Barakallah Fii Umrik (بَارَكَ اللَّهُ فِي عُمْرِك): Maksud & Contoh Penggunaannya

Barakallah Fii Umrik (بَارَكَ اللَّهُ فِي عُمْرِك): Maksud & Contoh Penggunaannya

Frasa ini adalah merupakan ucapan yang bermakna untuk individu yang meraikan hari kelahiran mereka. Ucapan ini bukan sekadar kata-kata biasa, tetapi mengandungi makna yang baik dan penuh keberkatan.

Berikut dikongsikan maksud serta beberapa info mengenai ucapan ini. 

BACA JUGA: Tabarakallah (تَبَارَكَ اللَّهُ ): Maksud, Bila Perlu Diucapkan & Kebaikan

Maksud Barakallah Fii Umrik

Barakallah Fii Umrik (بَارَكَ اللَّهُ فِي عُمْرِك): Maksud & Contoh Penggunaannya

“Barakallah fii Umrik” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “Semoga Allah memberkati umurmu”. 

Dengan mengucapkan perkataan ini kepada individu yang meraikan hari lahirnya, secara tidak langsung kita mendoakan serta mengharapkan agar Allah SWT memberkati umurnya. 

Dalam Islam, umur adalah anugerah yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya. Meraikan hari kelahiran bukan hanya tentang kek, hadiah atau majlis sambutan semata-mata tetapi juga merupakan masa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan sepanjang hidup. 

Hukum Mengucapkannya

Mengucapkan ‘Barakallah fii umrik’ dan ucapan selamat seumpamanya kepada orang yang sedang meraikan hari kelahiran hukumnya adalah dibolehkan. 

Manakala, hukum menyambut hari kelahiran adalah HARUS. Tetapi sambutan tersebut mestilah mengikuti syariat islam seperti tidak ada pencampuran lelaki perempuan, perbuatan lagha dan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.

Kepentingan 

Ucapan ini mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur atas umur yang telah diberikan Allah SWT. Setiap tahun yang kita jalani adalah kesempatan baru untuk memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada-Nya, dan berbuat kebaikan.

Selain itu, ucapan ini juga mencerminkan nilai-nilai kasih sayang dalam Islam. Ketika seseorang mengucapkan perkataan ini kepada orang lain, ia adalah satu bentuk doa dan harapan yang baik. Walaupun nampak seperti kecil, namun ia dapat mengeratkan hubungan sesama Muslim. 

BACA JUGA: Sanah Helwa (سنة حلوة): Maksud, Idea Meraikan Hari Jadi Mengikut Syariat Islam

Contoh Penggunaannya

Barakallah Fii Umrik (بَارَكَ اللَّهُ فِي عُمْرِك): Maksud & Contoh Penggunaannya

1. Barakallah fii umrik, (nama). Semoga Allah sentiasa mengurniakan yang baik-baik untukmu. Doaku selalu menyertaimu.

2. Barakallah fi umrik, anak umi yang disayangi. Semoga diberikan kesihatan, panjang umur, dan dilimpahi rezeki yang berkat.

3. Barakallah fii umrik, umi/abah. Semoga Allah memberkati umi/abah selalu!

4. Untuk sahabatku tercinta, barakallah fi umrik. Semoga dengan bertambahnya usiamu, bertambah juga keimanan, rezeki dan kesihatanmu. Amin!

5. Selamat menyambut hari lahir yang ke-20 . Semoga dikurniakan kejayaan dunia akhir Barakallah fii umrik!

RUJUKAN: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!