Tanda Serangan Jantung Yang Tak Patut Diabaikan

tanda serangan jantung
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah tanda serangan jantung yang selalu orang terlepas pandang atau ambil sambil lewa tetapi memberi kesan cukup serius kepada kesihatan diri?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang tanda serangan jantung yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu serangan jantung?

tanda serangan jantung
Apollo Hospitals Blog – AskApollo

Serangan jantung, juga dikenali sebagai infark miokard atau serangan koroner terjadi ketika ketika aliran darah ke jantung terhambat atau terputus secara tiba-tiba.

Ini sering disebabkan oleh penyumbatan pembuluh darah koroner yang membawa darah ke jantung.

Penyebab umum penyumbatan tersebut adalah pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain di dalam pembuluh darah koroner, yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah.

Jenis serangan jantung

Terdapat beberapa jenis serangan jantung bermula dari peringkat yang ringan sehingga yang paling teruk.

1. Coronary Artery Spasm (CAS)

CAS atau dikenali sebagai Variant angina atau Prinzmetal angina akan menyebabkan anda berasa sesak dada dalam tempoh masa tertentu.

Puncanya adalah kerana penyempitan pembuluh darah di sekitar jantung. Punca lain yang memberi risiko kepada CAS termasuklah seperti tabiat merokok, stres berlebihan, penggunaan ubat-ubatan stimulan, dan terdedah dengan suhu yang sejuk.

CAS dikategorikan sebagai jenis serangan jantung umum yang ringan. Kebanyakkan mereka yang menghidap CAS tidak mempunyai risiko umum penyakit jantung seperti tekanan darah dan kadar kolesterol yang tinggi.

2. ST Segment Elevation Myocardial Infarction (STEMI)

STEMI adalah salah satu dari jenis serangan jantung yang paling kerap terjadi dan serius kerana darah terhalang untuk mengalir ke jantung dalam waktu yang lama.

Puncanya adalah penyumbatan secara penuh dan menyeluruh pada arteri koroner yang dapat mengakibatkan kerosakan pada sebahagian besar bahagian jantung.

Punca lain yang memberi risiko kepada STEMI termasuklah seperti hipertensi, tabiat merokok, diabetes, obesiti, genetik keluarga, dan kadar lemak dalam darah yang tinggi.

3. Non-ST Segment Elevation Myocardial Infarction (NSTEMI)

NSTEMI seakan-akan hampir sama dengan STEMI. Bezanya, NSTEMI tidak berlaku penyumbatan sepenuhnya dalam arteri dan oksigen dalam darah masih ada.

Tetapi NSTEMI juga dapat merosakkan pembuluh darah secara kekal.

Punca yang memberi risiko kepada NSTEMI termasuklah seperti tabiat merokok, diabetes, kurangnya aktiviti fizikalal, genetik keluarga, dan kadar kolesterol yang tinggi.

Tanda serangan jantung

Setiap orang mungkin akan mengalami tanda serangan jantung yang berbeza-beza. Namun antara tanda serangan jantung yang paling umum adalah seperti berikut:

1. Sakit dada

Sakit dada adalah tanda serangan jantung yang paling biasa namun tidak ramai yang menyedarinya.

Sakit dada yang memicu kepada serangan jantung biasanya akan memberi rasa berat, sesak atau tekanan di dada.

Namun sekiranya, sakit dada berlaku semasa anda melakukan senaman, tetapi hilang apabila anda berhenti, itu lebih cenderung ke arah simptom angina.

2. Sakit perut atau senak

Sakit perut atau rasa terbakar di dada atau perut boleh menjadi tanda serangan jantung atau masalah lain yang berkaitan jantung.

3. Berpeluh dingin

Berpeluh selepas keluar dari sauna, pergi ke gim, atau ketika cuaca panas adalah perkara normal kepada setiap orang.

Tetapi berpeluh dingin atau sejuk tanpa melakukan apa-apa aktiviti atau faktor cuaca yang panas, itu mungkin petanda amaran yang berbahaya kepada kesihatan jantung anda.

Mereka yang mengalaminya akan menyebabkan kulit berubah menjadi pucat atau biru dan disertai dengan rasa lemah.

4. Sakit kaki

Sekiranya anda mengalami kekejangan di betis semasa berjalan, mungkin ia adalah salah satu dari gejala PAD (Pripheral Artery Disease).

Ia paling biasa perlaku kepada golongan perokok dan orang yang menghidap diabetes.

5. Sakit lengan

Pasti anda tertanya-tanya apakah kaitan antara tanda serangan jantung dan sakit lengan.

Pasti ada kaitannya. Jika sakit anda turun ke bawah lengan, terutamanya lengan kiri, atau ke leher yang menjadikannya lebih berkemungkinan berkaitan jantung daripada senak.

Jika ia tidak hilang, atau jika anda tahu anda menghidap penyakit jantung dan telah menggunakan semburan GTN (glyceryl trinitrate) dua atau tiga kali tanpa kesan yang ketara, anda harus mendapatkan nasihat doktor.

6. Sukar bernafas dan pening

Jika anda berasa seperti baru sahaja berlari maraton, tetapi anda hanya menaiki tangga, itu mungkin tanda jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan.

Sesak nafas boleh berlaku dengan atau tanpa sakit dada, dan ia adalah tanda biasa serangan jantung senyap.

Ada kalanya simptom ini akan datang bersama rasa pening dan menyebabkan pengsan.

Walaupun ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, adalah lebih biasa bagi wanita untuk mengalami sesak nafas.

7. Keletihan yang melampau

Rasa letih sepanjang masa boleh menjadi gejala kegagalan jantung. Jika anda letih dan anda telah bekerja berjam-jam atau berjaga sehingga lewat, ia mungkin perkara yang normal.

Tetapi jika anda mula mengalami keletihan yang melampau dan gaya hidup anda tidak berubah, segeralah berkonsultasi dengan doktor untuk tindakan lanjut.

8. Mual atau muntah

Beberapa orang yang mengalami serangan jantung juga mengalami mual, muntah, atau berasa badan tidak sihat secara umum.

Individu yang berisiko terkena serangan

Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan risiko serangan jantung. Di mana sesetengahnya boleh dielakkan dan yang lain tidak boleh. Ia termasuklah seperti:

  • Cara hidup: Pilihan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, penggunaan dadah, tidak bersenam boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.

  • Jantina dan umur: Peluang untuk mendapat serangan jantung meningkat apabila usia juga meningkat.

  • Penyakit: Keadaan kesihatan terten tu juga boleh menegangkan jantung dan membawa kepada serangan jantung. Antaranya seperti tekanan darah tinggi, tabiat pemakanan yang tidak sihat, kencing manis, dan obesiti.

  • Sejarah kesihatan keluarga: Ada ahli keluarga yang menghidap sakit jantung.

  • Berat badan berlebihan atau obesiti: Berat badan yang berlebihan adalah satu lagi faktor risiko yang dikaitka dengan serangan jantung.

  • Etnik: Orang Asia Selatan lebih berisiko mendapatkan serangan jantung.

  • Kehamilan: Kehamilan dan serangan jantung ada kaitannya. Bahkan ia boleh berlaku semasa mengandung dan selepas bersalin.

  • Tekanan: Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan mengeluarkan hormon yang dipanggol kortisol. Dari semasa ke semasa, kortisol ini akan meningkatkan gula daran dan tekanan darah lalu merendahkan tahap HDL. Tekanan yang berterusan boleh menyebabkan arteri anda menjadi sempit dan mengubah cara pembekuan darah anda, meningkatkan risiko strok.

Bila perlu jumpa doktor

tanda serangan jantung

Segera berjumpa dengan doktor atau hubungi talian kecemasan 999 dengan segera untuk meminta ambulans, jika anda mengalami simptom serangan jantung yang teruk, semakin teruk atau rasa sakit yang lama daripada 10 minit.

Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Adalah lebih baik di peringkat awal, anda jumpa doktor dengan kerap untuk menguruskan kesihatan anda. 

Dokto boleh menguji faktor risiko penyakit jantung dan membantu anda mengambil langkah untuk mencegah serangan jantung dengan lebih awal.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tanda serangan jantung dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What is a heart attack? Heart Foundation
  2. Heart Attack Warning Signs Not to Ignore. Healthline
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut