TERKINI : Tarikh bayaran STR (Sumbangan Tunai Rahmah) 2024 bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2024.
Kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat. Oleh itu, Kerajaan telah menambah baik program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini sebagai usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Bermula dengan tahun ini, program penunaian STR juga telah mula diperluaskan ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia bagi memantapkan penyampaian awam.
Dalam usaha untuk mengurangkan jurang antara komuniti-komuniti majmuk Malaysia, program penunaian ini akan memberi tumpuan kepada masyarakat Orang Asli.
Melalui Belanjawan 2024, peruntukan STR 2024 telah ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion dan memanfaatkan seramai 9 juta penerima.
Kadar maksimum STR pula ditingkatkan kepada RM3,700 tahun ini, berbanding RM3,100 tahun lalu.
Baca juga: STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas.
Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR).
Kadar minimum STR bagi golongan belia akan meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Sementara itu, manfaat SARA (Sumbangan Asar Rahmah 2024) pula akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Tarikh Bayaran STR 2024
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : 29 Ogos 2024
- Fasa 4 : 7 November 2024
Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Kategori
Tarikh bayaran STR Fasa 4 adalah mulai 7 November 2024 (Khamis) secara berperingkat.
Kadar bayaran STR Fasa 4 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:
- KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
- RM150- RM700
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM150
- BUJANG
- RM100
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kaedah Pembayaran
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 7 November 2024 secara berperingkat.
Bagi yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 7 November 2024. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian ini.
Rujuk – Jadual Penuh untuk Lokasi / Tempat dan Tarikh bagi Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tahun 2024 bagi Penerima Tiada Akaun Bank di Kawasan Pedalaman Sarawak 2024.
Kadar Bantuan Keseluruhan
Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Cara Semakan Status STR
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 4 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 4
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.
Anda akan mendapati paparan seperti berikut:
Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermakna bantuan tunai tersebut dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.
Maksud Status STR 2024 & Alasan TIDAK LULUS
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024 :
SOALAN 1
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
- Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
- Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
SOALAN 2
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
- Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
SOALAN 3
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
- Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Cara Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)
Kaedah Permohonan :
- Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
KAEDAH PERMOHONAN ONLINE
LOGIN KE LAMAN WEB https://bantuantunai.hasil.gov.my
KEMUDIAN ISI DENGAN LENGKAP SEMUA BUTIRAN PERIBADI YANG DIMINTA. SETELAH SIAP, SILA SAHKAN PERMOHONAN DAN HANTAR.
PERMOHONAN ANDA AKAN DIPROSES DAN DISAHKAN.
KAEDAH PERMOHONAN MANUAL (DI KAUNTER)
Kepada individu yang ingin hadir/walk in ke Pejabat LHDN bagi mengisi atau menghantar borang manual permohonan STR 2024 sila sertakan dokumen seperti di bawah ini:
- 1) SALINAN KAD PENGENALAN
- 2) SALINAN MY KIDS ANAK2 @ SIJIL KELAHIRAN
- 3) SALINAN SIJIL PERNIKAHAN
- 4) SALINAN SIJIL PENCERAIAN (Ibu Bapa Tunggal)
- 5) PENYATA KWSP (Bagi yg kehilangan pekerjaan)
- 6) SALINAN SIJIL SSM
- 7) SALINAN AKAUN BANK
Jadual perkhidmatan kaunter STR di LHDN adalah seperti berikut:
- Pejabat HASiL : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Kaunter Setempat HASiL UTC : Berdasarkan waktu kaunter setempat UTC HASiL
*NOTA: Kaunter STR tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri (bagi negeri yang terlibat)
Syarat Permohonan
I) KATEGORI ISI RUMAH
Pemohon :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Pasangan :
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak :
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
II) KATEGORI BUJANG
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
III) KATEGORI WARGA EMAS / TIADA PASANGAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Tarikh Permohonan
Permohonan baharu STR akan dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun 2024 berbanding setahun sekali sebelum ini.
Kemaskini Maklumat
Siapa perlu kemaskini maklumat bagi tahun 2024?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR 2023, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
- tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
NOTA: Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
NOTA: Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.
Soalan Lazim STR 2024 – FAQ
PEMBAYARAN STR 2024
1. Bilakah Pembayaran STR ?
Jawapan:
Pembayaran STR adalah seperti berikut:
2. Siapakah yang layak menerima STR 2024?
Jawapan:
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
3. Berapakah amaun bayaran STR 2024 yang akan diterima oleh penerima?
Jawapan:
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
4. Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2024 pada November 2023 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
Jawapan:
Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 ©.
5. Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2024 dan permohonan tersebut telah lulus mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
Jawapan:
Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c).
6. Permohonan STR 2024 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2024. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
Jawapan:
Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (a)
7. Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2024. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin).
Jawapan:
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
8. Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 kategori Isi Rumah tiada maklumat anak berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak pada bulan Februari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Jawapan:
Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
9. Permohonan STR saya Lulus STR 2024 Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dengan bilangan anak 1 – 2 orang. Anak ketiga saya telah lahir pada bulan Mei 2024, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Jawapan:
Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah:
10. Saya telah Lulus STR 2024 kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) / Bujang tiada maklumat anak. Saya telah menambah maklumat anak pada Januari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Jawapan:
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
11. Saya telah Lulus permohonan STR 2024 kategori berkahwin berpendapatan RM2,500. Walau bagaimanapun saya telah bercerai / kematian pasangan pada April 2024 dan saya telah mengemas kini status berkahwin kepada IBT tiada maklumat anak pada Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Bujang mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Jawapan:
Amaun yang akan diterima berubah daripada kategori Isi Rumah kepada kategori Bujang. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
12. Saya telah Lulus permohonan STR 2024 kategori berkahwin (Warga Emas) berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Walau bagaimanapun saya telah bercerai/kematian pasangan pada Januari 2024 dan saya telah mengemas kini status berkahwin kepada IBT (Warga Emas) tiada maklumat anak pada Mei 2024 serta diluluskan dengan kategori Warga Emas Tiada Pasangan mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Jawapan:
Amaun yang akan diterima berubah daripada kategori Isi Rumah kepada kategori Warga Emas Tiada Pasangan. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
13. Permohonan saya Lulus bagi kategori Isi Rumah tiada anak dengan pendapatan melebihi RM2,501. Walau bagaimanapun pasangan saya telah berhenti kerja. Saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan pada Februari 2024 dan diluluskan dengan kelayakan kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Jawapan:
Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
14. Saya telah lulus permohonan STR 2024 pada bulan Mei 2024 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2.
Jawapan:
Tidak. Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2024 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
15. Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2024 bermula daripada fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?
Jawapan: Anda perlu membuat Permohonan STR 2024 dalam tempoh 1 November 2023 hingga 30 November 2023 dan permohonan tersebut mestilah berstatus Lulus bagi memastikan anda menerima bayaran STR mulai fasa 1 hingga fasa 4.
KAEDAH PEMBAYARAN STR
16. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR?
Jawapan:
Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit; atau
- Tiada Maklumat akaun bank.
17. Saya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa membuat permohonan STR 2024, adakah pembayaran STR akan dibuat secara tunai kepada saya?
Jawapan:
Sekiranya anda (pemohon) tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa membuat Permohonan STR 2024, pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Pasangan adalah warganegara dan melaporkan maklumat akaun bank – Pengkreditan ke akaun bank pasangan akan dibuat
b. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank, tetapi pembayaran STR berstatus gagal kredit – Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
c. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
18. Pembayaran STR saya adalah melalui kredit ke akaun bank pasangan. Semakan pada jadual maklumat bayaran menunjukkan status pembayaran adalah Gagal Kredit. Bagaimanakah saya ingin menuntut bayaran STR tersebut?
Jawapan:
Sekiranya pada menu Maklumat Pembayaran MySTR pemohon menunjukkan status pembayaran adalah gagal kredit ke akaun bank pemohon atau gagal kredit ke akaun bank pasangan, pemohon perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal pemohon bagi membuat tuntutan tunai bayaran STR 2024.
LAIN – LAIN
19. Saya ingin membuat semakan status permohonan STR 2024 pada MySTR dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran STR dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
Jawapan:
Semakan maklumat pembayaran STR 2024 adalah pada MySTR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
- Nombor Pengenalan Akaun Kredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun Bank
20. Sekiranya penerima bayaran STR telah meninggal dunia dan bayaran berjaya dikreditkan ke akaun bank, bagaimanakah proses pengeluaran wang STR?
Jawapan:
Proses pengeluaran wang STR adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Waris perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan STR bagi tindakan selanjutnya.
21. Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR?
Jawapan:
Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran STR dibuat.
22. Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan STR. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR yang telah diterima?
Jawapan:
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
a. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad / Nombor Pengenalan, alamat suratmenyurat dan sebab pemulangan;
b. Lampirkan draf / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
c. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut: Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592 Putrajaya
23. Pasangan (isteri) saya tidak bekerja, tetapi No Pengenalan pasangan saya mempunyai pendapatan di bawah KWSP?
Jawapan:
i. Pendapatan tersebut merujuk kepada Program i-Sayang iaitu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima). Pendapatan ini dikira sebagai pendapatan isi rumah.
ii. Pendapatan tesebut juga boleh merujuk kepada Program i-Saraan iaitu inisiatif mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
24. Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa saya adalah penerima bayaran STR Fasa 4?
Jawapan:
Semakan status bayaran STR Fasa 4 boleh dibuat mulai 7 November 2024 melalui:
i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran; atau
ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
25. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my ?
Jawapan:
Semakan status pembayaran oleh dibuat pada menu seperti berikut:
i. Klik Log Masuk MySTR
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
iv. Masukkan Kata Laluan v. Klik Semakan Status
vi. Klik Maklumat Bayaran
26. Akaun bank semasa saya menerima STR Fasa 2 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 3 yang saya akan terima?
Jawapan:
Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan STR Fasa 2 adalah berjaya kredit.
Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.
NOTA: Anda boleh muat turun SOALAN LAZIM STR 2024 [TERKINI] dalam file PDF di bawah;
Maklumat Lanjut STR 2024
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk risalah dan senarai soalan lazim di bawah:
- STR_2024
- MySTR
- Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Pembayaran STR 2024
Anda boleh ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih berhubung Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dalam Belanjawan 2025 oleh Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/
Sila layari juga pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.