Ubat Kuat Lelaki : Jenis dan Kesan Sampingan Produk

Ubat Kuat Lelaki : Jenis dan Kesan Sampingan Produk Tak Berdaftar

Sehingga ke hari ini, masalah kesihatan lelaki seperti mati pucuk, lemah libido atau ejakulasi pramatang masih menjadi isu yang memalukan bagi sesetengah rakyat Malaysia.

Oleh sebab itulah tidak ramai pesakit yang mendapatkan rawatan secara sah daripada doktor.

Sebaliknya, mereka akan mencari produk kuat lelaki yang tidak berdaftar yang terjual secara berleluasa di atas talian, kedai jamu dan kedai runcit.

Pengunaan produk atau ubat kuat lelaki tidak berdaftar boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini pada kesihatan pengguna.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Contoh Jenis Ubat Kuat Lelaki

Ubat Kuat Lelaki Berdaftar KKM

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis ubat perangsang seks yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan KKM bagi merawat masalah mati pucuk.

Ubat berdaftar ini akan mempunyai nombor pendaftaran ‘MAL’ serta label hologram pada bungkusannya.

Antara contoh bahan aktif ubat perangsang seks yang popular adalah sildenafil, tadalafil serta vardenafil pada dos yang terkawal.

Penggunaan ubat ini adalah dibenarkan setelah mendapatkan nasihat daripada doktor berdaftar.

Selain itu, ubat ini juga boleh didapati di farmasi dengan preskripsi doktor.

ubat kuat lelaki

 Herba Kuat Lelaki

Sesetengah herba juga dikatakan dapat membantu para lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin.

 Ginseng Merah

Herba yang juga dikenali sebagai Ginseng Panax ini dipercayai bagus untuk tenaga batin lelaki. Ini disebabkan oleh kandungan afrodisiak yang bertindak sebagai antioksidan serta akan merembeskan oksida nitrik (NO) bagi menyelesaikan masalah seksual lelaki.

Herba ini turut dikatakan mampu menyelesaikan masalah seperti ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta beberapa masalah lain yang berkaitan.

Namun, ia boleh mungkin berbahaya sekiranya diambil bersama kafein, alkohol serta ubatan tertentu.

Oleh itu, anda perlulah berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

ubat kuat lelaki

Maca

Herba yang berasal dari Peru ini tinggi dengan kandungan magnesium, asid amino, iodin dan zat besi. Dalam satu kajian makmal, ia juga dikatakan dapat meningkatkan prestasi seksual. Namun, kajian lanjut masih diperlukan bagi mengesahkan dakwaan ini.

Tambahan pula, ia juga dikatakan berbahaya sekiranya diambil dengan banyak oleh pesakit tekanan darah tinggi kerana ia boleh meningkatkan lagi tekanan darah.

Yohimbine

herba yang berasal dari Afrika Barat ini telah digunakan secara tradisional bagi menyelesaikan masalah tenaga batin lelaki.

Dalam satu kajian, 14% lelaku yang mengambil herba ini berjaya meningkatkan kemampuan seksual. Ini mungkin disebabkan oleh kombinasa antara herba ini dengan L-arginine iaitu asid amino yang berfungsi mengembangkan salur darah pada zakar lelaki.

Ginkgo Biloba

Herba ini biasanya diambil sebagai supplemen bagi membaiki peredaran darah, meningkatkan tahap oksigen ke otak dan membantu fokus.

Namun, sebuah kajian mendakwa bahawa 76% lelaki yang mengambil herba ini mampu menyelesaikan masalah ejakulasi serta ereksi yang dialami.

Ia juga boleh didapati di pasaran dalam bentuk kapsul serta boleh diambil sebagai ubatan harian.

Namun, herba ini boleh mengakibatkan risiko pendarahan yang sukar dihentikan bagi sesetengah individu.

Jadi, anda perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

Kesan Sampingan Produk Kuat Lelaki Tidak Berdaftar

Dengan perkembangan teknologi, produk kuat lelaki bukan sahaja dijual dalam bentuk ubat, malah juga dijual dalam bentuk kopi pracampur, gula-gula atau minuman kesihatan.

Namun, pengguna dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan ubat kuat lelaki atau produk berkaitan yang tidak berdaftar dengan PKBD, KKM kerana ia boleh mendedahkan seseorang kepada kesan sampingan seperti berikut :

  • Tekanan darah rendah sehingga membuat seseorang rasa ingin pitam
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang
  • Gangguan mental
  • Masalah kardiovaskular atau mati mengejut akibat tindakbalas ubatan lain bersama nitrat.
  • Masalah penghadaman serta cirit-birit
  • Ruam
  • Jangkitan saluran kencing
  • Masalah hidung tersumbat dan gangguan pernafasan
  • Penglihatan terjejas

Senarai Ubat Kuat Lelaki Yang Mengandungi Bahan Terlarang

Setakat ini, terdapat lebih 100 ubat kuat lelaki yang dikenalpasti mengandungi bahan terlarang iaitu :

  1. Africa Black Ant – Sildenafil
  2. Astirex Kapsul – Sildenafil
  3. Bazooka Capsule – Sildenafil
  4. Bio Rehmannia Plus 400mg Capsule- Tadalafil
  5. Black Night Liquid – Sildenafil
  6. Blue Moon Capsule – Tadalafil
  7. Bull’s Genital Capsule – Sildenafil
  8. Caligula Kapsul – Sildenafil
  9. California Pure Candy B+ Complex Superfood –Fountain of Youth – Tadalafil
  10. Cobra X Kapsul – Sildenafil
  11. Emperor Huang Saint Medicine 800mg Capsule – Sildenafil
  12. Epimedi Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
  13. Etumax Eurycoma Active Plus – Sildenafil
  14. Extremen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
  15. Extrewomen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
  16. G-Bucks Kapsul/Ti. 054316531 – Sildenafil
  17. Goji Plus Capsule – Sildenafil analog
  18. Han Palace Capsule – Acetildenafil (Sidenafil Analogue)
  19. Hard Ten Days Capsule – Sildenafil
  20. Honeymoon – Sildenafil
  21. Hot Pens Kapsul – Sildenafil Citrate 
  22. Hwang Di Shen Dan Capsule- Sildenafil Citrate
  23. Ibnu Sinna- Sildenafil & Tadalafil
  24. Jak-Ban – Sildenafil
  25. Jamu Amat Kwat – Sildenafil
  26. Jamu Gali-Gali – Sildenafil
  27. Jamu Tongkat Sakti – Sildenafil & Dipyrone
  28. Jinglida- Aminotadalafil
  29. Kopi Rempah Cap Luwak Cobra- Sildenafil & Paracetamol
  30. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate
  31. Lak Gao 69 Capsule – Sildenafil Citrate
  32. Lavaria Capsule- Sildenafil Citrate
  33. Lion Gold APA Kapsul- Sildenafil Citrate
  34. LiLong Tablet – Sildenafil
  35. Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg – Sildenafil
  36. Maca Gold – Sildenafil Citrate
  37. Majun Mutiara- Dexamethasone
  38. Manovel Tablet – Tadalafil
  39. Mantap Bro 1500mgSachet – Tadalafil
  40. Maxman IV Capsule 3800mg – Sildenafil
  41. Mentalk Candy – Aminotadalafil
  42. Men’s King 6800mg Tablet – Sildenafil
  43. ML Spring Return Capsule – Sildenafil analog
  44. ML Viraken Capsule – Sildenafil analog
  45. Neo Tasama Kapsul – Sildenafil citrate
  46. N-Hanz – Homosildenafil
  47. Obat Kuat dan Tahan Lama Khusus untuk Pria Dewasa Tablet – Sildenafil citrate
  48. Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli – Sildenafil
  49. Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong- Sildenafil & Paracetamol
  50. Okura Capsule – Sildenafil Citrate
  51. Ubat tahan lama di farmasi One Night 8 Times – Sildenafil
  52. On Man Pembangkit Tenaga Perkasa – Sildenafil
  53. Otot Madu Capsule – Sildenafil Citrate
  54. Oyster Plus Cap – Tadalafil
  55. Performa Epimedium – Tadalafil
  56. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil
  57. Power V Gold Tongkat + Ginseng – Sildenafil
  58. Primalex Capsule – Sildenafil analog
  59. Pronoton Capsule – Sildenafil
  60. Qian Jin Tri-Improve Capsule For Men – Methoxsalen
  61. Qmax Capsule 350mg – Acetildenafil (Sildenafil analogue)
  62. Raja Kuat Kapsul Sildenafil Citrate
  63. Rama Stamin Capsule- Sildenafil Citrate
  64. Ramuan Asy-Syifa – Sildenafil, Paracetamol
  65. Red Ant Cream Tablet – Sildenafil
  66. Sanomale Capsule – Tadalafil
  67. Santi Bovine Penis Erecting Cap – Sildenafil
  68. Ubat tahan lama di farmasi Sari Madu Capsule – Sildenafil Citrate
  69. Serbuk Super Ramuan Tiongkok Kuno Chang San – Sildenafil
  70. Shuyga – Sildenafil & Paracetamol
  71. Singha – Obat Kuat & Tahan Lama – Sildenafil
  72. Spartan Capsule – Sildenafil analog
  73. Sta-lions – Sildenafil
  74. Stanson Capsule – Tadalafil & Sildenafil Citrate
  75. Sunny Zang Wang Xiong Ying Dan Pil – Sildenafil Citrate
  76. Sunny Zang Wang Xiong Ying Kapsul – Sildenafil Citrate
  77. Super Jitu 5x Lebih Dahsyat Capsule – Sildenafil
  78. Tanduk Rusa Kuat Lelaki Kapsul – Sildenafil  Citrate
  79. Teraza Capsule – Sildenafil Citrate
  80. Tien Sun Pu Sen Jew Nang – Sildenafil & Tadalafil
  81. Topmen Capsule – Sildenafil
  82. Top One Capsule – Sildenafil Citrate
  83. Trebest Plus Capsule – Acetildenafil (Sildenafil analog)
  84. Tribulus Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
  85. Tripoten Capsule – Tadalafil
  86. Urat Dewa – Sildenafil
  87. Urat Madu Kapsul – Sildenafil Citrate
  88. Urat Perkasa Kapsul – Sildenafil Citrate
  89. Urat Kuda – Sildenafil & Paracetamol
  90. Urat Madu Black- Sildenafil & Paracetamol
  91. Vegrow Cap – Sildenafil analog
  92. Venergy Capsule 300mg – Sildenafil analog
  93. Vitality Hotton Candy – Aminotadalafil
  94. Ubat tahan lama di farmasi Viagra X – Sildenafil
  95. Vimax Capsule – Sildenafil
  96. VNG400 – Sildenafil analog
  97. Xiangganglilongshengwe Tablet – Sildenafil
  98. Xianggang Tianlong Shengwu 2000mg – Sildenafil
  99. Xing Shi Jiu Cairan Obat Dalam – Sildenafil Citrate
  100. XP Tongkat Ali Supreme Capsule – Tadalafil
  101. X-Stive Men 400M 400mg Capsule – Sildenafil
  102. Zhong Hua Niu Bian – Asildinafil, Tadalafil, Glibenclamide & Sibutramine
  103. Zumex Capsule – Tadalafil

Nasihat Untuk Pengguna

  • Elakkan merawat sendiri dengan membeli atau mencuba produk kesihatan daripada doktor.
  • Sekiranya anda alami mati pucuk atau masalah kesihatan lain, dapatkan nasihat daripada doktor.
  • Elakkan membeli produk ubat kuat lelaki atau produk perangsang seks secara dalam talian, penjual individu serta kedai yang tidak berlesen. Dapatkannya dari premis atau peniaga sah (klinik, farmasi) sahaja.
  • Produk yang dijual di luar klinik atau farmasi dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana ia tiada jaminan kepada pengguna dari segi kualiti serta keselamatan.
  • Pastikan ubat yang dibeli terjual dalam bungkusan asal, elakkan membeli ubat sekiranya ia telah dibuka atau dibungkus semula.

Demi menjamin kesihatan dan mengelakkan masalah lelaki menjadi semakin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor berdaftar sahaja.

Ini juga penting bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan yang tak diingini.

Anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) yang disediakan khas oleh BPF, KKM untuk sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan di talian bebas tol  1-800-88-6722.

Sumber : KKM, Hellodoktor (1), (2)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!