Solat Jumaat: Niat, Syarat Wajib, Syarat Sah & Panduan Ringkas

Solat Jumaat merupakan solat fardu 2 rakaat pada hari Jumaat bagi menggantikan solat zuhur yang diiringi dengan khutbah Jumaat.

Niat solat Jumaat juga berbeza dengan solat fardhu yang lain. 

Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat

Umat Islam dituntut untuk datang awal ke Masjid menunaikan solat fardu Jumaat bagi meraih ganjaran daripada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda : “Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut)”. [HR Bukhari No. 3211]

solat jumaat

Hukum & Tuntutan

Bagi Mazhab Shafie, hukum menunaikannya adalah Fardu Ain, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf lelaki yang sudah baligh dengan syarat-syarat tertentu.

Solat ini wajib ditunaikan secara berjemaah di masjid dengan sekurang-kurangnya 40 orang jemaah yang tinggal tetap di kawasan tersebut.

Tuntutan menunaikan Solat Jumaat telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Sabda Rasulullah seperti di bawah:

“Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],”

(Surah Al-Jumu’ah: 9)

“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Hikmah Disyariatkan

  • Melatih diri menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah SWT
  • Merapatkan ukhuwah, dan memupuk perasaan kasih sayang
  • Mendengar nasihat, teguran, bimbingan, dan pedoman daripada khutbah
  • Mendapatkan pahala, dan ganjaran yang besar
  • Melatih diri melakukan perkara yang baik secara berjemaah
  • Lambang perpaduan, dan kekuatan umat Islam

Artikel berkaitan: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Syarat Wajib Solat Jumaat

Solat ini diwajibkan ke atas setiap individu lelaki yang telah mencapai syarat-syarat berikut:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Merdeka
  4. Berakal
  5. Lelaki
  6. Sihat
  7. Bermukim

Baca lagi: Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM)

MUSAFIR PADA HARI JUMAAT

Adakah wajib Sembahyang Jumaat bagi orang bermusafir pada hari Jumaat?

Menurut pendapat yang muktamad di dalam Mazhab al-Syafi’e, sekiranya permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum fajar, maka gugur ke atasnya untuk melakukan sembahyang Jumaat.

Sumber: JAKIM

Syarat Sah

Berikut merupakan syarat-syarat sah sembahyang Jumaat:

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur
  2. Tempat mendirikan solat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafie).
  4. Didahului dengan dua khutbah khusus.

NOTA: SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

Solat Jumaat merupakan solat yang mensyaratkan didirikan secara berjemaah. Tidak sah jemaah maka tidak sahlah Solat Jumaat.

Justeru sama-sama kita pastikan bahawa kita telah menjaga syarat-syarat sah jemaah agar solat kita tidak sia-sia.

Rujuk pihak pengurusan masjid, surau atau para alim ulama’ sekiranya kita ragu-ragu dan was-was.

Niat Solat Jumaat

niat solat jumaat

اُصَلِّيْ فَرْضَ الجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ اَدَاءً مَاْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Panduan Solat

Berikut merupakan tatacara melakukan sembahyang Jumaat:

  1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat
  2. Membaca niat
  3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut
  4. Membaca Al-Fatihah 
  5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan
  6. Rukuk sambil bertakbir
  7. I’tidal 
  8. Sujud 
  9. Duduk antara 2 sujud
  10. Sujud
  11. Berdiri semula sambil bertakbir intiqalat untuk memulakan rakaat kedua. Ulangi dengan membaca surah Al-Fatihah sehingga habis dan sujud di rakaat kedua
  12. Duduk tahiyat akhir
  13. Memberikan salam
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!