Pendaftaran Sukarelawan SUKMA Selangor 2026

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PENDAFTARAN TERBUKA SUKARELAWAN SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026 – Rasmi, pendaftaran Sukarelawan SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 kini dibuka. Daftar sekarang! Scan QR atau lengkapkan butiran anda di pautan INI ! Layari www.selangor2026.com untuk maklumat lanjut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skop kerja dan tugasan bagi sukarelawan SUKMA 2026.

Apakah Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)?

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

SUKMA bukan sekadar acara sukan dwitahunan, tetapi medan perjuangan yang membentuk masa depan atlet muda negara. Di sinilah lahirnya juara, dan semangat juang disemai. Temasya ini bukan sekadar gelanggang sukan, tetapi medan menanam keyakinan, memupuk ketahanan rohani dan fizikal, serta membentuk insan berwibawa yang kelak akan mengharumkan nama Malaysia di persada sukan tanah air mahupun antarabangsa.

SUKMA merupakan temasya sukan peringkat kebangsaan terbesar negara yang menjadi medan pertemuan atlet-atlet muda terbaik dari dalam negara. Ia tidak hanya sekadar pertandingan, bahkan menjadi sebuah arena yang membentuk jati diri, disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan yang tinggi. Temasya ini turut menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk atlet, pegawai teknikal, pentadbir sukan, pengamal media, pencinta sukan tanah air serta rakan penaja yang komited menyokong pembangunan sukan negara.

Scan QR dalam poster di bawah atau terus ke pautan INI untuk mendaftar.

sukarelawan sukma selangor 2026

Pendaftaran Sukarelawan SUKMA Selangor 2026

Ayuh, Sukarelawan Selangor! Masanya Dah Tiba, Jom Sertai Sebagai Sukarelawan SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026!

Selepas 28 tahun (kali terakhir pada 1998), Selangor kembali menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar negara! Ini adalah peluang keemasan anda untuk mencurahkan bakti di 9 daerah tumpuan seluruh Selangor.

Ingin tahu apa yang anda akan dapat? Nantikan pengumuman rasmi mengenai manfaat sukarelawan yang akan kami kongsikan. Pastikan anda mendaftar awal untuk mendapatkan info terkini!

Syarat Kelayakan

Syarat utama mestilah 18 tahun ke atas. Tak ada umur maksimum, yang penting sihat tubuh badan

Tugas-Tugas Am Sukarelawan SUKMA 2026

  • Anti Doping
  • Teknologi Mak;lumat & Komunikasi
  • Pengangkutan
  • Media
  • Kesihatan Dan Perubatan
  • Sajian
  • Penginapan
  • Persiapan Venue

Tarikh SUKMA 2026

15-24 Ogos 2026

Tarikh PARA SUKMA 2026

5-14 September 2026

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Rujuk perincian bidang tugas, baca TERMA & SYARAT dan scan QR code di bawah untuk melengkapkan borang pendaftaran anda.

sukarelawan sukma selangor 2026

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.selangor2026.com/bm

Bagaimana mendaftar sebagai sukarelawan SUKMA 2026?

Layari pautan https://gms.selangor2026.com/hr2026/bm/login.aspx?ReturnUrl=%2fhr2026%2f untuk mengisi borang permohonan. Dapatkan maklumat lengkap di pautan rasmi kejohanan di https://www.selangor2026.com/bm

Bilakah SUKMA Selangor akan berlangsung?

SUKMA XXII yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026, serta Para SUKMA dari 5 hingga 14 September 2026.

Apakah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKMA Selangor 2026?

37 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA Selangor 2026, antaranya akuatik, angkat berat, olahraga, boling tenpin, bola tampr, bola sepak, golf, dan banyak lagi. Lihat senarai lengkap di SINI: https://www.selangor2026.com/bm/sports

Apakah SUKMA?

SUKMA 2026 (Sukan Malaysia) adalah acara sukan pelbagai peringkat kebangsaan yang menghimpunkan atlet dari seluruh negeri di Malaysia untuk bersaing di peringkat tertinggi, meraikan perpaduan, bakat, dan kecemerlangan sukan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut