ditanam di seluruh dunia. Justeru itu tidak hairanlah namanya berbeza-beza dikenali oleh setiap masyarakat tempatan .

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram buah kundur mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Air: 96.1 g
  • Tenaga: 13 kcal
  • Protein: 0.4 g
  • Jumlah lemak: 0.2 g
  • Karbohidrat: 3 g
  • Serat: 2.9 g
  • Kalsium: 19 mg
  • Zat besi: 0.4 mg
  • Magnesium: 10 mg
  • Fosforus: 19 mg
  • Kalium: 6 mg
  • Natrium: 111 mg
  • Zink: 0.6 1mg
  • Kuprum: 0.023 mg
  • Mangan: 0.058 mg
  • Selenium: 0.2
  • Thiamin: 0.04 mg
  • Riboflavin: 0.11 mg
  • Niasin: 0.4 mg
  • Vitamin C: 12 mg

Nama-nama buah kundur

Negara Nama Panggilan
United KingdomWax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy Melon, Green Pumpkin, White Gourd, Hairy Melon
JepunTo’gan
ChinaDoggua
ThailandTak, Faeng, Mafaeng
Perancis Courge a la cire, Courge cireuse
FilipinaKondol, Tabiyan
IndonesiaKundo, Kundur, Bligo
IndiaPetha, pethakaddu, Torobot, Neer poosanikai, Boodida Gummadikaaya, Kumbalanga

Khasiat dan manfaat

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Boleh meningkatkan penghadaman

Kandungan buah kundur yang rendah kalori, berserat tinggi, dan tinggi air boleh meningkatkan proses penghadaman seseorang dan menggalakkan berat badan yang lebih sihat.

Hal ini disyorkan sendiri oleh para saintis yang mencadangkan orang ramai untuk makan makanan yang rendah kalori, padat air kerana ia boleh membantu bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

Serat dalam kundur juga adalah sejenis serat yang baik kerana ia boleh membentuk bahan seperti gel dalam usus anda untuk membantu menggalakkan rasa kenyang lebih lama.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2, memasukkan kundur dalam diet pemakanan harian berpotensi untuk menurunkan paras gula dalam darah anda.

Seperti yang anda tahu, kundur merupakan salah satu dari keluarga sayur-sayuran Cucurbitaceae yang juga membekalkan serat yang sihat, karoten (pro-vitamin A), kalium, dan vitamin C.

3. Menyihatkan mata

Mata merupakan salah satu organ yang sangat penting kepada manusia. Namun menurut kajian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masyarakat di Asia Tenggara sangat tinggi peratusan mereka yang menghidap miopio (rabun jauh).

Justeru itu, menjaga pemakanan yang sihat sejak dari kecil adalah sangat disarankan. Misalnya memasukkan kundur dalam diet pemakanan harian boleh meningkatkan penglihatan seseorang kerana ia mengandungi tinggi riboflavin dan vitamin C.

Bahkan antioksidan yang lain juga membantu dalam mengurangkan degenerasi makula dan tekanan oksidatif pada retina.

4. Merawat ulser

Ulser peptik adalah adalah satu keadaan bila mana selaput dalam perut atau susu kecil mengalami luka sehingga mengakibatkan kesan kaustik oleh asid hidroklorik dan pepsin di dalam lumen.

Kundur dikatakan boleh mencegah ulser peptik dengan memusnahkan radikal bebas dan mengurangkan keasidan perut.

5. Meningkatkan sistem imun

Kandungan vitamin C dalam kundur mampu untuk menggalakkan pengeluaran sel darah putih yang seterusnya menjadi penggalak kepada benteng sistem imun lebih kuat.

Bahkan kandungan zink yang banyak di dalamnya juga adalah salah satu dari elemen penting dalam pembentukan imuniti tubuh.

Cara pengunaan buah kundur

Buah kundur boleh dijadikan bahan dalam pelbagai masakan dan minuman. Berikut adalah antara hidangan yang popular boleh anda cuba.

1. Buah kundur tumis air

Bahan-bahannya:

  • 1 biji buah kundur (dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris memanjang)
  • Sedikit udang kering
  • 2 kiubu pati ikan bilis
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang kering dan goreng seketika sehingga berubah warnanya.
  3. Masukkan air secukupnya dan tambahkan juga buah kundur yang sudah dipotong.
  4. Masukkan kuib pati ikan bilis dan hirisan cili merah.
  5. Buah kundur tumis air sedia untuk dihidangkan.

2. Air teh kundur

Bahan-bahannya:

  • 100g buah kundur
  • 150g gula perang
  • 50g gula batu
  • 300g air

Cara penyediaanya:

  1. Basuh buah kundur, buang biji dan hiris harus supaya lebih mudah cari apabila dimasak.
  2. Masukkan buah ke dalam periuk, diikuti air dan gula batu. Renehkan dengan api yang perlahan selama 1 jam.
  3. Buah ini akan mengeluarkan jusnya dan cair semasa proses memasak tersebut.
  4. Sesekali kacau untuk mengelakkan ia dari melekat pada periuk.
  5. Tapiskan pati air rebusan itu tadi ke dalam bekas.
  6. Untuk menghidangkannya kepasa tetamu, anda boleh ambil sesudu pati kundur (mengikut tahap manis sendiri) tadi dan bancuh bersama air.

Tips pilih buah kundur

Untuk pilih buah kundur yang segar dan manis anda boleh cari yang mempunyai kulit hijau tua atau hijau pucat, isinya perlu padat dan berat ketika dipegang.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah kundur ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What Is Ash Gourd? All You Need to Know. Healthline
  2. Kundur (Benincasa hispida). Universiti Putra Malaysia
Bantu kami share artikel ini: