Vaksin TDAP: Usaha KKM Kurangkan Risiko Jangkitan Pertussis

Dalam usaha untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit Pertussis, melaui tahun hadapan ibu-ibu hamil di Malaysia akan diberikan vaksin TDAP secara percuma.

Bukan sahaja warganegara Malaysia, tetapi ibu hamil yang bukan warganegara juga akan turut mendapat manfaat ini.

Vaksin TDAP atau nama penuhnya tetanus-difteria-pertussis diberikan bertujuan untk mengurangkan risiko jangkitan pertussis terutamanya dalam kalangan bayi berumu bawah 5 bulan.

Apa itu pertussis?

Batuk kokol vaksin tdap

Batuk kokol (pertusis) adalah jangkitan saluran pernafasan yang sangat menular.

Dalam kebanyakan orang, ia ditandakan dengan batuk yang teruk diikuti dengan sedutan nafas yang berbunyi seperti “whoop.”

Sebelum vaksin TDAP dibangunkan, batuk kokol dianggap sebagai penyakit kanak-kanak. Kini batuk kokol terutamanya memberi kesan kepada kanak-kanak yang terlalu muda untuk menyelesaikan dos penuh vaksinasi dan remaja serta orang dewasa yang imunitinya telah berkurangan.

Kematian yang berkaitan dengan batuk kokol jarang berlaku tetapi paling kerap berlaku pada bayi.

Itulah sebabnya sangat penting untuk wanita hamil – dan orang lain yang akan mempunyai hubungan rapat dengan bayi – untuk diberi vaksin terhadap batuk kokol.

Sumber: portal Myheath KKM

Artikel berkaitan: Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera

Statistik pertussis

Bagi tahun ini sehingga 23 Ogos, sebanyak 343 kes Pertussis dengan 24 kematian dilaporkan di Malaysia.

Daripada 343 kes pertussis yang dilaporkan itu, 173 kes atau 50.4 peratus merupakan bayi berumur bawah lima bulan, manakala daripada 24 kematian yang dicatatkan pula, 19 kematian adalah dalam kalangan bayi berumur bawah lima bulan.

Pemberian vaksin Tdap kepada ibu hamil akan memberi perlindungan kepada bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi berkenaan lahir dan dapat melengkapkan tiga dos primer vaksin pertussis pada umur lima bulan, melalui antibodi dari tubuh ibu yang dipindahkan kepada bayi dari dalam kandungan.

Bayi berumur bawah lima bulan merupakan kumpulan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis dan mengalami komplikasi penyakit berkenaan seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian.

Cara pelaksanaan program vaksin TDAP

Apabila dilaksanakan kelak, semua ibu hamil, termasuk bukan warganegara, akan diberikan satu dos vaksin Tdap ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) secara percuma di fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

Pelaksanaannya akan bermula setelah urusan perolehan bekalan vaksin Tdap selesai dan bekalan vaksin berkenaan tersedia di kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Inisiatif baharu ini melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta bagi meliputi anggaran 500,000 ibu hamil.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!