UPBMG 2025 – Semakan Slip, Jadual Ujian & Contoh Soalan

semakan upbmg
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru atau UPBMG merupakan satu ujian yang baru diperkenalkan pada tahun 2022 dimana ujian ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Semakan Slip Pendaftaran UPBMG Tahun 2025 boleh dibuat bermula 10 pagi, 24 September 2025 melalui pautan rasmi https://mecea.mpm.edu.my/UPBMG-D

Sasaran utama bagi tahun 2022-2025 adalah calon yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar subjek tersebut di sekolah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang ujian ini.

Pengenalan UPBMG

Ujian ini telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk semua guru bahasa Melayu (BM) yang bertujuan untuk menghasilkan guru bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.

Calon UPBMG dipilih dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada guru opsyen atau guru bukan opsyen yang mana guru-guru ini adalah guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah KPM.

Berikut merupakan kumpulan sasaran bagi pelaksanaan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG):

  • Guru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah atas
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah rendah
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah kebangsaan
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Cina
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Tamil

Untuk mengetahui adakah anda diwajibkan menduduki UPBMG 2025, sila masukkan no. kad pengenalan dan semak nama anda di sini : http://apps.mpm.edu.my/

Matlamat & Objektif Pelaksanaan Ujian

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) diperkenalkan bagi mencapai matlamat dan objek berikut:

  1. Mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.
  2. Meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus.

Artikel menarik: Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Kandungan, Templat & Tips

Komponen Ujian UPBMG

Empat kemahiran yang diuji dalam Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru ialah:

  • Kemahiran Mendengar
  • Kemahiran Bertutur
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Menulis

Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.

Format UPBMG

Keempat-empat kemahiran di atas akan diuuji dalam Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) berdasarkan format dan kaedah berikut:

1. Kemahiran Mendengar

  • Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

2. Kemahiran Bertutur

  • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.
  • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.
  • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.

3. Kemahiran Membaca

  • Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

4. Kemahiran Menulis

  • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Pendaftaran & Semakan Slip Pendaftaran

Pendaftaran bagi tahun 2024 telah dibuka mulai 18 JUN SEHINGGA 8 OGOS 2025.

Sila rujuk Arahan dan Panduan UPBMG melalui lampiran di bawah:

Semakan Slip Pendaftaran UPBMG Tahun 2025 boleh dibuat bermula 10 pagi, 24 September 2025 melalui pautan rasmi https://mecea.mpm.edu.my/UPBMG-D

Mohon calon untuk membuat semakan menggunakan no kad pengenalan dan mencetak slip ini untuk dibawa semasa menduduki ujian.

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru upbmg

TARIKH PENTING UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG) TAHUN 2025

Bagi tahun 2025, Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  • TARIKH UJIAN
    • Ujian Membaca, Menulis dan Mendengar – 25 Oktober 2025
    • Ujian Bertutur – 10 hingga 13 November 2025
  • PENGUMUMAN KEPUTUSAN
    • 22 Disember 2025

JADUAL WAKTU UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG) TAHUN 2025

  • CALON UJIAN
    • Tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
    • Guru yang terpilih untuk menduduki UPBMG 2025 ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Untuk menyemak nama anda, sila masuk ke Sistem Pendaftaran UPBMG di portal MPM https://www.mpm.edu.my atau terus ke pautan pantas http://apps.mpm.edu.my/

Semakan Keputusan UPBMG 2025

Semakan Keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru Tahun bagi tahun 2025 boleh dibuat pada 22 Disember 2025 (Isnin).

Semakan boleh dibuat melalui langkah berikut :

  1. Semakan melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) : https://www.mpm.edu.my
  2. Laman Utama > Calon Peperiksaan > UPBMG > Semak Keputusan UPBMG

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian pembinaan dan Pengendalian Kompetensi di talian 03-612 61634 / 03-6012 617 45

ATAU

Sila e-mel pertanyaan anda ke [email protected]

Pertanyaan & Maklumat Lanjut UPBMG

Soalan Lazim UPBMG

Apa itu UPBMG?

UPBMG ialah singkatan kepada Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru.

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) ialah ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu guru yang mengajar Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada yang opsyen Bahasa Melayu ataupun bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 ialah guru yang bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM.

Siapa yang wajib menduduki UPBMG?

Semua guru opsyen selain Bahasa Melayu (contohnya guru Matematik, Sains, Sejarah dan lain-lain) yang mengajar Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah.

Mengapa ujian ini diwujudkan?

Ujian ini diwujudkan untuk memastikan semua guru yang mengajar Bahasa Melayu benar-benar menguasai bahasa tersebut dengan baik, sekaligus menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran murid.

Bagaimana format UPBMG?

UPBMG menguji empat kemahiran, iaitu kemahiran bertutur, membaca, menulis dan mendengar. Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM).

Apakah contoh soalan UPBMG?

Sila rujuk contoh soalan seperti berikut:contoh soalan upbmg 1

Bilakah tarikh ujian UPBMG 2025?

Ujian Membaca, Menulis dan Mendengar – 25 Oktober 2025
Ujian Bertutur – 10 hingga 13 November 2025

Sila rujuk jadual ujian di bawah:

Bilakah tarikh keputusan UPBMG 2025?

Keputusan akan diumumkan pada 22 Disember 2025 (Isnin)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG), sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut