Senarai Laman Web Bahan Bacaan Digital

bacaan bahan digital
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam era serba canggih pada hari ini, buku juga mengalami evolusi tersendiri apabila selain buku fizikal, buku juga boleh dibaca secara atas talian atau dipanggil bahan bacaan digital.

Bahan bacaan ini boleh diakses menerusi internet malah boleh dimuat turun dan dibaca oleh orang awam.

Mengenai Bahan Bacaan Digital

Bahan bacaan digital ialah bahan bacaan yang boleh diakses secara atas talian dan boleh dibuka menggunakan peranti seperti telefon bimbit pintar atau komputer.

Ianya sering dipanggil sebagai ebook yang kini telah menjadi satu alternatif kepada buku fizikal hasil daripada kemajuan teknologi pada hari ini.

Dengan ada bahan bacaan yang berasaskan digital ini, orang ramai kini boleh membudayakan amalan membaca di mana-mana tanpa perlu membawa buku fizikal.

Kelebihan Bahan Bacaan Digital

Antara kelebihan bahan bacaan ini kepada orang ramai adalah seperti berikut:

  • Mudah diakses pada bila-bila masa dan dimana juga.
  • Mengurangkan penggunaan kertas yang boleh memberikan kesan kepada alam sekitar.
  • Lebih murah berbanding buku fizikal.
  • Boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
  • Meningkatkan pembudayaan amalan membaca.

Senarai Laman Web Bahan Bacaan Digital

Senarai laman web yang menawarkan bahan bacaan ini adalah seperti berikut:

  • U-pustaka
  • e-sentral
  • PPAS elib
  • Book Capital
  • Wonderbuuk

1- U-pustaka

U-pustaka merupakan portal yang menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, surat khabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.

Portal ini diwujudkan hasil daripada inovasi dariapada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti:

  • Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)
  • Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka)
  • Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL)
  • Perpustakaan INTAN Bukit Kiara
  • Perpustakaan Negeri Sabah (PNS)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANs)

Keahlian u-Pustaka adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengguna boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.

Tambahan pula, pengguna boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.

Pengguna boleh mengakses portal ini di pautan https://www.u-library.gov.my/.

2- e-sentral

e-sentral merupakan laman web yang menawarkan pembelian ebook secara atas talian bagi buku-buku yang terpilih.

Antara genre buku yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Novel Remaja
  • Motivasi
  • Perakaunan & Perangkaan
  • Akademik Am
  • Resepi & Memasak
  • Komik
  • Perniagaan & Pengurusan
  • Kejuruteraan & IT
  • Kanak-kanak
  • Klasik
  • Keluarga & Kesihatan
  • Kewangan & Pelaburan
  • Novel Umum

Selain membeli buku, laman web ini juga menawarkan ebook terpilih yang boleh diakses secara percuma oleh pengguna.

Pengguna boleh mengakses laman web ini di pautan https://www.e-sentral.com/.

3- PPAS elib

PPAS elib merupakan portal perpustakaan digital yang dimiliki oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Pengguna berpeluang untuk memuat turun bahan bacaan daripada perpustakaan digital ini secara percuma.

Portal in menawarkan peminjaman pelbagai jenis genre buku seperti:

  • Novel Am
  • Sejarah
  • Perundangan
  • Autobiografi & Biografi
  • Kanak-kanak
  • Akademik Am
  • Novel Remaja
  • Motivasi
  • Keluarga & Kesihatan
  • Agama
  • Gaya Hidup
  • Mandarin
  • Islam
  • Politik
  • Kejuruteraan & IT
  • Masakan & Resipi
  • Pengurusan & Perniagaan
  • Pelancongan
  • Bahasa & Kamus
  • Keibubapaan
  • Perkahwinan
  • Sains
  • Romantik
  • Seni & Grafik
  • Kewangan & Pelaburan
  • Komik

Portal perpustakaan ini boleh diakses menerusi pautan https://ppas.elib.com.my/.

4- Book Capital

Book Capital merupakan laman web yang dimiliki oleh Perbadanan Kota Buku, iaitu sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelbagai genre buku ditawarkan kepada orang ramai yang boleh diakses secara online seperti:

  • Akademik dan pendidikan
  • Fiksyen
  • Bukan Fiksyen
  • Buku kanak-kanak
  • Agama dan kerohanian
  • Profesional dan teknikal

Orang ramai boleh mengakses laman web ini di pautan https://www.bookcapital.com.my/.

5- Wonderbuuk

Wonderbuuk merupakan laman web yang khusus menawarkan kandungan akademik seperti buku dalam pelbagai bidang dan kategori, termasuk e-buku dan buku bercetak.

Portal ini juga menawarkan platform untuk membeli dan menjual e-buku serta menawarkan ebook terpilih dengan percuma.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan https://www.wonderbuuk.com.

Sumber: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 

Baca juga: Rekod Bacaan Buku SPLKPM: Format & Cara Menulis Sinopsis

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut