Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 & Penutupan Operasi
PENGUMUMAN TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2023 & WAKTU OPERASI / PENUTUPAN SEMPENA AIDILFITRI – POS MALAYSIA
Tentunya menjelang Hari Raya kali ini, lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk Hari Raya Aidiladha secara online.
Menjelang Hari Raya, peniaga juga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan dan barangan yang dibeli oleh pelanggan.
Namun, perlu diingat bahawa terdapat tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh Akhir Pos Barang Yang Disyorkan Untuk Memastikan Barang Tiba Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023
Notis Tarikh Akhir Penghantaran Sebelum Hari Raya dan Penutupan Operasi Sempena Cuti Aidilfitri POS Malaysia Berhad telah dikemas kini!
Untuk makluman, mel dan kad ucapan dari semua negeri boleh dipos sebelum 17 April 2023.
Manakala bagi Poslaju, bungkusan yang dipos dari dalam Semenanjung Malaysia ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia boleh dihantar selewat-lewatnya pada 19 April 2023 (Rabu).
Bagi bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia, tarikh akhir penghantaran adalah pada 18 April 2023 (Selasa), dan begitu juga sebaliknya.
Pengeposan masih lagi diterima sehingga 21 April 2023 (Jumaat), dan penghantaran akan dilakukan apabila Pos Malaysia kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2023 (Selasa) di semua lokasi.
SILA RUJUK JADUAL DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI TARIKH AKHIR BAGI PENGHANTARAN POS SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2023 DAN PENUTUPAN OPERASI AIDILFITRI POS MALAYSIA
Rancanglah tarikh penghantaran barangan dan urusan anda agar selamat sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Selain maklumat daripada POS Malaysia Berhad ini, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi syarikat kurier lain melalui media sosial mereka, iaitu seperti pautan yang berikut:
- Ninjavan : https://www.facebook.com/ninjavanmalaysia/
- J&T : https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia
- Poslaju / Pos Malaysia Berhad : https://www.facebook.com/posmalaysia
TARIKH AKHIR POS BARANG BAGI SYARIKAT KURIER LAIN DI MALAYSIA
Berikut adalah senarai penuh cut-off date bagi syarikat kurier J&T, NinjaVan, DHL, CityLink dan Shopee Express.
Baca juga:
- Shopee Express Malaysia: Check Tracking No & Harga Penghantaran
- Senarai Harga Postage J&T Terkini Dan Semakan No Tracking
- Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat
Semoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.
Jadi, jangan tunggu saat akhir ya.
Hantar bungkusan anda segera sebelum tarikh yang dinyatakan ok!