15 Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu

kaki bengkak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda merasakan sering sakit dada namun tidak pasti sama ada anda mempunyai masalah jantung atau tidak?

Sebenarnya terdapat banyak tanda sakit jantung yang boleh dialami oleh pesakit.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Tanda Jantung Yang Sihat

Ciri-ciri jantung normal dan sihat adalah :

  • Bacaan degupan jantung adalah 60 -100 degupan per minit
  • Tekanan darah – 120/80 mmHg dan ke bawah
  • Pernafasan teratur dan mampu melakukan aktiviti seharian tanpa sebarang masalah.
  • Badan bertenaga dan boleh lakukan kegiatan rutin tanpa rasa penat berlebihan.
tanda sakit jantung

15 Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu

1. Pening Kepala

Walaupun pening kepala boleh berlaku disebabkan berdiri terlalu cepat atau tidak cukup makan, ia juga boleh terjadi akibat tekanan darah yang menurun secara mendadak disebabkan kegagalan jantung mengepam darah.

2. Sakit Betis

Sekiranya anda rasa kejang atau otot tertarik pada betis, ia mungkin menjadi petanda bagi masalah jantung.

Ia juga merupakan satu simptom yang umum bagi yang merokok atau penghidap diabetis.

3. Sakit Lengan

Selain betis, pesakit jantung juga boleh merasakan sakit pada lengan terutamanya lengan kiri.

Rasa sakit ini juga mungkin melarat sehingga ke tengkuk. Sekiranya rasa sakit ini berlarutan, anda perlulah dapatkan rawatan doktor segera.

4. Batuk Tidak Berhenti

Dalam kebanyakan kes, ia mungkin bukan tanda sakit jantung.

 Namun, sekiranya batuk keluar bersama mukus berwarna merah jambu atau putih, ia mungkin menjadi petanda jantung gagal mengepam darah.

5. Sakit di Bahagian Dada

Sakit dada atau rasa tidak selesa di bahagian dada merupakan tanda sakit jantung yang paling umum.

Ia mungkin disebabkan oleh arteri tersumbat atau masalah kesihatan lain disebabkan jantung.

Meskipun rasa sakit tersebut hanya berlaku beberapa minit, namun anda tidak boleh ambil ringan dan perlu berjumpa dengan doktor segera.

6. Rasa Sakit di Bahagian Perut

Masalah pada jantung juga boleh menyebabkan seseorang mengalami ketidakhadaman, loya atau pedih ulu hati.

Selain itu, sering muntah serta keracunan makanan juga boleh menjadi simptom kepada sakit jantung.

7. Anggota Badan Membengkak

Anggota badan terutamanya kaki, buku lali dan tangan boleh membengkak apabila jantung tidak mengepam darah pada kadar yang optimum.

Ini boleh mendorong darah untuk terkumpul di salur darah.

Pada masa yang sama, kegagalan jantung juga boleh menjejaskan organ lain seperti buah pinggang.

Disebabkan itu, tubuh sukar untuk mengeluarkan lebihan sodium serta air lalu menyebabkan pembengkakan.

tanda sakit jantung

8. Degupan Jantung Tak Teratur

Walaupun masalah ini merupakan simptom kepada penyakit lain, ia juga boleh menjadi gejala strok atau sakit jantung.

Sekiranya anda sering alami degupan jantung tidak teratur, anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan doktor secepatnya.

9. Berpeluh

Berpeluh dingin tanpa sebarang masalah kukuh adalah salah satu tanda sakit jantung. Sekiranya ia berlaku bersama simptom-simptom lain, sila berjumpa dengan doktor segera.

10. Berdengkur

Berdengkur mungkin perkara normal bagi seseorang yang alami sistem pernafasan. Namun begitu, ia juga mungkin disebabkan oleh apnea tidur kerana terdapat masalah pada fungsi jantung.

11. Mudah Rasa Letih

Jika anda merasakan mudah penat selepas melakukan aktiviti ringan atau sederhana, anda mungkin mengalami masalah berkaitan jantung.

Pakar jantung juga berpendapat gejala ini lebih membantu mereka untuk kenalpasti penyakit jantung berbanding rasa tidak selesa pada dada.

12. Struktur dan Warna Kulit Berubah

Seperti penyakit kencing manis, sakit jantung juga boleh membawa perubahan pada kulit.

Apabila kadar trigliserida dalam darah terlampau tinggi, warna serta struktur kulit akan terganggu terutamanya pada bahagian jari-jari tangan serta kaki.

13. Gusi Berdarah

Kajian perubatan juga mendapati pesakit jantung boleh menunjukkan gejala gusi berdarah, bengkak atau sakit.

Satu teori menunjukkan bahawa bakteria daripada gusi akan masuk ke salur darah dan menyebabkan radang pada organ jantung.

tanda sakit jantung

14. Kuku Bertompok

Dikenali sebagai endokarditis, tompokan kecil seperti warna darah ini boleh menjadi simptom kepada masalah keradangan pada dinding atau injap jantung.

Sila berjumpa doktor jika tompok kuku ini muncul tanpa mengalami kecederaan pada kuku tangan atau kaki.

15. Kerap Rasa Tercekik

Individu yang mengalami sakit jantung juga mungkin kerap kali mengalami rasa seperti tercekik.

Fenomena yang dikenali sebagai angina ini berlaku disebabkan oleh masalah pada sistem atau fungsi jantung.

Ia tidak boleh dipandang ringan. Anda perlulah rujuk pada pakar segera.

tanda sakit jantung

Sekiranya anda mengalami beberapa simptom seperti di atas, besar kemungkinan anda menghidap sakit jantung. Sila rujuk kepada doktor untuk dapatkan pemeriksaan rapi dan rawatan susulan.

Sumber : hellodoktor.com, British Heart Foundation

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut